Skip to main content

Kenaikan Tarif Elektrik Selepas Ini? Petronas VS TNB. Siapa Sedia Rakyat Malaysia!!

kenaikan tarif elektrik 3 Kenaikan Tarif Elektrik Selepas Ini? Petronas VS TNB. Siapa Sedia Rakyat Malaysia!!
Nak faham rentak kenaikan tarif elektrik di Malaysia tidak sesukar mana. Kami rasa rakyat dan mula faham petanda-petanda dan bayang-bayang jika mahu berlaku sebarang kenaikan di Malaysia walaupun dalam pada masa yang sama selama ini dah banyak “elemen kejutan” yang telah berlaku di Malaysia. Semalam, selepas membaca berita berkaitan kenyataan Petronas yang tidak mahu lagi menanggung kerugian dengan memberikan subsidi kepada TNB, kami terbayang nasib pengguna elektrik di Malaysia. Adakah kamu, kamu dan kamu sebagai pengguna elektrik semua sudah bersedia?
Bersediakah anda dengan kemungkinan kenaikan tarif elektrik di Malaysia tidak lama sahaja lagi? Semalam sahaja sudah pun bermula caj tambahan sebanyak 1%kepada sesiapa yang menggunakan bekalan elektrik lebih 300 kilowatt sejam (kwj) sebulan. Anda sedar bukan?
Paling akhir kenaikan tarif elektrik berlaku sekitar Jun 2011, tidak mustahil akan naik sekali lagi pada tahun 2012 nanti. Samada selepas Pilihanraya Umum ke 13 atau sebelumnya, itu diluar bidang kuasa kami. Okey, sebelum itu kami merasakan & beranggapan semua pembaca yang mengikuti laman Berita Semasa setiap hari sudah cukup “hadam” dengan terma perjanjian IPP yang mencengkam industri tenaga di Malaysia. Kasihan TNB.
  • Petronas dah bunyikan semboyan mereka untuk tidak mahu lagi berikan subsidi TNB
  • TNB nak minta belas kasihan daripada IPP? Lupakan sahaja niat tersebut. Kalau boleh mereka lagi nak kumpul seberapa banyak keuntungan untuk mereka setiap tahun melalui “model perniagaan atas angin mereka”
  • Kerajaan pula masih membiarkan perjanjian IPP tersebut berjalan seperti biasa. Macam tiada apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini.
  • Jadi, TNB nak mengadu dengan siapa? Dengan anda-anda dan semualah sebagai pengguna elektrik untuk “menyerap tekanan” yang dihadapi mereka dengan melaksanakan kenaikan tarif elektrik tidak lama lagi melalui persetujuan kerajaan
  • Akhirnya, rakyat yang terpaksa “berkorban” dan “terkorban”
TNB pada tahun ini sudah mula mencatatkan kerugian yang besar pada suku terakhir tahun 2011. Berapa banyak? Untuk suku terakhir sahaja TNB rugi RM453.9 juta. Sebab utama yang menyebabkan rugi?
  • Dah tentunya perjanjian berat sebelah IPP
  • Kerana terpaksa menggunakan bahan api yang 6 kali lebih mahal daripada gas bersubsidi yang dibekalkan oleh Petronas
  • Biasanya Petronas akan terpaksa belanjakan sekitar RM18-RM20 billion untuk memberikan subsidi gas asli di bawah harga pasaran.
kenaikan tarif elektrik 2 Kenaikan Tarif Elektrik Selepas Ini? Petronas VS TNB. Siapa Sedia Rakyat Malaysia!!
Kemudian daripada sudut lain, nampak ketara Petronas sebenarnya nak menutup ketidakcekapan sendiri. Masalah di Bekok-C tertangguh berbulan lamanya berdasarkan jadual asal. Akhirnya, sekarang ini platform lain pulak yang mengalami kesannya, sehingga ke tahun depan (tahun 2012) gas curtailment akan terus berlarutan.

  • Petronas telah mungkir janji, mengatakankan mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Tetapi kerapkali tertangguh
  • Sehingga TNB terpaksa menggunakan bahanapi alternatif yang 6 kali ganda lebih tinggi sehingga menyebabkan kos operasi TNB meningkat
  • Cuba bayangkan perkara sama dilakukan dengan buat masalah seperti ini kepada Singapore? Agak-agaknya, singapore nak bagi muka kepada Petronas? Dan, agak-agaknya berapa penalti yang Petronas terpaksa hadapi?
Berbalik semula kepada realitinya.
  • Petronas berhajat nak jual gas pada harga pasaran
  • Tetapi tarif elektrik TNB tak mengikut harga pasaran, bagaimana TNB “mampu bertahan”?
  • Walaupun TNB monopoli sektor kuasa, tapi kenaikan tarif elektrik ditetapkan oleh kerajaan
  • TNB tiada kuasa untuk buat kenaikan tarif elektrik sesuka hati kerana tiada kapasiti untuk melaksanakan “Fuel pass-through” bermakna tarif pengguna akan dikira berdasarkan kos bahanapi semasa.
  • Akaun Petronas tak boleh diaudit, tetapi akaun TNB boleh diaudit
Apa yang boleh kami katakan secara keseluruhannya, TNB sudah banyak berkorban sejak tahun 1992 lagi dan terkorban. Bagi kami TNB akan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang ini, jika pertamanya pengurusan TNB di peringkat atas dirombak semula dan perjanjian IPP yang cukup berat sebelah itu turut dirombak semula.
  • Rakyat dapat manfaat, dengan tarif elektrik yang munasabah
  • Dan TNB juga termasuklah kakitangan TNB menikmati bonus yang memuaskan.
kenaikan tarif elektrik Kenaikan Tarif Elektrik Selepas Ini? Petronas VS TNB. Siapa Sedia Rakyat Malaysia!!
Bagaimanapun, TNB mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM499.5 juta bagi tahun kewangan 2011 berbanding keuntungan RM3.2 bilion direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.
  • Ya…tahun ini TNB masih lagi untung (bukan rugi) RM499 juta tapi bayar bonus ½ bulan gaji.
  • Tahun 1997 TNB rugi RM135.2 Juta tapi mampu bayar 1 bulan gaji sebagai bonus.
  • Tahun 1998 TNB rugi RM3,094.3 Juta tetapi  mampu bayar 1.5 bulan gaji sebagai bonus.
Sekali pada pengamatan kami, TNB tak banyak tergugat, sebabnya kerugian akan diserap oleh pengguna. Jadi sekali lagi siap sedia rakyat Malaysia untuk kenaikan tarif elektrik baru daripada tahun ke tahun.
P/S : Ada kakitangan TNB mahupun Petronas di sini? Diharap dapatlah berkongsi pendapat dan maklumat bersama-sama kami di sini.
PP/S : Pendapat pengguna elektrik di Malaysia bagi menghadapi kemungkinan kesan kenaikan tarif eletrik tidak lama lagi?
Sumber: BeritaSemasa.com

Comments