Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Saman tali pinggang belakang bermula esok

Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang. Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012). Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa. “Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan. “Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar. “Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan

Ahli Perniagaan Donald Trump Kuat Merajuk

WASHINGTON – Ahli perniagaan terkemuka dan personaliti realiti televisyen, Donald Trump, keluar daripada Parti Republikan, menukar pendaftaran undiannya kepada calon bebas di New York, dalam langkah yang dilihat memudahkan persaingan tiga penjuru pemilihan Presiden Amerika Syarikat tahun depan. Tindakan Trump itu diumumkan 10 hari selepas hartawan hartanah itu mengumumkan membatalkan rancangan untuk menjadi pengacara perbahasan antara calon Presiden Parti Republikan dalam usaha melindungi kemungkinan bertanding sebagai calon bebas. Hanya dua calon bersetuju mengambil bahagian dalam forum yang dirancang Trump pada Selasa depan di Iowa. “Trump sudah berkata sejak hampir setahun lalu jika dia tidak berminat dengan siapa yang menjadi calon Republikan, dia mungkin bertanding sebagai calon bebas. “Tindakannya keluar parti bertujuan melindungi haknya untuk memutuskan hala tuju seterusnya selepas rancangan akhir program The Apprentice, Mei depan,” kata jurucakapnya, Michael Cohen, lapor akhba

Tiduri isteri kawan sendiri

GEORGETOWN – “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan. Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin. Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin. Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam. Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik. Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh. Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya ya

David Teo Dapat Mejar Kehormat RELA

KUALA LUMPUR – Penerbit filem, David Teo merupakan penerbit pertama yang akan dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat dalam Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) pada suatu majlis di Setapak di sini pagi esok. Penerbit syarikat produksi MIG Production itu antara lain dikatakan mendapat anugerah tersebut kerana inisiatifnya menerbitkan filem berjudul Senario Ops Pocot yang mengisahkan tentang perjuangan anggota RELA. “Senario Ops Pocot adalah filem yang 100 peratus berkisar tentang tugas-tugas anggota RELA. Ini adalah filem pertama yang mengangkat pasukan RELA dalam filem,” ujar David sewaktu pratonton filem itu beberapa bulan lalu. Ekoran sumbangan David yang mempopularkan pasukan RELA itu, suatu majlis penyampaian anugerah itu akan diadakan di Kem Wadieburn, Setapak anjuran Angkatan Sukarela Persekutuan Panglima 12 Bridged kem itu 8 pagi esok. Jelas penerbit yang berasal dari Segamat, Johor itu lagi, dia berasa berbesar hati mengangkat jasa RELA menerusi filem kerana mendapati tidak ban

Sah !!! Aziz Bari Tinggalkan UIA 31 Dis Ini

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menjadi sasaran siasatan tiga pihak dua bulan lalu, akan melangkah keluar dari pusat pengajian tinggi itu, 31 Disember ini. Ketika dihubungi malam tadi, pakar perlembagaan itu mengesahkan perkembangan terbaru ini.“Ia hari terakhir saya berkhidmat di UIA,” kata beliau (gambar) .Bagaimanapun beliau tidak memberitahu rancangan masa depannya. “Saya tidak dipecat oleh UIA dan saya yakin mereka tidak ada alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. “Apa pun senario yang ada tidak mengizinkan saya berfungsi sebagai ahli akademik yang komited kepada ideal kebebasan akademik,” kata beliau dengan merujuk kepada perkembangan sejak beberapa bulan lalu.“Kemungkinan, saya merupakan tenaga akademik pertama menjadi mangsa disebabkan persekitaran seperti ini, berhadapan dengan tekanan kerana memberi komen hanya berdasarkan kepakaran saya. “Memang ada tenaga akademik yang pernah berhenti kera

Wawancara bersama Adam Adli: Adam sedia hadapi hukuman

Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri? Adam:  Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.   Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai. Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan

Salahguna Kedudukan MB: Mahkamah Dapati Khir Toyo Bersalah Tuduhan Rasuah

Mahkamah dapati Khir Toyo bersalah tuduhan ras uah Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah. Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman. Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah

Ada apa dengan bendera?

Sejak usia remaja, saya pernah dinasihatkan oleh orang tua supaya jangan masuk campur dengan arena politik apabila dewasa kelak.  Mengikut mereka, politik hanyalah "permainan kotor" yang menguntungkan politikus sahaja, lantas kepentingan rakyat sejagat jarang dipertimbangkan secara ikhlas.  Setiap satu yang diberikan kepada rakyat diragut satu yang lain, contohnya masing-masing peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan kebebasan akademik. Baru-baru ini kita dihidangi berita yang kian menjejaskan integriti kerajaan yang kononnya mahu mendaulatkan konsep demokrasi dan mempunyai keinginan untuk berjinak-jinak dengan prinsip kebebasan bersuara.  Tindakan aktivis-aktivis mahasiswa dari Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera yang melayangkan wajah Najib Razak selama lima minit sebagai simbol tidak-puas hati mereka terhadap keengganan kerajaan memansuhkan Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan akademik

Pro Aspirasi perlu berani ke meja debat

KUALA LUMPUR, 22 Dis:  Pro Mahasiswa Nasional bersedia untuk membuka lapangan debat bersama pimpinan mahasiswa Pro Aspirasi bagi mencari solusi terbaik mengenai konsep kebebasan akademik yang diinginkan oleh mahasiswa. Pengerusinya, Mohd Taufiq Abdul berkata, hal itu diusulkan sebagai respons pihaknya terhadap tindakan mahasiswa Pro Aspirasi pimpinan Mohd Shahar Abdullah yang melancarkan demonstrasi di Kementerian Pengajian Tinggi semalam bagi membalas himpunan kebebasan akademik yang digerakkan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik pada 17 disember lalu. “Biarpun telah beberapa kali gagal untuk mempertemukan pimpinan mahasiswa Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi di meja debat, namun Pro Mahasiswa Nasional merasakan inilah masanya Pro Aspirasi perlu berani menyahut cabaran untuk berdebat,” ujarnya. Katanya, yang terkini ialah pada 9 Disember yang lalu apabila tidak ada seorang pun pimpinan Pro Aspirasi ingin tampil untuk menyahut jemputan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) untuk berdepan deng