Skip to main content

Debat PTPTN disiar secara langsung


Debat PTPTN ditunda.
Debat PTPTN ditunda.
SHAH ALAM - Sebuah stesen televisyen bersedia membawakan siaran langsung Debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pihaknya melakukan beberapa perbincangan awal dengan stesen televisyen yang sedang meningkat naik itu dan bersetuju membawakannya secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Pelbagai persiapan sedang diaturkan bagi menjayakan debat antara dua pemimpin muda dari Umno dan PKR.

“Debat berkenaan dijadualkan dalam masa terdekat ini akan ke udara selama 60 ke 90 minit bersiaran,” katanya semalam.

Menurutnya, Sinar Harian juga sedang mengkaji beberapa format termasuklah mengehadkan penyertaan dengan memberikan keutamaan kepada jemputan sahaja.

“Setakat ini, kedua-dua pemimpin muda itu bersetuju meneruskan debat berhubung isu yang memberikan tumpuan kepada anak muda,” katanya.

Comments