Adsense Link 728 X 15;

Followers

TERLARIS!! Kambing Perap Beku Terbaik!!

Posted by Haluan Kiri Saturday, October 11, 2014 0 comments
Produk yang mendapat tempahan yang sangat luar biasa ABAD INI!!

 lamb chop black pepper sauce
 chicken chop black pepper sauce
 chicken bbq
 sos bolognese daging n mushrooms

 serunding ayam/daging/ikan
 rendang daging







Terdapat juga 'Beef Steak' bersama sos black pepper!
Memang setaraf restoran 5 bintang!





P/S: Penghantaran percuma sekitar USJ Subang-Serdang-Cheras. 

Hubungi: Call/Whatsapp Zhafran 017-3816790 

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Posted by Zhafran Fauzi Friday, April 25, 2014 0 comments

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.


Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu |PERLU DIBERI PERHATIAN !!! |

Posted by Zhafran Fauzi 0 comments
[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu |PERLU DIBERI PERHATIAN !!! | Setiap orang mempunyai pengalaman  tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. 


Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini. 

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu. 

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik 

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya. 

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik 

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel. 

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka 

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur. 

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum 

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel. 

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik 

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

DR MAZA: Nyahkan Bangsawan Samseng

Posted by Zhafran Fauzi Friday, February 7, 2014 1 comments
Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi.

Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi.

Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’.

Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja.

Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah.

Kehendak mereka by hook or by crook mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.

Mengajar bangsawan Samseng

Dalam Kanz al-‘Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn ‘Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab di Madinah.

Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman”.

Kata ‘Umar: “Ya!”

Kata lelaki itu: “Aku berlumba dengan anak gabenor Mesir (Muhammad bin ‘Amr bin al-‘As), lalu aku menang. Maka dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: 'Aku anak golongan yang mulia'.”

Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gabenor Mesir ‘Amr bin al-‘As meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut.

Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata: “Pukul dia”.

Dia pun memukul sambil Umar berkata: “Pukullah anak golongan yang mulia”.

Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu: “Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti.”

Kemudian Umar berkata kepadanya: “Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala ‘Amr bin al-‘As)”.

Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai.”
Kemudian Umar berkata kepada ‘Amr bin al-‘As: “Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?”

Jawab ‘Amr bin al-‘As: “Sesungguhnya aku tidak tahu kes ini”.

Sama dsisi Tuhan

Demikian Khalifah ‘Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini. Padahal ‘Amr bin al-‘As seorang sahabat Nabi SAW.

Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih kerana nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi.

Nabi SAW menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).

Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang banyak.

Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang nyatakan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan “kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!”.

Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian.
Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku." (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan.

Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.

Pupus

Perlu diingat, kesamsengan golongan bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampuk kuasa. Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?

Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.

Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap.

Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.

Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman.

Inilah yang disebut oleh ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas hadis Nabi SAW mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rom paling banyak rakyatnya.

Kata ‘Amr: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya.

“Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka.

“Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja.”

Golongan bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran.

Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa.

“Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempatlan di muzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’.


PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.

Percaturan lewat Kajang, pahit ditelan

Posted by Zhafran Fauzi Saturday, February 1, 2014 1 comments

Sebenarnya sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya jadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.

Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.

Namun malang bagi Pakatan Rakyat, ada semacam satu keyakinan tinggi suatu ketika dahulu bahawa Anwar amat pasti menyandang kerusi Putrajaya.

Maka diletaklah Anwar (kanan) sebagai figura bakal perdana menteri, dan akhirnya hari ini Anwar tidak punya laporan prestasi, tidak ada track recordpencapaian kecuali apa yang diusahakannya sewaktu menjadi menteri Umno suatu ketika dahulu.

Ini bukan sesuatu yang bagus, terutamanya setelah diserang bertubi-tubi pasca September 1998.

Bagi merangkul Putrajaya, sosok Anwar ini perlu dijenamakan semula sebagai seorang eksekutif, pentadbir, dan pemimpin yang meski terpaksa bermula semula dari petak nombor satu mampu membina negeri contoh berteraskan polisi dan dasar yang berasaskan prinsip-prinsip perubahan dan reformasi.

Tetapi ini bukan faktor utama dalam membincangkan kekalutan semasa. Meskipun hal ini perlu diperjelaskan sebagai premis penting dalam memahami percaturan politik Pakatan Rakyat secara kolektif dalam meletakkan Anwar sebagai calon di DUN Kajang dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

Pokok pangkal permasalahan ini perlu dilihat kembali ke garis masa Mac 2008, ketika parti-parti pembangkang menang mengejut di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

Tetapi fokusnya sekarang tentulah Selangor.

Selangor berhadapan krisis pada malam 8 Mac, dengan keadaan PAS dikepalai Hasan Ali dikatakan cuba membuat pakatan politik dengan Umno untuk membentuk kerajaan di Shah Alam.

Anwar yang pada waktu itu belum boleh bertanding pilihan raya meletakkan Khalid sebagai calon menteri besar, sesuai dengan‘track record’ Khalid sebagai perancang ekonomi yang baik.

Mudah di PP, payah di S'gor

Maka terbentuk kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat, dan Hasan serta UMNO Selangor terpaksa menanggung kecewa.

Langkah menjadikan Anwar penasihat ekonomi Selangor juga barangkali boleh dilihat sebagai langkah untuk mewarnakannya sebagai sumber kepada segala polisi dan dasar ekonomi Selangor.

Namun malangnya pada ketika tersebut, Anwar lebih terampil sebagai personaliti nasional yang sedang diusung sebagai calon perdana menteri. Lalu Khalid diberikan segala puji-pujian atas segala kebaikan dan faedah yang dinikmati rakyat Selangor.

Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan Pulau Pinang. Lim Guan Eng dilantik ketua menteri tanpa sebarang persoalan kemungkinan beliau diusung ke Putrajaya sebagai menteri Kerajaan Persekutuan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya nanti.

Maka Guan Eng tenang-tenang sahaja mentadbir negeri tersebut tanpa jenuh memikirkan untuk membentuk dirinya sebagai bakal menteri apa-apa.

Pulau Pinang tidak ada penasihat ekonomi. Tidak ada perebutan siapa wajar menjadi ketua menteri. Lim pemimpin utama DAP, DAP paling banyak kerusi, Lim jadilah ketua menteri. Mudah.

Di Selangor, keadaan ini dipayahkan dengan keperluan undang-udang tubuh negeri tersebut yang tidak membenarkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar.

Maka DAP tiada boleh menyatakan kesediaan berkhidmat dalam kapasiti itu. PAS mampu, tetapi usaha PAS pada waktu itu dicemari sentimen kesatuan Melayu dan keperluan berpadu dengan Umno; maka usaha tersebut digagalkan.

Lalu Khalid dijadikan menteri nesar Selangor dalam keadaan beliau tidak mempunyai banyak kemahiran politik. Jawatan menteri besar adalah ‘jawatan politik’, bukan sekadar pengurus wang seperti seorang akauntan.

Menteri besar mesti berpolitik dan mentadbir sebagai ‘orang politik’. Lalu diutuslah seorang setiausaha politik untuk menunjuk ajar selok belok politik kepada bekas pengurus besar PNB ini.

Yang menjadi akar kepada konflik jawatan MB antara Azmin dan Khalid yang begitu disensasikan media ialah ketidakcekapan Khalid berpolitik pada awal-awalnya.

Setelah jambangan puji-pujian

Kita barangkali masih ingat tentang isu kutipan sampah, selain isu air Selangor yang tidak ditangani secara politikal.

Akhirnya politik Khalid dilihat gagal apabila akur kepada perancangan Kerajaan Persekutuan BN; selain kekusutan ADUN Selangor yang mengadu payah sungguh mahu berurusan dengan Khalid kerana negeri itu ditadbirnya seakan sebuah syarikat.

Ramai pastinya melihat Khalid sebagai hero negeri Selangor dengan program-program merakyatkan ekonomi serta propaganda bagi mewarnakan Khalid sebagai seorang hero.

Seandainya Khalid (kanan)  tidak diwarnakan sebagai seorang hero, dan pencapaian negeri tersebut tidak diuar-uarkan, sukar juga untuk para pendokong Khalid Ibrahim memandang tinggi kepada beliau.

Jadi pokoknya, Khalid terlihat sebagai seorang hero itu adalah hasil daripada kerja buat operator-operator politik yang gigih memperlihatkan beliau sebagai ikon kemajuan negeri Selangor, dengan harapan supaya Pakatan mendapat sokongan yang berterusan. Itu sahaja.

Namun hakikat yang harus kita terima dengan berat hati ialah Khalid sebenarnya bukanlah seorang hero.

Dan ini jelas menjadi asas besar kepada pertimbangan Pakatan untuk menggantikannya dengan yang lain.

Dalam PRU tahun 2008, Khalid bertanding di Ijok dan menang dengan majoriti 1920 undi. Mei 2013 Khalid berpindah ke kerusi Pelabuhan Kelang, dan menang dengan majoriti yang lebih sedikit berbanding penyandang sebelumnya.

Kerusi DUN Ijok dikekalkan kemenangannya oleh Dr Idris Ahmad dengan majoriti merosot hanya sebanyak 739 sahaja. Jadi siapa sebenarnya yang mengundi Pakatan di Selangor dengan dalil heroisme Khalid Ibrahim?

Isu sebenar bukanlah soal Azmin mahu jadi menteri besar, atau Anwar mahu masuk pejabat itu. Isu sebenar ialah Khalid tidak berjaya sepenuhnya memikul tugas sebagai menteri besar yang mampu berpolitik dengan baik, serta menjalankan kerja dengan berkesan.

Hal ini barangkali berat sekali mahu diakui ramai pemimpin Pakatan, setelah Khalid selama ini dipuji-puji dan dipertahankan.

Maka mahu tidak mahu, Khalid harus dikeluarkan dari pejabat menteri besar, dan diganti dengan yang lain; supaya episod kegagalan kerajaan negeri Kedah tidak berulang. Cuma persoalannya, siapa calon yang sesuai.

Propaganda Umno

Anwar, bekas timbalan perdana menteri, ketua umum PKR akan harus menanggung beban dan risiko yang besar apabila bersetuju dengan keputusan partinya untuk masuk ke DUN Selangor.

Anwar pastinya tahu dan telah menimbang segala kemungkinan. Dia mungkin sahaja kalah, dan kerjaya politiknya mungkin saja berakhir dalam sebuah pilihan raya kecil.

Anwar malah boleh sahaja menolak keputusan untuk masuk ke DUN Selangor dan barangkali menggantikan Khalid. Tetapi Anwar tetap menggalas juga tugas gila ini. Kenapa?

Seperti yang tadi disebut, Anwar memang sepatutnya sejak dahulu lagi dijadikan menteri besar Selangor.

Dan langkah sekarang yang nampaknya menjurus ke arah itu, wajar dilakukan segera demi memastikan peluang empat tahun sebelum PRU14 tidak disia-siakan.

Justifikasi bahawa bakal perdana penteri harus punya tapak dan rekod prestasi sebagai menteri besar dengan contoh-contoh Jokowi dan Erdogan itu sudah tidak perlu diulang-ulang.

Langkah Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor mengikut model itu adalah langkah yang betul, mesti terlambat tiga empat tahun dan memberi ruang kepada pergeseran politik PKR yang amat merugikan.

Kedudukan Anwar di Selangor akan memberi kesan maha besar kepada Umno di Selangor, yang pastinya hanya akan boleh bermimpi untuk merampas semula negeri tersebut setelah ditadbir dengan lebih baik berbanding metod Khalid.

Adakah akan ada sesiapa yang boleh menunjukkan bahawa Anwar lebih buruk urus tadbirnya berbanding Khalid, setelah mengetahui prestasinya sepanjang tempoh menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri?

Yang membuat kita semua kalut sekarang ini ialah kerana kita melihat Anwar mengkhianati kepercayaan pengundi demi memajukan cita-cita peribadi. Padahal ini sesuatu yang tidak dapat ditunjukkan secara jelas dengan bukti-bukti nyata.

Apa yang kita ulang sebut ialah propaganda bikinan Umno bahawa Anwar mahu jadi menteri besar supaya dapat gaji tinggi dan kemudian beri faedah-faedah kewangan kepada anak didiknya si Azmin Ali.

Timbunan rizab negeri

Malah wujud pertimbangan dangkal yang mendakwa Anwar mahu mengosongkan timbunan rizab negeri Selangor yang dikumpul Khalid.

Siapa yang beri kita gambaran ini? Kenapa pula kita percaya? Apa pula bukti-bukti yang ada? Adakah yang dianggap bukti itu telah diuji kesahihannya?

Atau sekadar bacaan politik dan spekulasi semata-mata? Adakah Anwar dan konco-konconya itu begitu bodoh untuk bertindak begitu cuai?

Kesedaran Anwar untuk membina tapak prestasi di Selangor sepertimana Guan Eng membina tapak di Pulau Pinang harus dialu-alukan meski sudah sedikit lewat. Namun, lebih baiklah lewat dari tidak langsung.

Umno pastinya tidak akan mahu Anwar menjadi menteri besar Selangor, ini akan memberikan beliau peluang untuk menunjukkan kepada negara apa sebenarnya yang boleh beliau lakukan sebagai seorang ketua eksekutif dan bukan timbalan-timbalan picisan seperti masa lalu.

Umno akan bertambah cuak apabila Anwar menjadi menteri besar Selangor, ADUN Kajang, ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketua pembangkang Parlimen Malaysia.

Selangor dia pegang, Putrajaya dia kepung, punya tapak sokongan di Pulau Pinang dan di Parlimen pula beliau akan tetap berentap dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Prestasi yang boleh dibina Anwar dalam kapasiti yang begitu pelbagai pastinya menimbulkan gerun berganda, yang akhirnya akan dilawan dengan tuduhan-tuduhan picisan berkitar soalan kelucahan dan moral sepertimana yang dibuat 15 tahun lalu; yang pastinya telah membuat rakyat muak dan loya.

Macamlah tak ada modal lain.

Jadi isunya mudah: Khalid gagal, perlu diganti. Azmin tak boleh ganti, nanti tidak selesai konflik dalaman parti. Jadi calon yang sesuai itu adalah Anwar.

Ya, dia tahu apa risiko yang ditanggung, dan dia tetap juga meredah apa bahaya yang mendatang. Bertapaknya Anwar sebagai menteri besar Selangor samalah juga macam bertapaknya Guan Eng di Pulau Pinang, dan Nik Aziz di Kelantan.

Makan korban

Ya, keputusan politik yang semacam ini memang berat dan akan memakan korban; namun ia tidak dapat tidak mesti segera dilaksanakan.

Ada yang akan marah, cerca, hina dan maki hamun malah meninggalkan perjuangan hanya kerana tidak puas hati dengan keputusan yang tidak mereka fahami ini. Namun sekaranglah masanya untuk semua ini berlaku demi kemaslahatan menjelang pilihan raya umum ke 14.

Saya antara yang paling awal menghantuk kepala ke meja sejurus mendapat perkhabaran bahawa si Anwar ini mahu bertanding di DUN Kajang demi mengambil alih pejabat menteri besar.

Seperti juga anda, mahu sahaja saya memaki hamun beliau yang tidak mengambil kira sentimen awam sebelum membuat keputusan sedemikian.

Namun setelah mempertimbangkan sebab-sebab yang diberikan, saya harus bersetuju bahawa meskipun gerakan politik ini begitu licik dan membelakangkan banyak hal, ia tetap harus dilaksanakan. Akhirnya Azmin pun tidak berpeluang menjadi menteri besar.

Satu dua minggu ini, isu Kajang akan menjadi buah mulut dan modal kebencian orang. Mereka akan kata ini semua bahana politik kepartian demi cita-cita seorang individu.

Namun hari demi hari anda juga akan bersetuju bahawa langkah ini adalah langkah perlu dan bukan sekadar soal Anwar dan cita-cita yang mungkin tidak kesampaian.

Menjelang hari mengundi di PRK Kajang, anda juga akan duduk di depan skrin televisyen atau komputer dan tetap mengharapkan Malaysia yang lebih baik.

Mengelak Selangor tumpas sepertimana halnya di Kedah adalah demi Malaysia yang lebih baik, bukan soal mengidolakan Anwar dan menyelesaikan masalah parti PKR. Dan anda akan diam-diam bersorak sekiranya Anwar menang.

Namun apa yang penting ialah Pakatan meletakkan nasibnya kembali ke tangan anda. Ini jauh berbeza dengan Umno yang contohnya melantik menteri dari kalangan mereka yang kecundang melalui pintu belakang Dewan Negara.

Pakatan menyerahkan kembali keputusan dan nasib koalisinya ke tangan pengundi; biarlah demokrasi menentukan.

Ada banyak lagi perkara yang harus diselesai dan ditangani. Janganlah dibiarkan tumpuan kita dialih-alih lagi.

Petua Imam Syafie untuk lelaki

Posted by Zhafran Fauzi Thursday, January 30, 2014 0 comments
  • Petua Imam Syafie untuk lelaki
 1 / 1 
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
 
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
 
Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
 
Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
 
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
 
CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
 
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
 
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
 
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
 
Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim 
 
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. 
 
Sumber dari facebook Udo Kidam

[PANAS] Isu PRK Kajang: Koleksi Artikel & Tulisan Yang Perlu Dibaca!

Posted by Zhafran Fauzi 0 comments
Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor daripada Umno jika Najib jatuh

PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.

"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.

"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor,"
 katanya.

Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.

Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.

"Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara,"
 katanya.

Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.

"Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.

Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.

PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.

Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.

Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.

Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.

Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor. -TMI 



PRK Kajang: PAS Perlu Belajar


PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.

BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan. 

Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat. 

Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan. Utk rekodbeliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.

PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri.

Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.

Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka
merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Melaka



Ceteknya minda sesetengah ahli Dewan Pemuda PAS


Realiti bahawa Dewan Pemuda PAS terbelah kepada dua fraksi, ortodok dan modern terbayang di dalam reaksi dibuat oleh anggota sayap kanan PAS berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang dan pengumuman Anwar Ibrahim sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Sekurang-kurang dua orang anggota Pemuda PAS, setakat ini, membuat kenyataan kurang manis berhubung keputusan PKR itu sebaik sahaja Anwar diumumkan sebagai calon. Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim mengeluar kenyataan awal berbau ancaman akan memboikot pilihan raya kecil bakal diadakan itu.

Katanya sekiranya PKR tidak memberi penjelasan munasabah mengenai pengosongan kersui berkenaan jentera pilihan raya Pemuda akan diarah agar tidak memberi kerjsama kepada pilihan raya itu.

Seorang lagi anggota Pemuda Pas yang membuat kenyataan dikira kurang manis ialah Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Mohd Sany Hamzan yang menyifatkan pilihan raya berkenaan mengejutkan dan ianya menyebabkan rakyat meluat dengan kerakusan kuasa dalam PKR.

Sebagai sekutu kepada Pakatan Rakyat, kedua-dua anggota pemuda itu tidak sepatut mengeluarkan kenyataan berkenaan secara melulu yang boleh menyinggungkan perasaan orang lain. Kenyataan-kenyataan bersifat negatif itu menggambarkan kecetakan Pemuda PAS dalam memahami sepak teranjang politik. Ia juga menunjukkan Pemuda PAS kurang ilmu diplomasi.

Mereka juga boleh dianggap biadap kerana tidak menghormati konsensus politik yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Apakah pandangan pemuda lebih tajam daripada pandangan pucuk pimpinan, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan lain-lain? Apakah mereka tidak tahu bahawa peristiwa hari ini sudah dibincang peringkay pucuk pimpinan? Mungkin mereka tidak diberitahu kerana budak-budak memang tidak perlu diberi tahu awal-awal.


Tetapi senario yang berlaku sudah boleh ditafsirkan. Adalahmenyedihkan sebagai orang muda lambat untuk memahami apakah motif dan keperluan disebalik pengosongan kerusi Kajang itu. Kalaulah begitu rendahnya pemikiran Pemuda PAS sukarlah untuk PAS bergerak lebih jauh lagi apa lagi untuk menawan Selamngor secara bersendirian. Kenapa Pemuda harus mempersempitkan akal politik mereka?

Berpandukan kepada dua pandangan itu tidak hairanlah kalau peristiwa di Kota Damansara berlaku yang menyebabkan kerusi yang sepatutnya menjadi milik Pakatan Rakyat terlepas. Sikap dan tindakan begitu, persis marahkan nyamuk membakar kelambu adalah sikap orang bodoh. Di Damansara kerana terlalu tamak dan degil akhirnya ayam terlepas tangan tertinggal tahi.

Kenyataan mereka berdua itu juga seolah-olah bercanggahan dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang mana ia boleh dianggap sebagai biadap.

Apakah mereka tidak sedar sidang akhbar pagi tadi dihadiri sama oleh dua pimpinan tertinggi PAS, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Kehadiran mereka itu sudah menjelaskan kedudukan di sebalik apa yang berlaku. Pemuda yang dianggap sebagai ansrollah harus cekap membaca peristiwa.

Cara mereka membuat kenyataan bernada mengkritik dan mencemuh PKR itu tidak menggambarkan mereka sebagai anggota parti Islam yang lebih kepada soal-soal adat dan pekerti. Mereka lebih kurang pemuda Umno sahaja. Cari itu juga bukan memupuk semangat kerjasama dalam keadaan memerlukan kerjasama. Apakah jenis manusia yang boleh dinamakan apabila membuat kerenah disaat kawan menghadapi perang?

Ancaman untuk memboikot pilihan raya kecil itu juga mendahului keputusan pucuk pimpinan. Seharusnya ketua Pemuda PAS Selangor itu memerhati apa yang berlaku dan apakah tindakan pucuk pimpinan. PAS adalah milik semua orang dan bukan hanya milik kalangan Pemuda PAS Selangor sahaja.

Tanggungjawab ahli PAS baik di mana mereka berada adalah secara kolektif. Sebab itu bila ada sesuatu pilihan raya semua ahli PAS akan turun. Jadi apa-apa keputusan berhubung dengan Pakatan Rakyat, semua ahli PAS terlibat dan jangan hanya PAS Selangor merasakan ianya hak mereka secara eksklusif dan boleh berbuat apa yang disukai. Bukankah Islam itu sejagat sifatnya?

Kalau tindakan untuk menunjukkan kita lantang, berani, dan prihatin agamatetapi ia dengan bertenggek di atas nafsu sarakah ia tidak memberi guna apa-apa pun. Pemuda PAS Selangor juga patut membuat kajian dan tahu kronologi macam mana mereka mula mendapat kerusi di Selangor.

Justeru apa-apa keputusan yang dibuat dan diambil oleh pucuk pimpinan hendaklah dihormati dan biarlah penuh hikmah. Cara ketua pemuda PAS Selangor itu seakan tidak mengerti untuk bertindak secara sopan dan sangat cetek dalam memahami seluk belut politik. Pandanglah sesuatu itu dari berbagai dimensi.

Sikap atau kealpaan sebegitulah yang boleh menjejaskan PAS dan menyebabkan orang akan mencemuhi PAS. Gerakan politik yang dipersetujui oleh PAS menerusi Pakatan Rakyat adalah atas dasar dan prinsip politik yang rencam dan bukan peraturan jemaah, hendaklah disedari. Fahami akan hakikat ini. Yang perlu dikenang dalam perjuangan bukan kecemerlangan masa depan yang dibayangkan tetapi kesusahan masa lalu yang diharungi. Saya percaya ada kalangan Pemuda PAS hari ini tidak sempat melalui banyak liku-liku kesusahan Pakatan sebelum ini.

Kesimpulan persepsi atau realiti Dewan Pemuda PAS berpecah kepada dua kelompok tampak jelas dengan sikap dua oknum Pemuda itu. Dewan Pemuda PAS sebelum ini dilihat dikuasai oleh dua kelompok yang tidak sehaluan dan mempunyai pandangan dan uslub politik berbeza. Sepihak lebih bersikap ortodoks mahu mengekalkan pemahaman konversional, manakala sepihak lagi yang modern yang terbuka.

Pertentangan inilah yang sedang berlaku bakal menjadi masalah dalam PAS dan kenyataannya dua orang pimpinan Pemuda PAS itu menggambarkan situasi tersebut.
 -msomelayu



PAS, DAP sokong Anwar tanding di Kajang


PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas hadir mewakili PAS pada sidang media PKR hari ini di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat.

Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.

"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.

"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media turut menyatakan sokongan kepada calon pilihan PKR itu.

Jelasnya, DAP akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan Pakatan Rakyat di Selangor boleh mencipta kecemerlangan yang lebih baik. 
-HD
Ihsan dari Greenboc

Pandangan TGNA tentang isu DUN Kajang

Posted by Zhafran Fauzi 0 comments

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.

Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti. TGNA

Pilihanraya Kecil DUN Kajang Suatu Pembaziran

Posted by Zhafran Fauzi Tuesday, January 28, 2014 0 comments

Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengundang kritikan segera di Internet, khususnya laman blog mikro Twitter.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara yang dikesan terlibat menulis pesanan mengejek ketua umum PKR itu.



“Apa punya lawak. Mungkin juga akan tabalkan diri kamu Sultan Melaka,” tulisnya.

Beliau juga merujuk tweet Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berhubung “zaman kegilaan” dengan mengulasnya sebagai: “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya.”

Sementara Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang pula menulis: Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa.”

Manakala bekas mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin pula menyelar perletakkan jawatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar.

“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com