Skip to main content

Samsung Galaxy Skin Mampu Melengkung

Telefon Bimbit Samsung Galaxy Skin Mampu Melengkung
TELEFON bimbit Galaxy Skin daripada Samsung merupakan telefon berteknologi yang sangat fleksibel dan boleh dilengkungkan.

Syarikat Samsung telah mendemonstrasikan skrin mudah bengkok AMOLED yang berukuran 4.5 inci lebar dan hanya 0.3mm tebal pada Januari tahun ini.
Laporan sebelum ini memberitahu bahawa telefon bimbit yang boleh “digulung” dan tahan pukulan tukul – akan muncul pada pertengahan tahun hadapan.
Teknologi itu bergantung kepada lapisan atom tebal “graphene” – kepingan atom karbon – yang dihimpit bersama, melindungi satu lapisan “skrin” cecair kristal.
Pada awal tahun ini, satu laporan mendedahkan yang Samsung mempunyai keupayaan untuk menghasilkan skrin itu dalam jumlah yang besar pada “awal 2012″ – tetapi tiada sesiapa yang mengetahui untuk apa skrin itu digunakan.
Laporan yang lain pula menyatakan bahawa telefon bimbit itu akan menawarkan banyak spesifikasi termasuk skrin AMOLED fleksibel beresolusi-tinggi berukuran 800×480, kamera lapan megapiksel dan 1Gb RAM serta pemproses 1.2GHz.
Spesifikasi tersebut hampir serupa dengan spesifikasi model terkini Samsung, Galazy S II.
Samsung tidak membuat pengumuman rasmi mengenai produk itu, walaupun ternyata mereka boleh menghasilkan teknologi sedemikian.
Bagaimanapun, Galaxy Skin dipamerkan secara terbuka pada awal tahun ini.-Mynewshub

Comments