Skip to main content

Politik di UiTM



UiTM begitu dikenali sebagai satu IPTA yang mengongkong mahasiswanya terlibat secara terus dengan pelbagai aktiviti politik, tetapi dalam masa yang sama, segala aktiviti politik beraliran kanan dibenarkan, di manakah ketelusan dalam memberikan kebebasan berpolitik itu sendiri kepada mahasiswa yang rata-rata sudah matang dan melepasi umur layak mengundi.

Baru-baru ini, satu status update di dalam facebook pages Dato VC kita mengenai politik dimana Dato' menjawab dengan satu jawapan ringkas " Ayuna nak takut apa? Kita sama2 Melayu dan bumiputra." (rujuk: sini) Jika difahami melayu yang dimaksudkan disini adalah tidak bukan adalah parti politik beraliran Kanan, sehingga terdapat satu komen di wall tersebut dari Encik Amran Ahmad yang berkata "Sebagai seorang bapa keputusan saya hantar anak saya ke UiTM untuk di serap fahaman politik pro Kerajaan",

Status update tersebut mendapat respon yang meluas dari mahasiswa UiTM sendiri di mana rata-rata sudah muak dengan permainan politik dalam kampus, bagi kami pelajar2, sudah cukup matang untuk membuat pilihan, tidak perlu untuk menyogok kami dengan kata-kata kenang jasa dan sebagainya, segala jasa yang dilakukan itu adalah satu tanggungjawab kepada sesiapa jua yang naik menjadi kerajaan tidak kira dari aliran kanan mahupun kiri, kedua-duanya perlu untuk menjalankan tanggungjawab tersebut kepada rakyat.

Sebagai satu institusi pengajian awam, kita perlulah bebas dari segala anasir politik dimana sering dalam ucapan pemimpin2 negara yang tidak mahu mahasiswa menjadi kuda tunggangan mana-mana parti politik dan terlibat dalam politik sempit, bagi kami inilah politik sempit, dalam mengalas tanggungjawab sebagai sebuah institusi pengajian awam yang bebas dan neutral, kita perlulah bebas untuk menyuarakan pendapat walaupun bukan dari aliran yang sama, ini tidak, jika segala demostrasi yang membabitkan aliran kiri, mahasiswa dilarang keras untuk menyertai tetapi jika demostrasi melibatkan kepentingan aliran kanan, seperti mata ditutup segala akta yang disanjung entah lupa hilang ke mana

Kebanyakkan program yang diwajibkan di UiTM juga seperti modul, LDK, ceramah dan sebagainya jelas berunsurkan politik aliran kanan, di mana ketelusan yang dilaungkan selama ini? Jika melibatkan politik, kedua-duanya perlu dilibatkan, itulah konsep sebenar demokrasi.

Kita… jangan mudah terlupa pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita… jangan mudah terleka kemajuan, keamanan yang ada
Kita… berterima kasih pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur kerahmatan, kemuliaan dariNya

Bersyukur bukan kepada makhluk, tetapi kita bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa yang memberikan kita keamanan dan sehingga saat ini UiTM masih berdiri gah untuk menjadi payung yang memayungi anak bangsa.

Comments

  1. a'a betol tu xpyh sogok kitorang. kitorang leh tgk n pk sendiri. mmg jelas sgt2 nmpk sape yg bodoh sape yg x bodoh sape yg xkenang budi sape yg kenang budi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-