MEKAH  – Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota  suci di Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Laluan keretapi ini  merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain.
Projek pertama adalah laluan Jeddah-Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal.
“Rundingan  sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14  syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi,  Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis (3/11/2011).
Projek  tersebut dijangka akan selesai dalam tiga tahun akan datang. Fasa kedua  ini akan meliputi pembangunan pemasangan rel kereta, signal, sistem  komunikasi, sistem elektrik, dan mengimport keretapi laju serta  penyelenggaraan.
Konsortium bertanggung jawab dalam operasi dan penyelenggeraan trek keretapi ini selama 12 tahun.
Untuk  laluan ini akan terdapat 35 keretapi laju dengan 13 gerabak, termasuk  gerabak kelas utama dan gerabak restoran. Rel keretapi ini ialah  sepanjang 444 kilometer juga akan memiliki fasiliti kesihatan.
Dengan  keretapi laju ini, kata Al Seraisy, masa perjalanan Jeddah-Mekah ialah  dalam setengah jam dan jarak Madinah-Jedah dua jam. Sekarang ini masa  perjalanan dari  Jeddah-Mekah selama satu hingga 1.5 jam, masa  perjalanan Mekah-Madinah ialah antara empat sehingga lima jam. Manakala  masa perjalanan dari Jeddah-Madinah ialah lebih kurang enam sehingga  tujuh jam.
MEKAH – JEDDAH (65 km)
JEDDAH – RABIGH (150 km)
RABIGH – MADINAH (230 km)
JEDDAH – RABIGH (150 km)
RABIGH – MADINAH (230 km)
Laluan  keretapi laju Haramain ini akan memiliki stesyen di Mekah, Madinah,  Jeddah, Rabigh, dan King Abdullah Economic City (KAEC), Jeddah.
Stesyen di KAEC,Jedah.
Stesyen di Madinah
Stesyen di Mekah
Perancangan stesyen di Jeddah
Perancangan stesyen di Madinah.
Tetapi  belum ada kepastian apakah laluan keretapi laju Haramain ini boleh  digunakan oleh jemaah haji atau tidak. Yang pasti jika dapat digunakan  jemaah haji, maka keretapi ini akan menjimatkan banyak masa perjalanan  berbanding menggunakan bas selama ini.
kerja-kerja pembinaan keretapi laju di Arab Saudi sedang giat dilakukan.
Saya  selalu mendengar suara-suara yang mengatakan haji sekarang susah nak  mendapat haji yang mabrur.Ini kerana menunaikan haji pada zaman sekarang  sudah tidak semencabar dahulu, jika dahulu tawaf hanya setingkat  sehingga sesak, sekarang sudah ada tiga tingkat kalau saya tidak silap.  Tempat melontar jamrah pun sudah bertingkat-tingkat,tempat bersaie  antara Bukit Safa dan Marwah pun sudah ada lorong pergi dan balik.
Ada  kebaikan pembangunan yang pesat di Arab Saudi yang memudahkan umat  Islam dari seluruh dunia menunaikan rukun Islam kelima ini. Jika dahulu,  setiap tahun kerap berlaku musibah yang meragutkan beratus nyawa jemaah  haji kerana pasarana lama yang sesak.
Apalagi  kalau berkedudukan dan berduit, hotel berkelas lima enam bintang  mencakar langait di bina di begitu hampir dengan Kaabah. Cuma sendrik  mau ingatlah, tanda-tanda kiamat ialah manusia berlumba-lumba membina  bangunan mencakar langit.
Namun begitu siapalah kita nak menentukan haji seseorang tu diterima, mabrur atau tidak, hanya Allah Taala yang mengetahuiNya.
sumber : isuhangat
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-