Skip to main content

[Video] Cara Zalim Kanak-kanak China Dilatih Untuk Jadi Atlet Emas


Mahukan kita di Malaysia buat seperti ini? Itulah persoalan yang terlintas di pemikiran penulis. Tidak dalam 100 tahun rasanya.
Biarlah kita duk cipta lagu bagi naik semangat, walaupun kaedah itu 110 peratus pasti gagal mendapatkan pingat.
Namun, di China, kaedah zalim digunakan untuk memastikan negara itu melahirkan atlet bertaraf dunia.
Dipukul, diherdik, dimaki umpama binatang. Akhirnya mereka menang emas di olimpik, namun apakah pendekatan itu wajar?
Jika inilah pendekatan dalam semua acara sukan, maka tidak hairanlah China menang dalam pelbagai acara di Olimpik yang setakat hari ke-4, masih menjuarai punggutan pingat di Olimpik London.
Kepercayaan di negara China ialah, kanak-kanak perlu melalui kesusahan untuk berjaya.
Ibubapa memilih untuk membiarkan sekolah melayan anak mereka secara kasar, asalkan mereka berjaya dan akhirnya membawa keluarga keluar dari kemiskinan dan mendapat sanjungan masyarakat.
Andalah hakim…apa pandangan anda? Adakah ini latihan yang boleh diterima atau ini adalah penderaan kanak-kanak?
Oleh: AK-47

Comments