Skip to main content

Kerajaan Malaysia Bayar FFBC Media (RM83.8 juta – Kontrak 3 Tahun) Untuk Naikkan Nama Malaysia?

fbc media6 Kerajaan Malaysia Bayar FBC Media (RM83.8 juta   Kontrak 3 Tahun) Untuk Naikkan Nama Malaysia?
Minggu ini kita akan lebih banyak didedahkan dengan angka RM1 juta, RM2 juta dan berjuta-juta. Terbaru, kerajaan Malaysia telah bayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media. Jawapan ini didedahkan dalam Dewan rakyat. Dalam pada masa yang sama, syarikat perunding ini sedang disiasat oleh pengawal media Britain. Kenapa syarikat ini disiasat?

Mengikut undang-undang Britain adalah mana-mana pihak membayar kepada media untuk buat berita yang mana telah melangar etika media. Sangat bagus undang-undang Britain ini dan paling penting pelaksanaannya. Manakala kita pula pergi membayar sejumlah wang negara kepada FBC Media untuk naikkan nama Malaysia.
Pada asalnya, mengikut laporan Bernama & TheMalaysianInsider pada 18 Ogos 2011, Datuk Seri Najib enggan mengulas lanjut tentang pada masa itu masih lagi dakwaan mengatakan kerajaan ada membayar jutaan ringgit untuk mendapat khidmat FBC media bagi menaikkan nama Malaysia.
fbc media8 Kerajaan Malaysia Bayar FBC Media (RM83.8 juta   Kontrak 3 Tahun) Untuk Naikkan Nama Malaysia?
Tetapi akhirnya kerajaan Malaysia mengakui menggunakan khidmat syarikat perunding, FBC Media. Sekarang ini Kerajaan Malaysia dah tamatkan kontrak selepas mendapat publisiti meluas di Malaysia.
fbc media3 Kerajaan Malaysia Bayar FBC Media (RM83.8 juta   Kontrak 3 Tahun) Untuk Naikkan Nama Malaysia?
Kenapa kita bazirkan wang negara semata-mata untuk naikkan nama & mendapatkan publisiti Malaysia? Nak negara lain pandang Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu “dihormati” adalah dengan cara :
  • Urus tadbir kerajaan dengan baik
  • KHapuskan gejala rasuah
  • Kurangkan monopoli dalam negara
  • Media arus perdana mestilah seimbang, jangan berat sebelah
  • Kurangkan pembaziran wang & dana negara
  • Elak agihkan kekayaan negara kepada sekelompok golongan kaya di Malaysia sahaja
  • Amalkan demokrasi yang sebenar, bukan
  • Keputusan mahkamah jangan ada campurtangan politik 
  • Pihak berkuasa pula perlu berlaku adil mekasanakan tugas tanpa mengira latarbelakang tertuduh. Salah tetap salah
Kalau begini, jadinya. Barulah Malaysia ada “magnet”, pelabur sendiri akan lebih berminat untuk datang ke Malaysia dan kami beranggapan media asing akan membuat liputan lebih banyak mengenai Malaysia jika kita memberikan contoh terbaik kepada negara lain. Tak perlu nak bayar berjuta-juta. D
Berdasarkan rekod kerajaan Malaysia bayar RM57.7 juta untuk tempoh 2008, 2009 dan RM83.8 juta selama 3 tahun untuk pemimpin-pemimpin Malaysia kerap muncul di mana-mana siaran televisyen global untuk tujuan wawancara contohnya
Bayangkan dengan sejumlah wang yang sebegitu besar, sekitar RM80 kalau dibelanjakan untuk pembangunan negara:
  • berapa banyak sekolah dapat dibina?
  • berapa banyak klinik dapat didirikan?
fbc media2 Kerajaan Malaysia Bayar FBC Media (RM83.8 juta   Kontrak 3 Tahun) Untuk Naikkan Nama Malaysia?
fbc media Kerajaan Malaysia Bayar FBC Media (RM83.8 juta   Kontrak 3 Tahun) Untuk Naikkan Nama Malaysia?
 fbc media7 Kerajaan Malaysia Bayar FBC Media (RM83.8 juta   Kontrak 3 Tahun) Untuk Naikkan Nama Malaysia?
Sebenarnya dalam hidup ini mudah sahaja. Kalau kita nak orang lain hormat prinsip kita, kita kena hormat prinsip orang lain juga. Sama juga dalam pemerintahan. Kalau kita tidak hormat undang-undang negara lain, macammana negara lain nak hormat undang-undang negara kita? Sudah terbukti kerajaan Britain tidak gemarkan budaya dan cara penyampaian media sebegini rupa, adakah kerajaan Malaysia tak buat semakan ketika menganugerahkan kontrak kepada syarikat perunding, FBC Media? Atau kerajaan Malaysia sebenarnya hanya ada sejumlah dana dan “campakkan” sahaja kepada FBC Media :
FBC Media, kami (kerajaan Malaysia) dah bayar. Kamu nak buat, kamu punya suka. Yang penting kami tahu imej kami sebagai pemimpin dan nama Malaysia naik
Adakah begitu caranya? Kami tidak buat laporan yang tidak bertanggungjawab, ia adalah jawapan hansard dalam parlimen :
“Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media,” katanya. Bagaimanapun menurut Najib kerajaan tidak mempunyai kawalan berhubung bila sesuatu rancangan itu disiarkan.
“Ia merupakan tanggungjawap FBC Media mendapatkan masa penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini. “Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC,” kata Najib. (Malaysiakini)
P/S : Apa pendapat anda apabila sekali wang negara digunakan dan dibayar kepada syarikat perunding, FBC Media untuk tujuan menaikkan nama negara kita, Malaysia?

Comments