Skip to main content

Main wayang

JAGUH badminton China, Lin Dan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menarik diri pada pertembungan separuh akhir menentang rakan senegara, Cheng Long di Terbuka Jepun, semalam. 

Lin Dan seakan bermain wayang kerana didakwa tidak sanggup mengerah kudrat berdepan Datuk Lee Chong Wei yang bersedia menantinya pada pentas akhir. 
Timbul juga dakwaan bahawa Lin Dan berbuat demikian bagi melonjakkan ranking setiap pemain China dan tidak menganggap kejohanan super siri sebagai kejohanan terpenting dalam kariernya. 

Kekerapan Lin Dan yang boleh digelar ‘budak nakal’ menarik diri pada saat akhir kejohanan badminton sering mengundang perasaan amarah peminat badminton kerana tidak menghormati sukan tersebut selain tidak menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.


Sumber: Sinar Harian

Comments