Kepada semua penjenguk blog ini saya selaku admin blog ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri setelah selesai mengerjakan ibadah puasa Ramadhan selama sebulan.
Ini adalah hari kemenangan kita dan selayaknya kita bergembira dan menyambut hari kemenangan di 1 Syawal dengan mengikut syariat Islam bukan mengikut kehendak hawa nafsu kita.
Semoga puasa kita semua umat Islam diterima Allah SWT dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripadaNYA. Disamping kita bergembira jangan lupa tunaikan kewajipan zakat fitrah dan ingatlah betapa ramai umat Islam di seluruh dunia yang menyambut hariraya dalam keadaan sengsara dan hadapi peperangan.
p/s: Admin juga ingin tawarkan kepada semua pengunjung setia blog ini yang berminat untuk menjadi penulis kedua/admin2 blog ini. Tiada bayaran atau elaun bulanan akan diberikan. Cukuplah sekadar membantu admin bagi meng'update' isu-isu semasa dan berita-berita menarik untuk dikongsi kepada pembaca. Jikalau berminat boleh menghubungi admin di haluankiri86@gmail.com.
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-