Skip to main content

Iran dakwa berjaya hantar monyet ke angkasa


PLAYClick to Expand & Play
Iran dakwa berjaya hantar monyet ke angkasaTEHRAN: Baru-baru ini pihak Iran mendakwa berjaya menghantar seekor monyet ke angkasa lepas.

Ia disifatkan sebagai satu kejayaan besar dalam sektor kajian angkasa lepas Tehran.

Berdasarkan laporan, monyet berkenaan dihantar ke angkasa dengan menggunakan roket Pishgam yang membawa maksud perintis.

Tehran juga mendakwa roket yang bergerak sejauh 120 kilometer dari bumi itu berjaya membawa balik monyet tersebut dengan selamat.

Bagaimanapun laporan berkenaan tidak mendedahkan masa dan di mana roket berkenaan dilancarkan.

Pada 2010, Iran turut mendakwa, berjaya melancarkan roket meneroka angkasa yang membawa semut, penyu dan cacing.

Perkembangan itu menggamit semula memori pada awal penerokaan industri angkasa pada 1950-an.

Pada era tersebut, Amerika Syarikat dan Soviet Union melakukan banyak ujian pelancaran roket.

Amerika dilapor sering menggunakan monyet manakala Soviet Union menggunakan anjing sebagai bahan uji kaji.


Comments