Pada tahun 2007, Gamuda dan MMC diberikan hak untuk melaksanakan projek landasan berkembar elektrik  yang memakan kos sehingga RM12.5 bilion. Manakala pada bulan April yang  lalu, DRB HICOM (pemegang sahamnya – Syed Mokthar), dilaporkan menerima  tawaran untuk hak menghasilkan kereta perisai Malaysian AV-8. Dapat  lagi. Murah rezeki kamu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.
Terbaru, mega projek yang bernilai RM43  billion (Mass Rapid Transit-MRT)  telah diusulkan oleh Gamuda-MMC adalah  projek infrastruktur paling besar di Malaysia yang dijangka meliputi  kawasan yang tidak diliputi oleh LRT, monorel. Dua perunding bebas yang   dilantik oleh kerajaan, diharapkan akan selesai rundingan dan  perbincangan dalam masa tiga bulan. Sistem MRT ini meliputi 3 laluan  berbeza :
- Laluan Pertama – Sungai Buloh, Kota Damansara, Kuala Lumpur and Cheras hingga ke Kajang
 - Laluan Kedua – Sungai Buloh, Kepong, Kuala Lumpur and Serdang
 - Laluan Ketiga – Kawasan Kuala Lumpur
 
Menurut The Star, sebenarnya projek ini  bernilai sekitar RM36 billion pada asalnya. Persoalannya sekarang  bagaimana boleh overruns kosnya lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang  selepas kenaikkan harga minyak baru-baru  ini yang pastinya akan memberikan kesan rantaian kepada rakyat. Ini  membuatkan projek mega Mass Rapid Transit (MRT) merupakan kerja  pembinaan yang terbesar di bawah Rancangan Malaysia ke-10 setakat ini, dan bersamaan juga dengan nilai subsidi minyak kepada rakyat selama tempoh 5 tahun.
Pemberian kontrak diberikan kepada  syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari bukan  persoalannya sekarang, lebih-lebih lagi projek berskala besar seperti  ini yang memerlukan modal setanding dengan harga kontrak dan bukan itu  sahaja, tenaga kerja mencukupi, sokongan sub kontrak yang padu,  pengurusan yang kemas dan jitu memainkan peranan dan dalam pada masa  yang sama harap ada “ketelusan” dalam melaksanakan projek ini.
Kesempatan ini, mari kita lihat siapa pemegang saham utama dari Gamuda Bhd :
- Employees Provident Fund Board 10.09%
 - Raja Dato’ Seri Eleena binti Raja Azlan Shah 7.43%
 - Generasi Setia (M) Sdn Bhd 7.42%
 - Platinum Investment Management Limited 6.48%
 - HSBC Holdings plc 5.37%
 
Para pemegang saham utama untuk MMC Corp :
- Amanahraya Trustees Berhad (Skim Amanah Saham Bumiputera) 18.43% (direct)
 - Employees Provident Fund Board 8.11% (direct)
 - Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd 51.76% (direct)
 - Indra Cita Sdn Bhd 51.76% (indirect – deemed interest through Seaport Terminal)
 - Tan Sri Dato’ Seri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor 51.76% (indirect – deemed interest through Indra City)
 
P/S : Menurut sumber terdekat, sasaran untuk projek Mass Rapid Transit  (MRT) dimulakan adalah pada Januari 2011 nanti….
Jose Barrock dari The Edge pernah menulis:
- Untuk semua projek berskala besar aka mega projek, penyelidikan terperinci perlu dibuat.
 - Pemilihan terbaik diputuskan atas dasar “kemampuan” daripada segala aspek tanpa dipengaruhi faktor politik
 - Kesan? Kesannya mega projek seperti dapat direalisasikan dalam pada masa yang sama kosnya dapat dikurangkan dan akhirnya bebanan rakyat dapat dikurangkan
 
Sedar tak sedar, daripada seorang  individu yang tak pernah menjejak kaki ke menara gading dan bermula  daripada bawah, kini telah menimbulkan satu fenomena “Syed Mokhtar al-Bukhary”  yang boleh dikatakan cukup sebati kepada segenap lapisan masyarakat  Malaysia kerana beliau sekarang berjaya “mengawal” syarikat dan  projek-projek besar. Antaranya :
- MMC (CONSTRUCTION)
 - DRB-HICOM (AUTOMOTIVE)
 - BERNAS (BERAS)
 - TRADEWINDS (HOTEL DAN PERLADANGAN)
 - PADINI (GARMENT)
 - ROTI GARDENIA (ROTI)
 - GULA PADANG TERAP & CENTRAL SUGAR REFINERY PLANT (GULA)
 - PORT TANJUNG PELEPAS (PORT)
 - LAPANGAN TERBANG SENAI (AIRPORT)
 - HIGHWAY SENAI-JB (FREE TOLL HIGHWAY)
 - HIGHWAY KULIM-BALING (FREE TOLL HIGHWAY)
 - MALAKOFF (IPP)
 - ALAM FLORA
 - PUSPAKOM
 - HICOM-HONDA
 - MODENAS
 
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-