BAKU - Azerbaijan mengumumkan rancangan negara itu untuk membina  bangunan pencakar langit serta hotel unik dalam usaha merampas takhta  Dubai sebagai gergasi seni bina dunia moden.
  Dengan kekayaan sumber asli negara yang melimpah ruah, ibu negara Baku  yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Hitam kerana pencemaran minyak  mula menjalankan program mengubah persekitaran bandar itu dengan membina  pelbagai bangunan baru termasuk menggantikan rumah era Soviet.
  Kini, bandar utama itu dipenuhi pelbagai bangunan moden yang unik termasuk Menara TV serta Menara Api yang hampir siap dibina.
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-