Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Dr M: Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis

Dr M: Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat - yang disebutnya sebagai 'Islam Nik Aziz' - lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'.

"Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis," kata Dr Mahathir.

Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011

Tahniah Kelate! Kelantan buat pertama kalinya menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah tahun 2011 sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Selangor pulak gagal mencapai impian menjuarai piala ini buat kali ketiga berturut-turut. Sememangnya permainan malam ini memang best untuk kedua-dua pasukan Juara Piala Malaysia dan Juara Liga Super 2010. Namun kemenangan nyata berpihak kepada Kelantan dengan jolokan The Red Warriors dengan jaringan penalti oleh penyerang profilik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 dan sepakan percuma yang cantik dari kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya pada minit ke-73.


Preview : Red Giants vs Red Warriors

Setelah berakhirnya musim tengkujuh yang banyak melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, Malaysia akan dihangatkan lagi dengan gelombang baru yang akan membadai bermula 29 hb Januari 2011. Demam bolasepak yang masih lagi terasa semenjak Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki Cup mengalahkan Indonesia menyebabkan dunia siber semakin bercambah dengan blog-blog, petikan twitter, fanpage di facebook dan juga forum bolasepak.

Rumah Menteri Besar di Malaysia

Entry lepas aku ade citer pasal rumah sebesar istana milik Tan Sri Francis Yeoh YTdan sekarang aku nak share dengan korang mengenai rumah-rumah pemimpin kita terutama sekali rumah-rumah menteri besar sebab dengar cerita rumah menteri-menteri ni besar jugak boleh tahan. Jom kita tengok!!

Surat Khas Untuk YDP MPPD

Hostel Baru!!

Alhamdulillah rayuanku kali ini diterima setelah 2 minggu aku menumpang di rumah sewa member aku di seksyen 7 Shah Alam dan ini kali ke-2 aku menginap di kolej jati dan sebenarnya ini dah masuk kali ke-6 aku berjaya dapat menginap di kolej.


Rumah Tan Sri Francis Yeoh YT

Kalau anda naik tren ERL, mesti ada kaitan dengan syarikat YTL. CEO YTL adalah Tan Sri Francis Yeoh (CEO of the Year 2005). Kemudian yang terbaru, YTL sanggup melabur sekitar RM500 juta semata-semata menjayakan meluaskan lagi projek YES 4G. Kalau pergi ke kawasan Sentul pun banyak pembinaan bangunan  di bawah YTL. Dan..jangan dilupakan IPP yang dikendalikan oleh YTL.  Bukan setakat ipp provider sahaja  tetapi juga chain hotels nationwideseperti Tanjong Jara Resort, Vistana, Majestic, JW Marriott dan Ritz-Carlton dan beberapa hotel di luar negara seperti di Paris dan Japan (kira close rival kepada Berjaya Hotels milik seorang lagi billionaire Tan Sri Vincent Tan) dan banyak lagi rangkaian perniagaannya.

Islam datang buang ketuanan bangsa dan warna kulit

KOTA BHARU, 13 Jan: Misi terpenting kedatangan Islam ialah untuk menghapuskan kepatuhan dan ketuanan berasaskan bangsa dan warna kulit dan menggantikan dengan ketuanan berasaskan keimanan dan ketaqwaan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara ini perlu difahami oleh semua pihak sama ada mereka dari kalangan umat Islam mahupun dari kalangan bukan Islam.

"Dalam konsep kepimpinan, baginda Nabi s.a.w mengajar supaya mereka yang dipimpin wajib patuh kepada pemimpin walaupun pemimpin itu seorang hamba berkulit hitam," kata beliau ketika berucap di majlis perhimpunan bulanan penjawat awam di Kota Darulnaim pagi ini.

BENDUNG SEGERA KENAIKAN HARGA BARANGAN PRIMER

KENYATAAN RASMI MPP Gabungan Mahasiswa UKM : BENDUNG SEGERA KENAIKAN HARGA BARANGAN PRIMER

Tarikh : 09 Januari 2011


MPP Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM) merujuk akhbar Berita Harian bertarikh 08 Januari 2011 bertajuk 'Harga bawang melambung, stok minyak masak kurang' dan berasa bimbang serta khuatir dengan 'trend' kenaikan harga barangan khususnya barangan runcit rumah yang semakin hari semakin tidak terkawal.

Jersey Baru Kelantan???

Sedang membuang masa melayari internet tiba-tiba saya terpandang jersey Kelantan ini. Dengar khabar ini lah jersey terbaru yang bakal disarung pakai oleh skuad anak buah B.Sathianathan apabila menjelang saingan perlawanan pembukaan di stadium Shah Alam antara Selangor(Juara Liga Super) vs Kelantan (Juara Piala Malaysia) bagi merebut Piala Sumbangsih pada 29hb Januari 2011 ini. Komen saya ianya cantik dan nampak garang sesuai dengan semangat yang dipamerkan anak buah B.Sathianathan pada musim lalu serta tidak harus dilupakan semangat para penyokong Kelantan yang sanggup meredah bukan sahaja dari Timur ke Barat Semenanjung, malah ke mana sahaja asalkan ada melibatkan perlawanan antara pasukan Kelantan.

Mahasiswa kecewa harga barang naik

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga barang '4 dalam 1' pada minggu lalu. Kenaikan ini memberi beban yang besar kepada rakyat Malaysia memandangkan musim persekolahan akan bermula pada awal Januari hadapan.
Lebih malang lagi, kesannya bakal dirasai oleh seluruh lebih 300,000 mahasiswa di Malaysia apabila semester baru akan dibuka menjelang hujung Disember ini.

BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINA

oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;
1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.