Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.
Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.
Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.
Dr Lo’ Lo’ meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur.
Dr Lo’ Lo’ meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur.
Allahyarhamah berusia 54 tahun.
Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.
Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.
Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Kira-kira 3,000 orang ramai mengiringi jenazah ke tanah perkuburan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat.
Dr Lo’ Lo’ menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi akibat barah paru-paru.
Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Dari Lensa Kamera
























P/S: Dari DIA kita datang dan kepada DIA juga kita pergi...Al-Fatihah....
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-