Skip to main content

Berita gembira! #KL112 di jalanraya!


Bila ‘terpaksa’ dibuat di jalan raya maknanya ada la kut harapan nak bertembung dengan FRU. Bila bertembung dengan FRU ada la harapan kut nak rasa lagi semburan air kimia dan gas pemedih mata.


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat kecewa terhadap keengganan pihak pengurusan Stadium Merdeka bertemu dengan mereka hari ini.
Kunjungan hari ini sepatutnya bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Stadium Merdeka berkaitan surat permohonan menyewa Stadium Merdeka bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini. – Hrkh.

Harap-harap pihak pengurusan Stadium Merdeka ni duduk dalam mode ‘buat bodoh’ ni sampai ke hari kejadian. Tak payah keluarkan kenyataan apa-apa pun takpa.
Bila nak jumpa pun takmau, ada harapan la kut Himpunan Kebangkitan Rakyat pada hari Sabtu ni ‘terpaksa’ diadakan dijalan raya.
Bila ‘terpaksa’ dibuat di jalan raya maknanya ada la kut harapan nak bertembung dengan FRU. Bila bertembung dengan FRU ada la harapan kut nak rasa lagi semburan air kimia dan gas pemedih mata. Bila ada semburan air kimia dan gas pemedih mata baru la semangat nak berdemonstrasi.
Lagi pun, mana best kalau takat bagi AMARAN kat dalam stadium.
Sebelum ni ahli jawatankuasa pemandu #KL112 ada keluarkan statement:
PENGUMUMAN
JAWATANKUASA
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya
perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga
PANTAI TIMUR
ambil komuter ambil lrt
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka
PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di slim river
di tanjung malim
di rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di masjid negara
dan bergerak ke stadium merdeka
NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota
SELANGOR – PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu
MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju brickfeilds
HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC
ROYALTI
berkumpul awal di KLCC
MUFAKAT 
berkumpul di jalan sultan
SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman
WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke stadium merdeka
NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke stadium merdeka – http://facebook.com/HKR.KL112
Apa pun, tak kira la boleh dapat Stadium Merdeka atau tidak, yang penting semua kena TURUN KE KUALA LUMPUR.


Comments