Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Apa pun tak boleh!!

Umum mengetahui negara kita dilanda fobia warna kuning atau lebih tepat lagi dipanggil 'demam kuning'. Ini realiti dan fakta bukannya auta kerana hampir semua paparan berita di media massa berkaitan dengan soal warna kuning.  Dan bertambah parah apabila media2 rasmi yang sepatutnya menjadi suara rakyat kini telah pun menjadi lidah rasmi bagi pihak2 berkepentingan dengan menyebarkan berita yang berunsurkan fitnah, provokasi serta ugutan kepada rakyat Malaysia yang ingin menyertai perhimpunan tersebut. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang pemuda diusir keluar dari masjid ketika hendak menunaikan solat oleh seorang pak cik masjid. Dia dihalau oleh pak cik masjid tersebut hanya kerana memakai tshirt kuning dan tertera perkataan "bersih" . 

Media Dayus Perdana

Kini seluruh jentera media arus perdana dikerah untuk menakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan telus. Media cetak, televisyen dan radio digerakkan untuk merakamkan “keresahan” peniaga mengenai kehilangan rezeki yang menurut media akan mencecah jutaan ringgit. Bagaimana taksiran ini dibuat – Wallahu a'lam.

Pakai baju berlogo bersih ditahan, baju ada gambar lucah dibiarkan

Rakyat semakin konfius dengan tugas sebenar polis di negara ini samada menghalang kegiatan jenayah atau pun membantu kerajaan Umno-BN menghalang kebangkitan rakyat. Petikan Harakahdaily Tujuh pemuda PAS yang ditahan jam 11 tengahari semalam kerana memakai baju Bersih 2.0 di Taman Kosas, Ampang dibebaskan kira-kira jam 2 pagi tadi. Mereka, Fadzlulrahimi Maarof, Shahril Suhaimi, Engku Faizan Engku Husien, Adha Isa, Fathullah Azam, Rozaimi dan Shafiee Yunos dibebaskan dengan jaminan polis selepas 15 jam ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Kesemua mereka semalam ditahan kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi. Baca selanjutnya  di sini .

Himpunan Bersih: Haram Bagi Sesiapa Termasuk Polis Cetuskan Provokasi - Dr.Asri

A dalah haram bagi mana-mana pihak,  tidak kira peserta demonstrasi ataupun polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan , kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Oleh itu, kata beliau, sesiapa yang mahu menyertai demonstrasi seperti Bersih 2.0 hendaklah berazam tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, mencederakan sesiapa, dan memaki hamun.

Adab Sopan Santun Keluarnya Wanita dari Rumahnya

Wajib bagi wanita untuk beradab sopan santun spt garis panduan ini: [1] Meninggalkan wangian (yang boleh menggoda) jika dia keluar rumah. [2] Berjalan di sisi jalan (bukan di tgh jalan untuk mencari perhatian). [3] Hati-hati dengan menutupi diri jika dia memasuki rumah seseorang yang didalamnya banyak lelaki. [4] Hendaknya dia keluar dengan menutup aurat. [5] Wajib baginya untuk menghiasi diri dengan adab sopan santun. [6] Wajib bagi dirinya untuk menghiasi dirinya dengan perasaan malu. [7] Wajib baginya utk tidak bercampur baur dengan para lelaki, dan jangan sampai dia berhias dan bertingkahlaku sbgmana perilaku orang jahiliyah terdahulu. p/s: HK nak off topik politik kejap & nak share benda ni untuk semua. =)

BERSIH 2.0 wajib berjalan dengan bersih-Dr Asri

Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO 'BERSIH' menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya; Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.  Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

Mahasiswa dan Bersih

Kelompok mahasiswa disebutkan sebagai pelapis kepimpinan Negara. Tak kurang juga dengan frasa mahasiswa sebagai rakan kepimpinan Negara. Apa juga istilah dan frasa yang diberikan, apakah ianya betul atau hanya perkataan manis mendodoi mahasiswa kita? Jika dikatakan mahasiswa sebagai pewaris kepimpinan Negara, persoalannya ialah Negara yang bagaimana yang bakal diwarisi oleh mahasiswa sekarang? Adakah kita akan mewarisi Negara yang penuh dengan hutang, fitnah berleluasa, kebejatan masalah murtad, kebanjiran pekerja asing yang menjadi liabiliti, dan kemusnahan sistem pilihanraya dan media? Persoalan ini mesti dijawab oleh mahasiswa dan anak muda sekarang.

Anonymous Menghantar Mesej Untuk Serangan #OpMalaysia Kedua

Selepas mesej pertama tempoh hari daripada Anonymous tempoh hari yang memperlihatkan lebih daripada 90% serangan dan godaman daripada para pengodam tempatan, kini Anonymous dilihat telah pun menghantar mesej yang kedua kepada kerajaan tempatan, dimana melalui serangan kedua ini, mereka mensasarkan untuk menyerang laman web Perdana Menteri di  http://www.pmo.gov.my/ pada 4 Julai 2011 kelak.  

Pekida lonjakkan kutipan KL Gangster?

Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line". Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam.

Sistem Pertahanan Komputer Kerajaan Rapuh

HK dah ulas sebelum ini bahawa, Malaysia ditadbir oleh pemimpin-pemimpin yang bebal IT sekalipun di Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, maka itu, s ekalipun telah diberi amaran bahawa serangan akan berlaku ke atas laman-lamanweb kerajaan, menteri-menteri yang hanya pandai bercakap ini tidak memandang ia sebagai serius dan justeru itu ia tidak mengambil langkah berkesan untuk menghalang berlakunya pencerobohan berkenaan. Menteri yang menjaga hal-ehwal komunikasi dan multimedia heboh pula mengedarkan netbook untuk pelajar-pelajar sedangkan beliau sendiri buta IT.

Mesej dari Anonymous Malaysia & website mana yang sudah berjaya di'hack'

Malam ni HK tak dapat tidur lena kerana ade 2 sebab. Yang pertama malam ni terdapat gerhana bulan dan yang kedua para hackers dari kumpulan Anonymous akan menggerakkan kerja2 untuk menjatuhkan laman website milik kerajaan. HK betul2 seronok malam ni sebab nak tengok website mana dah tumbang dulu. Apapun HK dapat petikan dari satu sumber yang sahih (mungkin mereka merupakan para hackers) dan di sini terdapat satu notis. Korang boleh baca kat bawah ni :

Ape masalah dengan BERSIH?

Salam BERSIHkan 1Malaysia, Artikel hari ini terbit dari kesedaran yang telah lama terpendam. Bukan untuk berbicara lebih terperinci mengenai 8 tuntutan BERSIH2, tetapi untuk sama-sama fikir di manakah punca huru-hara setiap kali perhimpunan aman berlangsung. 

Laman web Tour Malaysia kena hack!

HK dapat info bahawa laman web tourism Malaysia kena hack. Nampaknya hacker tak sempat tunggu khamis ni untuk hack laman web  http://www.malaysia.gov.my . Boleh jadi kerana kemarahan yang meluap-luap terhadap kerajaan. Boleh jadi ini cuma "renggangkan badan" sebelum acara sebenar bermula. Di bawah ini ialah laman web kerajaan pertama yang berjaya di hack. Lihat bawah

Anonymous ancam godam laman web kerajaan Malaysia Khamis ini

PETALING JAYA, 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini. Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).

Kami bukan 'hampas', tapi santan

“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar 'hampas', jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik” Prof Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UTM. Begitulah bunyinya kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Naib Canselor yang pernah mengkritik keras usaha menaikkan ranking university yang dilakukan oleh Universiti Malaya sebelum daripada ini. 

Kemalangan Maut di Rawang Mutiara

Lokasi   : Rawang Mutiara ( Berdekatan Shell )   Tarikh   : 9 Jun 2011 ( Khamis ) Jam      :  8.15 pagi Suatu pagi ketika HK dalam perjalanan ke tempat kerja di Rawang, HK dikejutkan dengan satu kemalangan yang membabitkan motorsikal.  Menurut saksi yang berada di tempat kejadian pembonceng motorsikal ini dikatakan telah dirempuh oleh sebuah lori dan kemudian lori tersebut telah melarikan diri dan kes ini disifatkan sebagai kes langgar lari.  Mujur HK lewat sedikit dari waktu kejadian ini berlaku kerana jalan ini lah jalan yang HK selalu guna untuk pergi ke tempat kerja. HK sempat ambil gambar kejadian ini dari blog  GobbloG  hasil pencarian di google.

Video Lucah: Pemandu Bas Dipenjara 3 Tahun, Datuk T Bila Lagi?

A yer Keroh: Pemandu bas ekspres yang menayangkan video lucah kepada seorang penumpang wanita ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Isnin lalu, semalam dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan akan sekali lagi dibawa ke mahkamah 13 Julai depan untuk perbicaraan kes cuba merogol wanita sama.

Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul

KUALA LUMPUR, 10Jun- Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem   Kongsi   dan   KL Gangster   kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

[Gambar] Highway Yang Mengelirukan

Kesesakan lalulintas atau lebih mudah difahami dengan istilah ‘jam’, adalah suatu kemestian yang dilalui oleh setiap penghuni bandaraya. Jika anda tersangkut dalam jam, ia mungkin akan berlarutan sehingga berjam-jam lamanya sehinggakan rekod jam di China adalah 9 hari lamanya! Namun, kita masih lagi bersyukur kerana di Malaysia, jalanraya kita masih lagi dalam keadaan terkawal (bergantung kpd terma dan syarat) dan masih belum ada kesesakan yang berlarutan berhari lamanya. Apa-apa pun, jom kita tengok beberapa koleksi gambar ihsan dari Google Earth versi 6.0.3.2197 dimana beberapa highway yang memang anda harus elakkan!

Rilek.net tiru Facebook?

  HK baru dapat info terdapat satu lagi medium social network ala facebook iaitu rilek.net tapi versi Malaysia. Kandungan dalam rilek.net ni ni hampir serupa (mungkin) dengan facebook. HK belum explore lagi rilek.net ni tapi untuk sesiapa yang nak try atau nak ketahui lebih lanjut sila layari  http://www.rilek.net/sn/  .

Mengukur ketinggian Nabi Adam a.s

Pasti kita tertanya-tanya berapakah ketinggian saiz Nabi Adam a.s atau lebih tepat lagi moyang kepada moyang-moyang kita. Yang pasti kewujudan Nabi Adam adalah permulaan kepada tamadun kehidupan manusia di bumi ini. Gambar ini di ambil di Arab Saudi di mana mereka mengkaji bagaimana saiz ukuran sebenar Nabi Adam a.s.

Tikus Gergasi Ini Memakan 2 Orang Bayi

C ape Town - Afrika Selatan diserang tikus. Bukan tikus biasa, tikus-tikus ini sebesar seekor kucing. Dengan ukuran sebesar itu, tikus-tikus itu mencari mangsa yang cukup besar. Bayi. Tikus itu boleh membesar hingga hampir satu meter, dari muncong hingga ekor. Sementara gigi depannya sepanjang 2,5 cm.

Pertahankan Putrajaya dari korupsi, salah guna kuasa…

Bagi kebanyakan remaja yang menghadiri pesta Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya sepanjang hujung minggu lalu, ia memang menjadi sumber hiburan kepada mereka. Lagi pun ia persembahan percuma, hasil kutipan wang sumber asli negara dan cukai rakyat.

Siapa Pemilik Profail Pertama di Facebook?

Dengan lebih daripada 700 juta orang menggunakan Facebook seluruh dunia, angka ini mungkin akan mencecah satu bilion menjelang 2012. Tetapi siapakah gerangan pengguna terawal Facebook? Menurut Business Insider, URL profail Facebook termasuk senarai nombor-nombor (www.facebook.com / profile.php?id=5500957)  akan memberitahu kedudukan anda dalam kalangan orang-orang yang mendaftar di Facebook, Newser melaporkan.

Ada aku kisah?

Persoalan “ada aku kisah?” ini sering membelenggu penghuni bumi Malaysia hari ini. Rakyat Malaysia sememangnya amat bertuah kerana masih lagi mampu bangun pagi dalam suasana yang aman serta bersarapan roti canai dan segelas teh tarik. Nikmat seperti ini semakin terhakis di kalangan masyarakat dunia. Cuba kita lihat pergolakan politik yang berlaku di Tunisia, Mesir dan terbaru di Libya. Pergolakan yang dikatakan berlaku atas nama perjuangan. Jika mungkin ini sebuah perjuangan kenapa ia perlu dibayar dengan pertumpahan darah? Seolah-olah dunia politik hari ini dahagakan darah.

Keterlaluan! Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Gambit

G ambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah PETALING JAYA: Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah (gambar) menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak. Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.

RAKYAT ATAU KERAJAAN PERLU BERJIMAT?

Sekarang kita semua perlu terus sedar bahawa penjimatan kini sudah menjadi wajib. Ia patut menjadi kata kunci kepada semua orang, bukan lagi kepada yang berpendapatan rendah sahaja. Kanapa saya berkata begitu. Harga gula sudah naik, harga minyak sudah berapa kali naik. Untuk harga barang yang lain harap tidak di naikan lagi, sekurang-kurangnya tidak dirasionalisasikan dalam masa terdekat. Harga petrol Ron95, diesel dan gas masih lagi bertahan, entah sampai bila subsidinya dapat diteruskan! Kita tunggu dan lihat.