Skip to main content

PILIHAN RAYA KAMPUS SEPTEMBER INI ?


29 Julai, Kuala Lumpur- Pilihan Raya Kampus akan diadakan bergantung kepada keputusan dari Pejabat Perdana Menteri menurut seorang mahasiswa.
Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Muhd Taufiq Abdul ketika dihubungi berkata “Hampir 6 bulan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) tidak berfungsi kerana masih belum diadakan pemilihan yang baru. Keputusan tarikh PRK akan ditentukan oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri bukannya diputuskan oleh pentadbiran kampus.”
“Campurtangan dari Pejabat Perdana Menteri dan beberapa individu dari sebuah parti politik telah mengetepikan peranan naib canselor universiti yang mempunyai autonomi dalam mentadbir universiti masing-masing,” katanya.
Muhd Taufiq berkata, beliau menjangkakan tarikh PRK akan diadakan pada September ini selepas sesi kemasukan baru mahasiswa sarjana muda pada 2 Sepetember ini.
“Sepanjang minggu orentasi mahasiswa baru pada awal Sepetember ini peluang terbaik yang akan digunakan Aspirasi dan Penggerak Mahasiswa untuk memperkenalkan calon-calon mereka yang terlibat menjadi pembantu mahasiswa,” katanya lagi.
Terdapat beberapa kampus yang telah diketahui tarikh pembuangan undi PRK iaitu Universiti Teknikel Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) masing-masing pada 20 September dan 27 September.
Pro Mahasiswa Nasional sebelum ini mendakwa terdapat campur tangan dari Pejabat Perdana Menteri dan sebuah parti politik melalui Ops 2020 dalam menunda tarikh PRK yang sepatutnya diadakan pada Februari lalu.
Penundaan tarikh PRK dibuat bagi memastikan kumpulan Aspirasi dapat membuat persediaan dengan rapi untuk  memenangi semua PRK di 20 kampus IPTA.

Comments