Skip to main content

Ayuh Mahasiswa! Kita ke UIA esok!

NONEKumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".

"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri (kiri).

Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus di Gombak selepas solat Jumaat.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UIA seharusnya mempertahankan Aziz atas dasar kebebasan akademik dan kebebasan berpendapat.

Alumni UIA diseru protes
Malaysiakini difahamkan, bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau digantung bergaji kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
opposition demo on lingam tape 280907 shamsul iskandarSementara itu, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) turut menggesa seluruh alumni universiti itu turut serta mengadakan protes di UIA pada masa yang sama.

Menyifatkan penggantungan tugas itu sebagai tindakan "unilateral" itu, Shamsul mengingatkan kumpulan itu tidak menjadi "alat politik".

"Keberadaan Prof Aziz Bari di universiti mesti dipertahankan," katanya yang juga graduan undang-undang daripada universiti itu dalam pesanan Twitter beliau.

Tindakan terhadap Aziz dipercayai ekoran reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.-Malaysiakini

Isu Aziz Bari: Timbalan menteri ‘terganggu dan sedih’


KUALA LUMPUR, 20 Okt – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau “terganggu dan sedih” mendengar isu pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari - diberi surat tunjuk sebab dan digantung perkhidmatan.
Aziz (gambar) juga ditegah memasuki kampus UIA sehingga siasatan ke atas beliau selesai.
“Saya terganggu dan sedih mendengar kes ini. Saya tidak semestinya setuju dengan smua pendapat Aziz Bari. Kalau benar dia bersalah, wajar dihukum,” kata beliau dalam satu kenyataan SMS lewat petang ini.
Kata beliau, oleh kerana kes ini masih dalam siasatan, “tindakn UIA menggantungnya saya dapati timbulkan persoalan.”
“Saya telah minta laporan bertulis, ia belum saya terima,” katanya.
Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau juga menerima maklumat bahawa ada pihak termasuk mahasiswa yang ingin menyatakan pembelaan terhadap Aziz.
“Itu hak mereka,” katanya merujuk kepada tindakan perhimpunan protes di kampus induk UIA di Gombak esok.
Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab mengecam sekeras-kerasnya tindakan UIA menggantung tugas Aziz Bari. Katanya, tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’.
“Oleh yang sedemikian, SMM menyatakan pendirian sekeras-kerasnya mengecam tindakan tersebut. Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UIA seharusnya mempertahankan Prof Dr Abdul Aziz Bari atas dasar kebebasan akademik dan kebebasan berpendapat.
“Justeru, SMM akan melakukan mobilasi mahasiswa secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk mengadakan demonstrasi di Masjid Universiti Islam Antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata, SMM menjangkakan hampir 1,500 orang mahasiswa dan anak muda akan hadir untuk turut serta.-TMI

Comments