Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Penjaga gol Harimau Malaya Khairul putus tunang

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Kegagalan skuad Harimau Malaya meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia merupakan satu tamparan hebat kepada penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat walaupun beraksi cemerlang ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Video : Versi Polis Vs Versi Rakyat....

Maaf kerana tak dapat nak paparkan posting terbaru sebab HK terlibat dengan urusan peribadi di kampung.  Posting kali ni tiada kaitan dengan sesiapa walaupun dalam video ni boleh secara jelas menampakkan   siapa yang menipu dan siapa yang jujur dalam isu pendedahan video bersih 2.0 9hb Julai yang lalu. Polis kita sememangnya jujur dan sangat baik hati. Tak percaya tonton lah perbandingan antara video2 dibawah ini. (Video Versi POLIS...AMAT Baik, dipuji dan berfakta......asli dan halal)

KEPUTUSAN PENUH: Malaysia tewas kepada Singapura dengan agregat 4-6

Misi kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2014 zon Asia buat skuad Harimau Malaya kini sudah tertutup apabila perlawanan malam ini dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil berkesudahan seri 1-1.

Ayuh! Skuad Harimau Malaya, tok guru bersama anda

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini. “Saya berharap agar Malaysia dapat memenangi perlawanan bola sepak menentang Singapura pada hari ini. Semoga dapat melakar sejarah,” ujarnya di laman Twitter.

Dr. Asri : Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Video 'layanan baik' polis ditayangkan

Polis hari ini mengakui kemungkinan meriam air dipancutkan ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu. Namun  sasaran  polis adalah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard polis,” kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

Ranking Top 50 Universiti Terbaik di Malaysia 2011

Kali ini, HK ingin kongsikan kepada anda  ranking terbaru universiti   bagi tahun  2011  di  Malaysia . Rasanya ramai diantara anda juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat univesiti tidak lama lagi. Jadi, sedikit sebanyak, anda dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang anda bakal menjadi tempat pembelajaran anda selama 3 atau 5 tahun selepas ini.Berikut dibawah adalah senarai Top 50 universiti terbaik di Malaysia.

Jenazah Dr Lo’ Lo Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR 18 Julai  : Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo’Lo Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada kira-kira pukul 11.10 pagi. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil. Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof. Dr Lo’ Lo’ meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun. Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga. Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akh

MP PAS Titiwangsa Dr. Lo'lo' meninggal dunia

Baru dapat berita dari Twitter dan Facebook Dr. Lo'lo' mengatakan bahawa beliau telah meninggal dunia sebentar tadi. Jenazah akan dibawa ke   Masjid Al-Akram, Dato Keramat [ Twitter ]. Difahamkan arwah sudah terlantar beberapa hari di hospital kerana menghidap barah.

Khairul Fahmi pilihan utama hadapi Arsenal

PENJAGA gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat bakal diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kendalian Datuk K Rajagobal menentang skuad Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dalam perlawanan persahabatan siri jelajah Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Pasca Himpunan Bersih 2.0 : Siapa lebih BERJAYA?

Kedua-dua belah pihak Bersih dan kerajaan telah Berjaya dalam isu rally anjuran Bersih semalam. Kehendak kedua-dua belah pihak berjaya diperolehi dengan kejayaan masing-masing. Pihak kerajaan dan Polis mereka telah berjaya menghalang ratusan ribuan rakyat untuk berdemonstrasi, Dengan usaha kerajaan dan Polis mereka telah berjaya mengurangkan jumlah kedatangan iaitu sehingga hanya 50,000 orang sahaja dari yang pada asalnya dijangkakan seramai 500,000 orang jika tidak ditahan dan di tekan oleh kerajaan melalui ‘Polis Raja diMalaysia’ (PRDM).

Lintas langsung dari KL : KL diishtihar darurat?

Antara gambar-gambar yang HK sempat ambil dan juga dari sumber-sumber rakan fb dan blogger. Gambar diambil di sekitar Maju Junction, Stesen Kereta api KL, Stesen LRT PUTRA Masjid Jamek, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Pasar Raya SOGO. 

Sekitar 30 jalan di KL ditutup Sabtu

  KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi di kawasan panas dan menasihatkan publik agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.

Apabila berjanji, dia mungkir janji.....

7 JULAI – Bersih hanya mahu pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Untuk mencapai matlamat ini Bersih menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 serta mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu ini. Perhimpunan aman Bersih 2.0 perlu diadakan kerana menyedari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja tidak mahu membuat apa-apa perubahan serius, malah badan yang sepatutnya bebas dari cengkaman kerajaan Barisan Nasional telah bersikap berat sebelah sejak sekian lama.

Sah!Kelantan Juara Liga Super musim 2011!

KELANTAN mencipta sejarah dalam kancah bola sepak Malaysia apabila muncul Juara Liga Super buat pertama kali selepas menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini. Kedua-dua gol Kelantan dijaringkan penyerang berbisa Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha. Selepas tamat 26 perlawanan Liga Super, Kelantan mengumpul 56 diikuti Terengganu (53 mata) dan Selangor (52 mata). P/S: Harapan seluruh rakyat Kelantan ingin melihat kelantan merangkul juara liga super akhirnya tercapai. Apakah mereka mampu mengulangi pencapaian mereka selaku juara Piala Malaysia musim lepas pada hujung tahun ini?Insyaallah jika usaha yang berterusan Kelantan mampu mengulangi pencapaian terbaik mereka!

Iktibar Untuk Rakyat dan PM khususnya

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama. Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0. Dalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik. Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Menteri, polis jangan atasi parlimen!

KUALA LUMPUR: Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis. Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar .