Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012. Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya. Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kand…

Maklumat Terkini Pelajar UKM hilang selamat

Maklumat terkini : 


Sumber daripada Bahagian Pejabat Keselamatan UKM mengesahkan siswi UKM, Siti Nurhafeezah Mohd Yusoff, 23 tahun, Pelajar UKM Fakulti Sains dan Teknologi Tahun 1, Kos Biokimia yang dilaporkan hilang sejak semalam berada dalam keadaan selamat dan mangsa sendiri telah menghubungi keluarganya memberitahu berada dalam keadaan selamat dan mohon tidak diganggu buat masa ini. Namun, pihak PDRM masih menjalankan siasatan setelah kesnya mendapat perhatian ramai pihak

Pelajar UKM hilang!Minta bantuan segera!

RED ALERT! Minta tindakan segera!

Sesiapa yang ada menjumpai seorang wanita bernama Siti Norhafeezah bt Mohd Yusoff, 23 tahun, Pelajar UKM Fakulti Sains dan Teknologi Tahun 1, Kos Biokimia yang hilang sejak semalam.

Sesiapa yang ada menjumpai atau ternampak beliau sila lapor kepada MPP Ikram 0193742239 dan MPP Noraini 0136601697 dari UKM. Share segera!

Samsung Galaxy S III tiba di pasaran Malaysia

Samsung Galaxy S III KUALA LUMPUR - GALAXY S III Samsung Malaysia Electronics boleh didapatkan di pasaran Malaysia menerusi rakan kongsi telekomunikasinya Celcom, DiGi dan Maxis bermula 31 Mei, 2012, dan cawangan Samsung Elite Partner kemudiannya pada Jun 2012.

Pengarah Urusannya Kwon Jae Hoon dalam satu kenyataan berkata dengan pengenalan Samsung GALAXY S III, syarikat itu yakin ia dapat mengatasi kejayaan Samsung GALAXY S II yang terjual sebanyak 20 juta unit di seluruh dunia sejak pelancarannya tahun lepas.

Samsung Malaysia berkata dengan telefon baharu itu yang hanya seberat 133 gram dan lebar 8.55mm, merupakan peranti pertama yang menampilkan pemproses aplikasi teras kuad.

"Ini menyediakan kepada pengguna prestasi dipertingkat, melayari web dengan pantas, pelbagai guna, kualiti grafik terbaik dan antara muka pengguna yang responsif dengan segera di skrin yang lebih besar," kata Samsung.

Samsung GALAXY S III dikuasakan oleh Android 4.0, Ice Cream Sandwich dan bateri 2,100 mAh…

Konsert Himpunan Belia, mana suara Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran agama.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini. 

"Kita mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung Sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan," katanya.

Penganjuran sambutan hari belia itu yang bermula 23 Mei lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai.

Di Facebook, Twitter dan blog, rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang dihidangkan kepada anak muda.

Antaranya penampilan artis jemputan Kpop, kumpulan wanita dari…

Pelajar pintar selesaikan teori Sir Isaac Newton

BERLIN - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.

Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata
.

Surat Terbuka Moderator Debat PTPTN, Dr. Maszlee Malik Kepada Hassan Ali

Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untu…

Debat PTPTN - Kemantapan Hujjah Rafizi Berjaya Patahkan Dakwaan Khairy

Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu…

Awas penipuan IPO Facebook

KUALA LUMPUR - Jika anda ditawarkan akses eksklusif kepada langganan saham IPO Facebook, besar kemungkinan ia satu penipuan, kata Symantec. Symantec Security Response baru-baru ini mengesan 419 mesej penipuan yang menawarkan "CADANGAN USAHA SAMA LANGGANAN (IPO) FACEBOOK". Penggunaan semua huruf besar merupakan contoh biasa 419 penipuan itu, katanya. Ia didakwa dihantar oleh sebuah firma kewangan di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Bentuk sebenar penipuan itu tidak jelas. Penipuan itu menyebut pinjaman wang menerusi terma "mudah" dan murah hati untuk membeli saham-saham Facebook dan menjualnya semula kepada syarikat pada harga yang lebih tinggi berbanding harga pembelian asal. Symantec berkata, petunjuk jelas ia merupakan penipuan ialah berdasarkan alamat untuk membalas e-mel. "Ia merupakan alamat yang agak amatur yang menggunakan e-mel berasaskan web percuma yang biasa. "Syarikat yang sah sudah pasti akan menggunakan alamat e-mel domain sendiri dan bukan alama…

Bersih 3.0: Bekas pendakwa kini peguam Anwar

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pendakwaraya bagi kes liwat II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden (gambar) kini menyertai pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Bersih 3.0.

Tindakan ini merupakan satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam  Negeri dan Peguam Negara kerana orang terbaik mereka selama ini menyertai pasukan pembangkang.

Anwar bersama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Menurut Setiausaha Lajnah Guaman PAS, Abang Ahmad Kerdee, Datuk Yusuf dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini.

"Beliau amat pakar di dalam undang-undang dan kes jenayah," katanya.

Pendiriannya pula ramai yang diketahui para perguam termasuklah:-

"Awak boleh beri arahan tapi bukan ajar/ …

Yusof dan Fauzi: Masa Umno sudah tiba

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menjadi peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyertaan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari ke dalam  PAS menunjukkan masa Umno hancur sudah tiba. 

Demikian kata anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi twitternya hari ini.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempunyai pendapat yang sama.

"Tanda kehancuran Umno," katanya juga menerusi twitternya.

Datuk Yusof, bekas ketua pendakwaraya kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak hari ini apabila bertindak menjadi peguam kepada Anwar dalam kes Bersih 3.0.

Datuk Fauzi, bekas orang nombor tiga dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula pada Ahad lepas menyerahkan borang permohonan menyertai PAS.

Borang itu diserahkan sendiri oleh beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Majlis penyerahan borang itu diadakan di Tam…

Madonna Hentikan Beli Senjata Jika Jadi Presiden AS

Madonna WASHINGTON: Penyanyi Madonna berkata dia boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baik dengan menghentikan pembaziran ke atas pembelian senjata api yang membawa kepada kemusnahan sejagat. “Anda tidak boleh mengubah banyak perkara dalam tempoh yang singkat. Saya rasa saya mahu menjadi seorang presiden bagi tempoh yang lama. "Saya tidak akan membelanjakan wang untuk membeli senjata api tetapi menumpukan kepada pembangunan pendidikan dan kesenian,” katanya seperti dipetik laman webcontactmusic.com. Penyanyi berusia 53 tahun itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan apa yang akan dilakukannya jika dia bergelar Presiden AS. Bercerita mengenai kejayaannya sebagai penyanyi antarabangsa, Madonna berkata dia kekal bertahan sehingga hari ini kerana keghairahannya untuk melakukan perubahan dan tidak mengambil mudah setiap perkara yang dilakukan. “Tidak mudah untuk mengekalkan populariti berbanding dengan mencari populariti. Saya tidak fikir ada sebarang peraturan untuk kekal …

10 Tempat Rahsia Yang Dilarang Untuk Dilihat Di Google Maps

Kita mesti pernah menggunakan Google Maps untuk melihat atau mengetahui suatu-suatu tempat sebagai rujukan. Dari bandar-bandar besar, perkampungan dan kawasan pedalaman boleh dilihat melalui Google Maps.
Tapi tahukah anda, terdapat juga beberapa tempat yang tidak boleh dilihat dan dipaparkan dalam Google Maps? Antara tempat tersebut ialah :-
1. The Royal Residence, Belanda
-Royal Palace Amsterdam di Belanda – dipanggil Koninklijk Paleis Amsterdam – menyertai satu senarai panjang tempat-tempat yang dikaburkan dalam Google mapsyang berkaitan dengan keluarga diraja Belanda, termasuk Stables Diraja dan satu lagi kediaman yang dipanggil Huis 10 Bosch.
2. Buffalo Niagara International Airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps dan butiran tidak boleh dilihat apabila kawasan di-zoom.
3. Tantauco National Park, Chile
Taman Negara Tantauco di Chile hanya boleh dilihat daripada penanda melalui Google Maps. Rizab semulajadi swasta adalah rumah …

MARK ZUCKERBERG MARRIED

A day after Mark Zuckerberg took his company, Facebook, public, the CEO updated his relationship status to “married.” Zuckerberg, 28, and his longtime girlfriend Priscilla Chan exchanged vows at a small ceremony in their backyard attended by less than 100 guests in Palo Alto, Calif., on Saturday.
Guests thought they were coming over for a surprise party to celebrate Chan’s graduation from UCSF medical school, where on May 14 she received her degree in pediatrics. However, Zuckerberg and Chan had been planning the wedding for more than four months, according to a source authorized by the couple. Zuckerberg designed Chan’s wedding ring, a simple ruby sparkler, himself. Guests dined family-style on food from the couple’s favorite restaurants, Palo Alto Sol and Fuki Sushi. For dessert, they had Burdick Chocolate “mice” – whimsical chocolate treats made in the shape of mice – which the couple had on their first date. The couple, who met while attending Harvard before Zuckerberg – who is now wo…

Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk'

(Senaman 'punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga)

KUALA LUMPUR: Siapakah sebenarnya tokoh di belakang 'senaman punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga kini menarik perhatian ramai kerana beliau juga mengeluarkan fatwa air '100 plus' haram untuk orang Islam.

"Kami orang Islam tak minum air ni, kami minum air suam sahaja," kata Mohd. Ali Baharom kepada Ambiga.

Beliau mengetuai sekumpulan bekas tentera membuat senaman 'punggung' di depan rumah pemimpin Bersih itu baru-baru ini.
Jawapan itu diberikan Ali ketika menjawab tawaran air tin '100 Plus' oleh Ambiga selepas kesemua mereka kelihatan letih membuat senaman itu di depan rumahnya.

Rupanya, Mohd. Ali (gambar) jugalah salah seorang yang membeli gelaran 'datuk' untuk dipakainya sebelum ini.

Pengakuan ini dibuat beliau dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia pada 12 Januari 2011 lalu.

Dalam berita itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom itu memohon maa…

Gegar Royalti turut kempen di final Piala FA

KUALA LUMPUR: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.

Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.

"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.
Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.

Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.

Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.

Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar …

Minta Cerai Kerana Status Dalam Facebook

AURANGABAD – Seorang wanita India menuntut cerai selepas suaminya enggan mengubah statusnya kepada berkahwin dalam laman sosial Facebook. Wanita berusia 28 tahun itu memfailkan tuntutannya itu di mahkamah keluarga dengan berkata, dia tidak lagi mempercayai suaminya selepas dia gagal mengumumkan perkahwinan mereka dalam laman web itu. Perkahwinan pasangan Telugu yang diatur oleh keluarga itu berlangsung dua bulan lalu dan kes itu difailkan di mahkamah di Aurangabad, tempat wanita itu menetap. Menurut akhbar Deccan Chronicle, suaminya memberitahu mahkamah, dia terlupa untuk mengemaskinikan statusnya tetapi hakim memberi kedua-dua pihak masa enam bulan untuk menjalani kaunseling. Bercakap kepada akhbar yang berpejabat di India itu, peguam, Subash berkata: “Saya mengetahui mengenai kes itu daripada majistret di Aurangabad. Si suami yang berasal dari Hyderabad memberitahu hakim bahawa dia terlalu sibuk dengan keluarganya dan perniagaan perabotnya selepas berkahwin sehingga tidak ada masa untuk …

Jangan benarkan program Irshad Manji - PPMM

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) membantah program Irshad Manji  yang dikatakan akan dijalankan di Universiti Monash Bandar Sunway pada hari Jumaat 18 Mei 2012 antara jam 1 hingga 2 tengah hari yang bertajuk ‘ Moral Courage: Creating Space for Islam & Democracy’.
Pihak Universiti Monash melalui Mohamed Ismail pula menafikan ada seminar dianjurkan oleh Sekolah Sastera dan Sains Sosial pada Hari Jumaat 18 Mei 2012 tersebut.
Sebelum daripada ini usaha beliau untuk berceramah di Universiti Islam Antarabangsa juga telah gagal malah di Indonesia juga beliau tidak dialu-alukan.
“Selain tidak menghormati waktu solat Jumaat bagi orang Islam Irshad Manji dengan gahnya mengatakan lelaki Islam juga dialu-alukan hadir kerana  solat Jumaat tersebut boleh dibuat bila-bila masa sahaja dan ia merupakan ciptaan manusia sebagaimana terdapat di dalam tweeter beliau,” kata Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (gambar).
Katanya, ia memberi gambaran bahawa program beliau …