Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
Skandal pembelian kondo mewah RM9.8  juta di One Menerung, Bangsar menjadikan episod pendedahan disebalik  anugerah projek mega Pusat Fidlot Kebangsaan bernilai RM250 juta yang  sudah terbukti milik keluarga Datuk Shahrizat Jalil (Pembangunan Wanita,  Keluarga & Masyarakat) semakin berpanjangan.
Melihatkan lokasi kondo mewah tersebut sahaja, membuatkan kami menarik nafas panjang. Mana  tidaknya, kalau anda “tiada kemampuan” untuk membeli kondo mewah ini  sekitar RM2 juta sehinggalah harganya yang setinggi RM11 juta, janganlah bermimpi untuk memiliki mana-mana unit kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini.
 Kami sertakan 2 keping gambar kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini di sini untuk tatapan anda.
Dan paling pentingnya di sini, kaitan dengan kondo mewah tersebut dengan anugerah projek Fidlot (Feedlot) Kebangsaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bernilai RM250,000,000,000 (RM 250 juta),  sehingga dibongkarkan satu lagi skandal pembelian kondo mewah RM9.8  juta tersebut melalui 4 transaksi yang berjaya dikesan pada 2 Disember  2009.
Di bawah ini adalah butiran bergambar  yang dikesan menunjukkan transaksi yang berlaku pada tarikh yang  dinyakan di atas bagi pembeli kondo mewah RM9.8 juta :
National Feedlot Corporation (NFC) didakwa telah melakukan :
 
- 4 transaksi dari akaun semasa NFC itu sendiri di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail
 - Traksaksi didakwa telah diberikan kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondo mewah RM9.8 Juta di One Menerung, Bangsa
 
Kemudian tak cukup dengan itu, kami akui Kementerian Pertanian & Asas Tani di bawah menteri, Datuk Seri Noh Omar  telah menjawab isu projek Fidlot Kebangsaan ini. Tetapi yang menjadi  persoalannya sekarang ini terdapat percanggahan maklumat yang ada:
1) Pertamanya, berdasarkan semakan  hansard kenyataan Datuk Seri Noh Omar pada 31 Oktober  2011 bahawa hanya  RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah  disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).  Bermaknanya di sini berdasarkan kenyataan menteri, dana tersebut belum  disalurkan sepenuhnya kepada NFC. OKEY.
Tetapi yang menjadi persoalannya  sekarang ini, melalui carian rasmi di SSM telah menunjukkan secara jelas  bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang  (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri  daripada :
 
- PINJAMAN DARI KERAJAAN RM 250,000,000 (RM250 Juta)
 - GERAN KERAJAAN RM 6,082,518
 
2) Persoalannya yang seterusnya, juga  sekali kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan projek ini telah  pun tercapai sasarannya. Kalau begitu tahniah kami ucapkan kalau dah  tercapai sasarannya.
Tetapi, persoalan keduanya di sini  sasaran-sasaran rasmi yang ditetapkan sendiri oleh Kementerian Pertanian  Dan Industri Asas Tani sebelumnya adalah seperti berikut :
 
- Pusat Fidlot Kebangsaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun yang diternak di ladangnya di Gemas berbanding…..
 - Tetapi, angka yang dicapai setakat ini antara tahun 2008 dan 2010, hanyalah 8,016 ekor antara tahun 2008 dan 2010, iaitu….
 - Pusat Fidlot Kebangsaan hanya mampu menternak kurang daripada 3,000 ekor lembu setahun.
 
P/S : Tugas menteri dan pihak-pihak terlibat dalam isu ini mudah sahaja, perjelaskan isu pembelian kondo mewah RM9.8 juta ini dan juga penjelasan “setelus mungkin”  mengenai isu dan status projek mega fidlot kebangsaan ini.
Sumber : BeritaSemasa.com 
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-