Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

[EDISI PANAS] Norman KRU dibelasah teruk di twitter oleh rakan Artis sendiri!!

Hari ini memperlihatkan perang twitter antara selebriti tersohor lagi hebat tanah air dengan pendapat mereka mengenai nasib industri seni sekiranya kepimpinan negara bertukar tangan. Kekecohan di Twitter ini bermula apabila Norman Abdul Halim membuat satu kenyataan melalui Twitter-nya bahawa jika PAS memimpin negara ini, industri filem dan muzik di Malaysia akan hancur. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan banyak pihak yang menyangkal dakwaan tersebut secara rasional. Sorry ye, apa yg saya tweet ni mesti penyokong PR tak suka tapi ini realiti - kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur about 18 hours ago  via  Twitter for BlackBerry® Reply Retweet Favorite @NormanKRU Norman Abdul Halim Sambungan : bukan saja industri filem & muzik tempatan saja akan hancur; pengeluaran filem & muzik antarabangsa di M'sia akan turut terjejas about 17 hours ago  via web Reply Retweet Favorite @NormanKRU Norman Abdul Halim dan tweet-

[VIDEO & GAMBAR] Lautan Manusia Di Program Ust Azhar Idrus & Husam Musa Di Putrajaya

Lautan Manusia di Putrajaya, gabubungan 2 Tokoh Islam Kotemporasi Husam Musa & Azhar Idrus malam tadi di Padang Bola, Loji Pembersihan Konsortium ABASS, Precint 19, Putrajaya 27hb April 2013. Kehadiran Tun Mahathir yg turut hadir berkempen malam ini pun tengelam lenyap dgn suara kebangkitan rakyat kali ini. Inikali LAH tukar!!! Pelakon, Mustapha Kamal Bersama 100 Yang Lain Isytihar Masuk PAS... Borang Keahlian Diserah Kepada Dato Husam Musa

Biar gambar berbicara di Putrajaya

PUTRAJAYA:  Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3 malam ini. Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa. Tengahari tadi, belum selesai TG Nik Aziz menunaikan solat sunatnya, sudah penoh orang ramai yang mengelilingi beliau untuk bersalam. (Belum selesai TG Nik Aziz solat sunat selepas solat Jumaat, sudah penuh orang ramai menunggu untuk bersalam dengan beliau di Masjid Besi, tengahari tadi) TG Nik Aziz sampai ke KLIA pagi. Pagi tadi beliau makan pagi bersama dengan warga Putrajaya di sebuah kentin pejabat di sana. Pada sebelah tengaharinya, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putrajaya. Di sanalah beliau Datuk Husam Musa, calon PAS diserbu oleh orang ramai yang ingin bersalam.

Kemunculan gambar Nurul Izzah bersama Vivian undang fitnah

Bukan sedikit malah tak terkira jumalah share yang dibuat oleh facebooker akan gambar YB Nurul Izah bersama dengan Vivian iaitu seorang gadis yang mengemparkan negara apabila secara terbuka memaparkan aksi seks dirinya dengan pasangan dalam sebuah blog mereka sendiri. Admin page vivian and Alvin  telah memuat naik gambar tersebut seperti yang anda boleh lihat di  sini  sebagai bukti. Apakah tujuan mereka memuat naik gambar tersebut dalam keadaan menjelang pilihnraya yang semakin panas ini tidak dapat dipastikan. Dari gambar asal itu wujud pula gambar-gambar yang diubahsuai menjadi bermacam-macam versi dan dikongsi secara meluas di Facebook hingga mencetuskan perdebatan hangat. Ramai puak sana mengkritik PR terutama Nurul Izzah kerana kemunculan gambar tersebut. Komen-komen tahap haramjadah yang jauh dari kebenaran itu tak sanggup gua paparkan di sini. Namun anda boleh ke  SINI  membaca komen panas mereka. printscreen gambar asal Di satu link lain, sdr  JohorBorn  (blogger P

[Video & Gambar] Warga Putrajaya Serbu TG Nik Aziz & Husam Selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Putrajaya

Sumber gambar: Blog Omakkau Sebaik-baik sahaja mengetahui kehadiran TG Nik Aziz dan Datuk Husam, warga Putrajaya yang menunaikan solat Jumaat (26/4) di Masjid Besi, Putrajaya terus menyerbu ke arah kedua-dua pemimpin ini untuk bersalaman. Apa khabar Tengku Adnan, adakah Husam akan hilang wang deposit? -DCM Gambar FB: Kredit kepada empunya gambar.

[EDISI LAWAK] BN Selangor tawar air percuma 20 LITER untuk rakyat!

INILAH akibatnya bila suka menciplak manifesto orang sehinggakan dia sendiri tak tahu apa yang diciplak. Pakatan Rakyat sudah lama memberikan  20 meter padu air percuma  di Selangor, BN yang cuba meniru, tawarkan 20 liter sahaja air kahkahkah... Gambar yang diperolehi di laman facebook ini menunjukkan betapa bodohnya kempen Barisan Nasional Selangor yang menawarkan hanya 20 liter air untuk rakyat jika berjaya tawan Selangor dengan slogan menepati janji membawa harapan kahkahkah... 20 liter air bersamaan dengan 20 botol air coca cola dengan saiz kapasiti botol 1 liter. Jika inilah air percuma yang ditawarkan oleh BN Selangor, maka ternyata BN adalah parti untuk orang gila kahkahkah... Tiba-tiba gua teringat kenyataan Tun Mahathir sebelum ini yang mengatakan "Hanya orang bodoh sahaja yang tinggal di dalam Umno" rujuk sini ~  Orang bodoh dalam Umno ReJaM© " Tinggalkan parti bodoh! Undi Pakatan Rakyat!  " Read more:  http://milosuam.blogspot.com/2013/04/lucu-bn-selango

Hebahan Dari PAS Putrajaya

Terkini program Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat Esok 25 April 2013 07.30 pagi - Tiba di KLIA - Jemput sambut beramai-ramai 12.30 tengahari - Tiba di Masjid Besi Solat Jumaat bersama Dato' Husam Musa 08.15 malam - Tiba untuk solat Isyak Surau al-Muhajirin, Presint 9 09.30 malam - Ceramah bersama calon PAS Putrajaya Di atas pentas Treler Negara Berkebajikan Presint 3, Belakang Palace of Justice Seluruh warga Putrajaya dijemput hadir..

HASSAN ALI MASIH DALAM SUASANA HILANG AKAL..

Hassan Ali memberi komen diatas penyertaan bekas MENTERI BESAR SELANGOR (Mat Taib) ke dalam PAS. Mat Taib masuk PAS kerana ingin berbakti dan bersama memperjuangkan Islam. Kerana pas mempunyai pejuangan roh Islam. Hassan Ali memberi komen, didalam PAS tiada lagi perjuangan Islam, tiada apa yang ada didalam PAS, perjuangan PAS sudah tergelincir dari landasan asal. Roh Islam yang dicari ada didalam UMNO kata Hassan Ali. Dalam PAS banyak pelesit golongan anwarinas yang berpandu kepada Ketua Umum Keadilan DS Anwar Ibrahim. Dalam UMNO ada ruang dan ada roh Islam kata Hassan Ali. Hassan Ali ini siapa?  Pernah memegang jawatan tinggi dalam UMNO ke? Mat Taib tu dulu bekas Menteri Besar Selangor. Dan dia pun pernah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Dia lebih tahu apa yang ada dalam PAS dan apa yang tiada dalam UMNO. Dia orang lama.. Dia lebih tahu apa yang berlaku dalam UMNO.. Yang Hassan Ali ni janganlah terlalu tunjuk sangat mengampu tu! Buat orang tergelak dengan sikap men