Dua
 pemimpin tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini  memberikan 
komen mengenai serangan ke atas kumpulan aktivis mahasiswa di  Dataran 
Merdeka, dengan menterinya Datuk Seri Khaled Nordin menolak untuk 
bersimpati sementara timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan 
kebimbangan tentang insiden itu. 
Di
 laman Twitter pagi tadi, Khaled memberikan respons berhubung  laporan 
serangan itu mengatakan tiada sesiapa yang mengarahkan kumpulan  
mahasiswa itu berkhemah di kawasan tumpuan ramai itu.
“Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati,” tulisnya di Twitter.
Tetapi 
semasa bertemu di Parlimen di sini, Saifuddin berkata beliau  lega tiada
 sesiapa mengalami kecederaan parah dalam insiden pukul 2.45  pagi tadi 
menambah bahawa ia satu “perkara yang perlu dibimbangkan.”
Ahli 
Parlimen Temerloh itu juga mengulangi pandangannya bahawa  kumpulan 
mahasiswa itu “mempunyai hak berada di situ” walaupun bukan  semua 
bersetuju dengan tindakan itu.
Kumpulan 
aktivis mahasiswa itu telah berkhemah di Dataran Merdeka  sejak Sabtu 
lalu selepas ratusan mahasiswa menyertai himpunan aman di  bandar raya 
mendesak kebebasan selepas kecewa oleh terma dan syarat  bayar balik 
skim pinjaman pelajaran tinggi kerajaan.
Namun pagi
 ini, kumpulan mahasiswa itu mendakwa diserang kira-kira 60  hingga 70 
individu tidak dikenali mendesak agar mereka pulang.
Reaksi 
Mohamed Khaled   berhubung insiden serangan ke atas sekumpulan siswa di 
Dataran Merdeka  hari ini menerima kecaman daripada pemimpin pelajar 
terbabit.
Pengerusi 
 Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dalam satu sidang media  
berkata, Mohamed Khaled tidak sepatutnya bertindak “angkuh” dengan  
mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Mohd 
Syahid berkata, Mohamed  Khaled sepatutnya mendengar keluhan  pelajar 
berkenaan dan bukannya  melayan mereka seperti anak kecil.
Menteri  
tersebut tidak  sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu, kata  
Mohd Syahid lagi  dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Malah 
sejak perlantikan Mohamed Khaled dilantik menjadi menteri KPT, ramai 
cendekiawan dan para akademik kurang senang dengan sikapnya yang didakwa
 bongkak dan tidak menghormati orang-orang berilmu dengan sikap kasar 
serta tidak bijak dalam merangka pelan pendidikan tinggi. 
Malah, ramai 
melihat beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan menteri
 jika dibandingkan dengan menteri-menteri bagi jawatan tersebut sebelum 
ini seperti Datuk Mustapha Mohamed yang dilihat lebih pandai 
berkomunikasi seperti ilmuan, mengambil hati para akademik dan mampu 
merancang pentadbiran.
Khaled 
juga dilaporkan telah gagal meningkatkan sokongan para pelajar dan 
akademik kepada kerajaan dan malah semakin teruk di saat kerajaan BN 
memerlukan sokongan dari golongan muda dan universiti. 
Hanya Ketua 
Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dilihat bersungguh-sungguh untuk 
memenangi hati mahasiswa di universiti-universiti utama kerajaan seperti
 UM,UKM, USM,UTM dan UIA.
Saifuddin 
dilihat lebih bersikap terbuka dan berbincang dengan semua pihak di 
universiti. Namun begitu, sebagai Timbalan Menteri, kedudukannya 
membataskan kuasanya untuk merangka pelan dan pentadbiran IPTA. 
Mungkin 
disebabkan Saifuddin mempunyai pengalaman sebagai pemimpin pelajar dan 
beliau yang dikenali sebelum memasuki politik sepenuh masa, maka 
Saifuddin lebih memahami institusi universiti tidak kiralah pentadbiran 
ataupun hal ehwal pelajar.
Mohamed 
Khaled dilihat ramai bakal tidak disambung lagi sebagai menteri KPT 
walaupun BN terus memenangi pilihanraya umum akan datang. Beliau mungkin
 akan bertukar portfolio ataupun digugurkan sebagai menteri pusat. 
Ada 
ura-ura untuk membawanya bertanding di kerusi di DUN Johor bagi 
membolehkan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang berkemungkinan 
akan berpindah ke pusat.
Ketua 
penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan yang  mengaitkan 
serangan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka  dalam satu 
kejadian awal pagi ini.
Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.
“Kalau  
ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal  
bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam  
hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.
“Mereka  
ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain,
  Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena,” katanya lagi ketika  
ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-