Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Norshahrul Idlan Menang Anugerah Supermokh

PETALING JAYA – Penyerang berbisa pasukan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha tidak menyangka terpilih untuk memenangi dua anugerah utama pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011. Norshahrul Idlan, 24, meraih Anugerah Penyerang Terbaik dan Anugerah Supermokh/Pemain Paling Bernilai yang pertama kali diperkenalkan sempena memperingati lagenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari Pemain kelahiran Besut, Terengganu itu menyifatkan Anugerah Supermokh merupakan kejayaan paling besar yang diterimanya pada tahun ini dan cukup bermakna buat dirinya. “Saya kurang beraksi dalam skuad negara pada musim ini akibat kecederaan hamstring namun tidak sangka dipilih untuk menerima anugerah ini,” katanya kepada pemberita di sini hari Rabu. Beliau berkata anugerah itu meniupkan semangat kepada dirinya untuk beraksi dengan lebih cemerlang pada tahun depan. Menjawab satu pertanyaan, Norshahrul Idlan berkata penyertaan pemain import dalam Liga Malaysia tidak akan menjejaskan prestasi beli

Syed Mokhtar al-Bukhary Jutawan Kaya-Raya

Sejak akhir-akhir ini Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari yang termasuk daripada kalangan orang terkaya di Malaysia boleh dikatakan tokoh korporat yang “sangat-sangat penting” di Malaysia. Ada satu berita ini tidak mendapat liputan media tempatan, di mana Tradewinds (Perhotelan & perladangan) yang merupakan milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari telah berjaya menguasai Bernas, seterusnya memonopoli pengedaran beras di Malaysia Pada tahun 2007, Gamuda dan MMC diberikan hak untuk melaksanakan projek landasan berkembar elektrik yang memakan kos sehingga RM12.5 bilion. Manakala pada bulan April yang lalu, DRB HICOM (pemegang sahamnya – Syed Mokthar), dilaporkan menerima tawaran untuk hak menghasilkan kereta perisai Malaysian AV-8. Dapat lagi. Murah rezeki kamu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Terbaru, mega projek yang bernilai RM43 billion (Mass Rapid Transit-MRT)  telah diusulkan oleh Gamuda-MMC adalah projek infrastruktur paling besar di Malaysia yang dijangka meliputi kawas

Kerajaan: Bos atau pekerja untuk rakyat?

25 NOVEMBER – Sememangnya pentadbiran sesebuah negara mempunyai tiga tiang utama, penggubal undang-undang (legislative), pelaksana undang-undang dan pentadbiran (executive) dan badan kehakiman (judiciary). Secara ideal dalam sesebuah demokrasi, ketiga-tiga badan ini harus diasingkan supaya mereka tidak terikat atau pun dipengaruhi antara sesama mereka. Doktrin pemisahan kuasa atau  seperation of powers  ini dilihat lebih terlaksana di Ameri Syarikat, walau pun di kebanyakan negara Barat dan negara-negara lain yang matang demokrasi, di mana ketiga-tiga cabang itu  dilihat bebas antara satu sama lain, juga turut dilaksanakan. Di Malaysia, kita mengadaptasikan sistem parlimen ala Westminster yang tidak begitu terpisah tiga anggota pentadbiran tersebut. Sebagai contoh, seorang Ahli Parlimen yang mencadangkan sesuatu undang-undang juga adalah seorang Menteri (eksekutif) yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan undang- undang tersebut. Demokrasi terpimpin atau suara rakyat? Secara i

Apex Cabar Tukang Fitnah Kemuka Bukti!!

KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex hari ini mencabar mana-mana pihak yang menyebarkan kandungan Blackberry Messenger (BBM) yang memburuk-burukkannya agar tampil membuktikan kebenaran mereka. Apex yang dihubungi oleh sebuah lama blog hiburan terkenal, Oh! Bulan, lewat tengahari tadi berkata, memang benar beliau mengenali Shida Harmi, namun perkenalan dan hubungan antara mereka tidak lebih dari sekadar kawan biasa. “Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi. “Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa. “Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Apex panjang lebar kepada blog hiburan tersebut. Apex melahirkan rasa kesalnya dengan c

Keretapi Laju dari Mekah ke Madinah

MEKAH – Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Laluan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain. Projek pertama adalah laluan Jeddah-Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal. “Rundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis (3/11/2011). Projek tersebut dijangka akan selesai dalam tiga tahun akan datang. Fasa kedua ini akan meliputi pembangunan pemasangan rel kereta, signal, sistem komunikasi, sistem elektrik, dan mengimport keretapi laju serta penyelenggaraan. Konsortium bertanggung jawab dalam operasi dan penyelenggeraan trek keretapi ini selama 12 tahun. Untuk laluan ini akan terdapat 35 keretapi laju dengan 13 gerabak, termasuk gerabak kelas utama dan gerabak restoran. Re

Khairul Fahmi Diugut Dedah Aksi Ranjang?

KUALA LUMPUR – Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi. Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri. “Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut. Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan. Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-o

Kelantan mula dilanda banjir, lima keluarga dipindahkan

KOTA BHARU - Hujan berterusan sejak dua hari lepas di Kelantan menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air dengan lima keluarga di daerah Pasir Puteh dipindahkan petang ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Kelantan, berkata kelima-lima keluarga mengandungi 26 orang itu dipindahkan secara berperingkat ke Sekolah Kebangsaan Bukit Awang bermula pukul 3.30 petang. Beliau berkata laluan utama Kota Baharu-Pasir Puteh di Bukit Abal ditutup kepada kenderaan ringan akibat digenangi air sedalam satu meter. Zainuddin berkata bagi menghadapi bencana banjir, sebanyak 729 buah pusat pemindahan disediakan di seluruh Kelantan dengan kapasiti muatan 150,700 orang manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bekalan makanan seperti beras, sardin, biskut, minyak masak, gula, teh dan kopi. Maklumat berhubung banjir di Kelantan boleh diperoleh menerusi portal khas http://ebanjir.kelantan.gov.my.

Belum lawan, Tapi YAHOO sudah lapor Malaysia kalah kepada Indonesia?

  LAMAN web YAHOO semalam mengeluarkan berita yang mengejutkan di laman webnya yang bertajuk "Indonesia mengalahkan malaysia dalam final bola sepak sukan SEA" sedangkan perlawanan belum lagi bermula. Isi berita yang dilaporkan oleh Aidan Jones dari AFP itu bagaimanapun menceritakan perjalanan pasukan Indonesia dan pasukan Malaysia sehingga ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno. Soalnya bagaimana YAHOO boleh terlepas pandang tajuk berita sebegini sangat mengecewakan. Berita ini boleh dibaca di http://news.yahoo.com/indonesia-beat-malaysia-sea-games-football-final-073740331.html