Skip to main content

MAJIKAN: GRADUAN BARU MENYUSAHKAN


Para majikan menyifatkan lepasan graduan yang baru tamat pengajian daripada univesiti merupakan ‘bebanan’ kerana banyak latihan tambahan yang diperlukan sebelum membolehkan mereka menunjukkan prestasi yang baik.Pengarah Pemasaran Kelly Services bagi Malaysia dan Singapura, Jeannie Khoo berkata, syarikat-syarikat memilih menggajikan profesional yang berpengalaman dan berkemahiran yang boleh membawa pulangan segera.
Beliau berkata, majikan merasakan lepasan graduan kurang dari segi kemahiran komunikasi dan lemah dalam bahasa Inggeris yang perlu diperbaiki sebelum mereka boleh menambah nilai dalam perniagaan.
“Ini bermakana ia akan menjadi tambahan kos kepada syarikat. Majikan mahu menjadi seseorang yang boleh memajukan operasi,” kata beliau selepas melancarkan Panduan Gaji Profesional dan Teknikal Kelly Services 2012 di sini, Rabu.
Khoo berkata, sebanyak 27 politeknik di negara ini melahirkan beribu-ribu pekerja berkemahiran setiap tahun tetapi kebanyakan mereka perlu dilatih semula oleh majikan.
Beliau menasihatkan kepada lepasan graduan supaya kurang memilih dan perlu mempunyai jangkaan yang realistik dari segi gaji dan ganjaran.
“Anda tidak mungkin memperoleh gaji RM3,000 untuk pertama kali bekerja.
“Bersedialah untuk belajar. Jika anda ditawarkan untuk menjalani latihan amali, ambil peluang itu,” kata beliau.
Sementara itu, Ketua Profesional dan Teknikal Kelly Services Asia Pasifik, Mark Sparrow berkata, permintaan terhadap profesional yang berkemahiran dan mempunyai kemahiran yang khusus begitu berkembang.

Beliau berkata, terdapat kekurangan bakat di seluruh dunia dalam bidang-bidang tertentu seperti kejuruteraan, perakaunan, teknologi dan khimat kewangan.
“Terdapat permintaan yang tinggi untuk jurutera, terutama di rantau Asia Pasifik seperti Indonesia dan Thailand di mana membina semula bandar-bandar ekoran bencana alam,” katanya.
Beliau menambah, pekerjaan lain yang mendapat permintaan tinggi adalah pakar pengurusan risiko, juruteraan pembinaan dan persekitaran, pakar pembangunan perisian serta pegawai pemasaran dan jualan yang fasih dalam bahasa Inggeris.

Comments