Los Angeles – `Saya cintakan dia , saya cintakan dia, saya minta maaf’ itu permohonan maaf daripada Kristen Stewart kepada kekasihnya, Robert Pattinson selepas aktres tersebut ditangkap berlaku curang dengan pengarah filem, Rupert Sanders.
Permohonan maaf itu susulan gambar antara Stewart, 22 dan pengarah filem Snow White And The Huntsman, Rupert sedang berpeluk dan bercium berjaya dirakamkan oleh paparazi.
Rupert, 41, telah berkahwin dengan model Liberty Ross dan mempunyai dua orang anak.
Menurut majalah People, Kristen turut melahirkan kekesalan kerana telah melukakan banyak pihak dan perbuatan itu disifatkan sebagai memalukan.
Setakat ini tiada jawapan atau reaksi daripada Robert.
Aktor tersebut sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk melamar Kristen.
Hubungan sulit itu bermula selepas Kristen berlakon di bawah arahan Rupert dalam filem Snow White And The Huntsman.
Malah isteri Rupert, Liberty, 33, turut berlakon sebagai Queen Eleanor, iaitu ibu tiri Kristen dalam filem berkenaan.
Beberapa keping gambar yang dirakamkan paparazzi itu menunjukkan Kristen berada dalam pelukan Rupert di dalam sebuah kereta.
Mereka kemudiannya bercium dan hanya berenti apabila ada orang yang lalu di kawasan berkenaan.
Menurut jurugambar terbabit, dia berjaya merakamkan gambar tersebut selepas mengekori kereta yang dipandu Kristen yang pulang ke rumah yang didiami bersama Robert di Los Feliz.
“Namun secara tiba-tiba, selepas menjawab panggilan telefon, Kristen telah berpatah balik dan beredar dari rumah berkenaan.
“Rahsia mereka dapat ditutup sekiranya Kristen tidak menjawab panggilan telefon berkenaan,’’ katanya kepada Us Weekly.
Dalam pada itu, Rupert turut menyesali perbuatannya itu.
Dalam temu bual dengan People, Rupert berkata, “Hanya isteri saya yang cantik dan dua anak saya sahaja yang saya ada di dunia ini. Saya sayangkan mereka dan berharap dapat melalui perkara ini bersama-sama,’’.
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-