1 Murid 1 Rim kertas A4. Begitulah mengikut tajuk surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam kepada ibu-bapa / penjaga murid-murid tersebut.
Mengikut daripada isi kandungan surat yang disertakan di atas, tujuan surat ini dikeluarkan dan diberi kepada ibu-bapa dan penjaga adalah kerana ingin meminta sumbangan kertas A4 untuk persediaan Ujian Bulanan 2 dan Peperiksaan Akhir Tahun sekolah tersebut, oleh kerana peruntukan kewangan yang diberikan kerajaan adalah tidak mencukupi.
Kami tidak dapat mengesahkah samada ada surat di atas adalah benar atau palsu semata-mata, namun kami melihat perkara ini dengan begitu serius. Bagaimana pula peruntukan yang diberikan tidak mencukupi? Adakah benar kerajaan memang tidak menyalurkan sumber kewangan yang relevan kepada sekolah ini? Kami difahamkan hanya Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam sahaja yang ada mengeluarkan surat seperti di atas.
Tidak salah untuk meminta bantuan daripada ibu-bapa, namun kami melihat ada sesuatu yang tidak kena sama sekali. Bagaimana hanya sekolah yang disbutkan di atas sahaja yang terlibat manakala sekolah-sekolah lain tidak mempunyai masalah sedemikian? Adakah ini merupakan kesalahan pentadbiran sekolah dalam menguruskan kewangan atau sebaliknya?
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-