Nun di hadapan berdiri tegak tubuh-tubuh menongkah langit dengan keris yang menjulang. Hari itu menjadi saksi sejarah perjuangan, hadiah tidak ternilai kepada sebuah pengorbanan. Bergembiralah Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan Datuk Maharajalela. Bergembiralah Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Bakir dan Onn Jaafar. Bergembiralah segenap baka yang mewarnai perjuangan itu, rebah segala resah tatkala bergema kalimah Merdeka! Namun hari ini segalanya termaktub di dalam lembaran, hikayat dan sejarah. Bait-bait yang membentuk ceritera-ceritera perjuangan kemerdekaan berseni sebagai tinggalan usang. Cakerawala sangat gundah semakin dingin dibawa arus kemajuan. Lantas pesta 31 Ogos seakan-akan jasad kosong yang tidak berjiwa dek kerana bayang-bayang hitam yang membenam dan membunuh roh 1957. Anak kecil terbiar di jalanan. Pemuda, pemudi bermain dengan maruah seakan-akan mainan. Fitnah mencaci, fitnah menganiaya menjadi rutin kehidupan. Inilah fantasi rekaa...