Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Pro-M kekal menang tipis di UM selepas undi semula

Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengekalkan kemenangan tipis selepas menambah satu lagi kerusi selepas pengundian semula dijalankan untuk dua kerusi hari ini - fakulti pendidikan serta fakulti sains dan teknologi maklumat.Pengundian semula itu diadakan selepas calon-calon bagi kerusi itu yang bertanding dalam pilihan raya kampus Selasa lalu mendapat undi sama banyak.

Dalam pengundian hari ini, Pro-M menang kerusi fakulti pendidikan, manakala kumpulan pro-Aspirasi yang dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, pula memenangi kerusi fakulti sains dan teknologi maklumat.

Dengan itu, keputusan muktamad pilihan raya kampus UM adalah pro-M mendahului dengan 21 kerusi, Penggerak Mahasiswa memperolehi 20 kerusi, diikuti dengan dua kerusi calon Bebas.

Keputusan pengundian semula hari ini diumumkan Naib Canselor Tan Sri Prof Ghauth Jasmon melalui lamanweb universiti tersebut.Dengan kemenangan tersebut, pro-M berjaya mengekalkan kubunya di UM. Bagaimanapun, jumlah kerusi dimenanginya mero…

[MENARIK] Analisis Kemenangan Pro-M UKM 2012

Pro-mahasiswa menguasai sekali lagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk sesi 2012-2013.

Seakan mengia gelaran kumpulan mereka 'Gabungan Mahasiswa UKM' , kumpulan yang mengaku memperjuangkan suara mahasiswa yang tulen mendapat sokongan 2/3 kerusi dalam pilihanraya kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012-2013.
Setelah sepenggal PRK ditangguhkan, kali ini kedua-dua pihak; Aspirasi dan GMUKM tampil membawa muka-muka baru yang diangkat sebagai calon-calon 'winable' mereka.

Ironinya dalam PRK kali ini kumpulan Aspirasi selaku 'jaguh kolej' mungkin 'terlupa' untuk menyediakan 7 orang calon untuk mencukupkan bilangan calon-calon mereka sekaligus memberikan kemenangan percuma tanpa bertanding kepada kumpulan GMUKM yang bersiap sedia memenangi kerusi sekali lagi pada tahun ini.

Calon-calon yang 'terlupa disiapkan' termasuk di kerusi-kerusi;

Umum Tahun 3/4
Fakulti Perubatan Tahun 1/2
Fakulti Sains &…

[VIDEO] 2 Wanita Islam Kongsi Bilik Dengan Jantan Afrika

Hebat betul mat black yang datang negara ni. Bukan sorang, tapi sekali ngap sampai dua. Tak bagi peluang!

Yang peliknya, apa murah sangat harga diri sesetengah perempuan negara ni sampai duk jadi lauk mat black dengan pendatang?

Oleh: AK-47 

Keputusan PRK: Pro-Mahasiswa Menang Di UM, UKM

Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa.
Pro-Mahasiswa memenangai 22 kerusi manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 19 kerusi. Dua calon peringkat kerusi fakulti memperolehi undi yang seimbang.

Peratusan keluar undi hanya 42.14.

Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon kira-kira pukul 6 petang ini di Akademi Pengajian Melayu.

Ghauth berkata sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu tahun ini dan keputusan rasmi akan diumumkan Khamis ini.

Dalam pada itu, Kumpulan Pro-Mahasiswa juga menang di UKM dengan memperoleh 19 kerusi manakala Pro-Aspirasi menang di sembilan kerusi.

"Pro-Mahasiswa berjaya mengekalkan penguasaan di UKM sekali lagi," kata seorang pemimpinnya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, kumpulan Pro-Aspirasi menang besar dalam pilihan raya kampus di kebanyakan universiti.

Antaranya,Universiti…

UM: Pro-M menang 20, hilang tiga kerusi

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya berjaya mempertahankan 20 daripada 23 kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya kampus tahun lalu.
Bagaimanapun, pada keseluruhannya pro-M mendapat kerusi terbanyak, diikuti pro-Aspirasi yang kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa (19) dan calon bebas (2).
Kedudukan dua lagi kerusi -  masing-masing satu di fakulti sains dan teknologi maklumat dan fakulti pendidikan - di mana calon mendapat undi sama banyak, akan ditentukan esok.
"Oleh itu jawatankuasa pemilihan akan membuat keputusan mengenai perkara itu esok," kata seorang pegawai yang enggan namanya disebut.
Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di kampus Universiti Malaya tahun ini - bertambah dua kerusi daripada tahun lalu.
Ia terdiri daripada sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti. 
Sementara itu, Berdasarkan laman sosial Facebook Penggerak Mahasiswa, kumpulan itu memenangi 19 kerusi manakala bebas menang dua kerusi.
Sementara itu, di Universiti Putra Malaysia (UPM…

Kemalangan Kereta Termahal Dalam Sejarah

Kemalangan besar ini melibatkan 14 buah kereta di lebuhraya Yamaguchi, Jepun. Antara kereta mewah yang rosak teruk ialah 3 buah Mercedes-Benz, beberapa buah Ferrari, sebuah Lamborghini Diablo, sebuah Toyota Prius, and sebuah Nissan GT-R Skyline. Tiada kematian dilaporkan namun kos kerugian pastinya mencecah jutaan dollar.


sumber

Rahsia lambang singa di kotak rokok!

Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa. Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang. Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini? Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka. Singa Judah Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol …

Inilah Dia Gambar Pengarah Filem Hina Nabi Muhammad S.A.W

Diatas adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.

Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.

Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.

Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.

Di California, Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan wata…

Agong Bangga - Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Hampir Siap

KUIN dari ilmu terbatas ke profesional: Agong bangga

ALOR SETAR: Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan rasa gembira atas pencapaian Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang telah berkembang kepada pelbagai ilmu pengajian profesional.

"Beta juga merasa gembira kerana KUIN yang dahulunya hanya mempunyai kurikulum dan bidang ilmu yang kecil dan terbatas serta tumpuan hanya diberikan kepada pengajian Islam.

"Kini telah berkembang menjadi IPT yang menyediakan program profesional seperti perubatan, kejuruteraan, multimedia, hospitaliti, kaunseling, perbankan dan kewangan Islam," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim yang juga Canselor KUIN bertitah demikian ketika majlis konvokesyan ke-14 Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini, 17 September lalu dan berkenan menyampaikan ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda kepada kira-kira 300 graduan. -HD

Universiti ‘lima bintang’ akan siap hujung tahun ini

KUALA KETIL – Kampus Kolej Universiti Insa…

Pegawai Imigresen mohon maaf kepada pembantu Azmin Ali

MINGGU lalu pembantu khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham dihalang daripada memasuki Negeri Sabah apabila Ketua Menteri negeri itu, Musa Aman menganggap Sabah sebagai negeri bapak dia, rujuk sini [Pembantu khas Azmin].

Warga asing dibiarkan bersepah di Sabah, namun warganegara sendiri dihalang masuk ke Sabah. Hal ini juga rupa-rupa turut tidak disukai oleh para pegawai imegresen yang bertugas.

Malah salah seorang pegawai imegresen ketika kejadian itu turut mendedahkan bahawa tindakan ini adalah arahan pihak atasan yang "kecut" dengan kehadiran Hilman ke negeri Sabah.

Beliau turut memohon maaf dan mengaku tidak suka dengan kejadian yang berlaku itu. Di bawah ini permohonan maaf yang dihantar oleh beliau kepada Hilman melalui laman sosial Facebook.

Hilman Idham dahulunya mahasiswa jurusan Sains Politik UKM yang aktif dalam bidang aktivisme dan politik nasional. Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Sains Politik, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indepe…

Buat Maksiat Kemudian Berdoa Di Facebook

Ish3... Apa kejadahnye nih?

Contoh mcm jiran korang cakap nak duit raya kne pakai baju melayu.. tapi ko dtg rumah dia pakai spenda.. nak ke jiran ko bg apa yg ko mintak? lu pk la sendiri... 

Sumber

500 siswa berarak tuntut p'raya kampus bebas

Seramai kira-kira 500 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.
Kumpulan itu mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan mula berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kumpulan pelajar berkenaan menyanyikan lagu Negaraku.
Mereka turut membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis "sistem pengundian yang telus", "peruntukan dana calon" dan "penetapan tarikh PRK".
Kumpulan berkenaan turut melaungkan "bangkit anak muda", "tolak penipuan" dan "hidup mahasiswa".

Turut kelihatan maskot bagi Pro-Mahasiswa - 'Mat Gempak'.

Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak.

Anggota keselamatan itu cuma memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas.

Naib Canselor UM larang bacaan doa dalam majlis rasmi?

Naib Canselor Universiti Malaya, GHAUTH JASMON telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua staff dan rektor-rektor UM tentang larangan membaca DOA selamat dan digantikan dengan bacaan Al-Fatihah dalam majlis rasmi! Ini surat arahan rasmi sebagai bukti. 

Penetapan ini seolah-olah satu larangan supaya doa tidak lagi dibacakan dalam majlis-majlis rasmi yang dihadiri oleh NC dan segala aktiviti-aktiviti yang diadakan di UM.

Tindakan yang dicetuskan oleh NC UM ini jelas dapat dipertikaikan kerana sepatutnya perkara yang diamalkan sebelum ini dalam majlis-majlis rasmi UM boleh diberi kelonggaran iaitu tidak semestinya suatu majlis itu memerlukan bacaan doa selamat dan doa penutup berdasarkan tujuan dan fungsi majlis tadi.

Jadi tidak salah jika dikatakan tindakan baharu yang dicetuskan oleh NC UM ini merupakan susulan kepada pelbagai tindakan yang penuh kontroversi yang dipertikaikan oleh pentadbir UM yang pernah bekerja di bawah NC yang sebelumnya dan NC sekarang.

Apa pendapat anda?

Pelajar Ini Dinafikan Hak Untuk Ambil UPSR, Muhyiddin Perlu Bertanggungjawab

Rawang - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.

Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.

"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.

Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.

Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan…

Di Sebalik Tabir Pembinaan Legoland Malaysia

DI SEBALIK TABIR PEMBINAAN LEGOLAND MALAYSIA | Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor mula dibina pada tahun 2010. Dan kini telah bersedia untuk dilawati oleh semua orang dari seluruh dunia apabila bakal dirasmikan pada tanggal 15 September 2012.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana taman tema ini dibina? Mari kita saksikan video dokumentari di bawah ini.

Harga Saham FGVH Turun & Turun Lagi, Memasuki Zon Kerugian

Saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi

KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.

Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Mula rugi

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH ada…

[VIDEO] Kemalangan Amat Ngeri Di Arab Saudi

Memang mengerikan! Walaupun penulis bukan kaki Youtube, tetapi video ini telah menarik minat penulis untuk mengetahui apakah yang telah membuatkan ia ditonton sehingga melebihi 2.8 juta tontonan.

Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik.
Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki!

Lebih memeranjatkan, video itu turut merakamkan sebelah kaki kepada salah seorang daripada nahas jalan raya itu terpelanting jauh.

Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan.

Tidak tahulah apa puncanya ia berlaku sedemikian rupa.

Tapi bila penulis tengok kepada keadaan tayar kereta itu ia nampak seperti dipandu laju. Tidak pasti pula sebab penulis tidak arif tentang kereta.

Apa yang penulis nasihatkan semasa memandu sila mengikut had laju yang telah ditetapkan dan patu…

Nurul Syuhada Letak Jawatan Pengacara Sepenuh Masa, Masih Kekal Separuh Masa

Shah Alam - Pengacara terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 28, yang menjadi bahan kontroversi berkaitan dengan kenyataan mengenai Bintulu minggu lalu, semalam menjelaskan dia masih berkhidmat sebagai pengacara sambilan stesen televisyen itu.

Dia meletakkan jawatan sepenuh masa TV3 semalam.

Nurul Syuhada berkata dia membuat keputusan untuk bersama TV3 hanya sebagai kakitangan separuh masa untuk mengacarakan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

Peletakan jawatannya itu dikatakan berkait rapat dengan kontroversi yang melanda dirinya ketika mengendalikan siaran langsung sambutan Hari Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos lalu.

Mengikut laporan media hari ini, Nurul Syuhada berkata, keputusan itu sudah dibuat sebulan lalu dan menegaskan ia tidak kaitan dengan isu Bintulu.

"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.

"Lagipu…

Nenek 108 Tahun Minta PM Bubar Parlimen Segera

DUNGUN – Seorang wanita berusia 108 tahun meminta Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera bubarkan Parlimen bagi membolehkan dia mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Halimah Muda, penduduk Rantau Abang di sini berkata, dia bimbang jika Perdana Menteri lewat mengadakan pilihan raya, dia mungkin terlepas peluang untuk mengundi.


“Nenek sudah tua. Sudah 108 tahun. Bila ALLAH nak ambil umur pun kita tak tahu. Tapi apabila dalam umur macam ini, biasanya sudah tak lama. Kerana tu, nenek harap sangat dapat mengundi, mungkin untuk kali penghabisan,” katanya.

Halimah, yang dilahirkan pada 1904 mempunyai 12 anak, berpuluh-puluh cucu dan cicit itu berkata, dia tidak ingat bila dia mula mengundi.

“Yang nenek ingat, sudah lebih daripada 10 kali (undi). Pendek kata, setiap kali ada pilihan raya sejak muda dulu, nenek tak pernah ketinggalan,” katanya.

Meskipun matanya kabur dan sering sakit, Halimah masih tetap bersemangat untuk keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.

“Sejak dulu lagi, ka…

Hak Safee Sali Untuk Sokong Atau Sertai Mana-mana Parti Politik

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini.

“Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali.

“Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru, atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan”, katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh.

Apabila ditanya adakah Safee …

OKU kesal kenyataan Menteri Belia dan Sukan

KOTA BHARU: Persatuan orang kurang upaya (OKU) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) yang cuba membezakan antara atlet normal dan OKU. Pengerusi Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan, Mohamad Faizal Che Yusof berkata, kenyataan menteri terbabit mengguris hati OKU yang dilihat seolah-olah memandang rendah kepada sukan paralimpik. "Perlu diingat juga standard sukan paralimpik dan sukan olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan," katanya di sini. Menurutnya kerajaan dan menteri tentunya sedar sukan paralimpik merupakan sukan terbesar dunia yang melibatkan OKU dan kedudukannya sama tinggi dengan sukan olimpik. Katanya, penyertaan atlet-atlet dari Malaysia tentu sekali membawa nama negara apatah lagi apabila pingat dapat dibawa pulang. Beliau juga berkata, Akta Orang Kurang Upaya 2008 secara jelas mengiktiraf potensi dan sumbangan OKU dalam negara. Selain itu, kesamarataa…