Skip to main content

Gangguan Penggunaan Unifi 10-15 Sept


KUALA LUMPUR – Sebahagian pengguna jalur lebar berkelajuan tinggi, Unifi akan mengalami gangguan perkhidmatan dari 10 hingga 15 September ini.
Menurut kenyataan pihak Pusat Unifi Telekom Malaysia (TM), ini berikutan kerja-kerja mengemas kini mengikut jadual.
Pengguna yang terjejas akan mengalami kelewatan melayari internet bagi laman-laman yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan kawasan Utara Asia.-Mynewshub

Comments