Skip to main content

Pandai Bercakap Adalah Tanda-Tanda Pemimpin Yang Hebat



anwaribrahim1 Pandai Bercakap Adalah Tanda Tanda Pemimpin Yang Hebat
Berdasarkan kenyataan Rosmah Mansur, salah satu kualiti pemimpin tersohor dapat dilihat dari skil pengucapan awamnya.Adakah benar kaluiti pemimpin dapat dilihat dari segi seseorang itu pandai berpidato?
“Napoleon Bonaparte could move his tired and injured army to keep fighting regardless of the pain,”
“He understands the importance of public speaking in spreading effective messages or gathering the support of the community to shift society’s paradigm towards a dynamic way of thinking,’’
“Great leaders make good speeches,”
Kami berharap Datin Seri Rosmah Manusr tidak berkecil hati sekiranya kami mengatakan bahawa suaminya, Dato’ Seri Najib Tun Razak, bukanlah tergolong di dalam kualiti pemimpin yang hebat kerana beliau selalu membuat ucapan yang membosankan seperti video di bawah.




Sekiranya Rosmah mengatakan bahawa orang yang pemimpin yang agung adalah pemimpin yang pandai beri ucapan, rasanya beliau juga perlu memperakui bahawa Anwar Ibrahim boleh dikategorikan dalam pemimpin yang hebat.Sehinggakan ramai di kalangan UMNO sendiri mengatakan bahawa Anwar Ibrahim memang pemidato yang hebat.
Adakah Rosmah Mansur mahu mengakui bahawa Anwar Ibrahim pemidato dan pemimpin yang lebih baik daripada suaminya sendiri, berdasarkan kenyataan beliau yang mengatakan pemidato yang hebat merupakan pemimpin yang agung? Sudah tentu tidak.
Kalau nak diikutkan “benchmark” yang Rosmah Mansur katakan, Adolf hitler juga pemimpin yang baik.Saddam Hussien juga pemimpin yang bagus dan terulung.Tapi cuba tanya pada Israel,orang British, orang Amerika, orang France, ataupun puak-puak syiah yang kena sembelih dengan Saddam Hussien, adakah diorang akan mengakuinya?
Sebenarnya kami dah malas dan muak dengan pemimpin yang hanya pandai Retorik semata-mata.Baik Najib atau Anwar, kedua-duanya sama.Retorik.Kita perlukan pemimpin yang bukan sahaja pandai bercakap, tapi melakukan apa yang diucapkan.Ini baru betul.
Di Malaysia ini, dah banyak huru-hara yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin yang pandai cakap ni.Bukan di malaysia sahaja, di dunia pun sama.Macam NATO, atau akronimnya, “No Action, Talk Only”. OIC @ “Oh I See”. Kesatuan Islam yang sanggup menggadaikan maruah agama sendiri. Hipokrit.
Apa-apa pun, pemimpin yang terulung, adalah pemimpin yang mampu melaksanakan, apa yang dijanji dan diucapkan.Bukan hanya pandai retorik sana sini dan memperbodohkan rakyat!

Comments

  1. serius suka entry macam ni! politik negara kita dah macam sampah. rakyat juga jadi mangsa. hmm..

    ReplyDelete
  2. klu pdi klentong xam laki die pemimpin pe lak? haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-