Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu. Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut. Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya. "Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi. Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu. Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapa...
Sebuah laman blog sampingan memaparkan kisah-kisah sejarah,informasi tentang politik dan isu semasa,hiburan,sukan dan pandangan