Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Kelantan menang Anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik

Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha @ Mat Yo SHAH ALAM - Norshahrul Idlan Talaha, pemain dari Kelantan, merangkul dua kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2012, hari ini. Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik tahun ini. Anugerah Penyerang Terbaik dimenangi tiga kali berturut-turut. Tahun ini dia menambah anugerah Pemain Paling Bernilai, mengalahkan Mohd Badri Radzi (Kelantan) dan Hairuddin Omar (ATM). Anugerah Bola Sepak Kebangsaan diwujudkan sebagai satu pengiktirafan ke atas pemain, jurulatih, kelab dan pihak pengurusan selepas berakhirnya saingan Piala Malaysia baru-baru ini. Pemenang anugerah kali ini: Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM) Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor) Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) Pema

SKMM block MediaPerak.com

sumber :  FB Rilek, jangan risau penagih penagih MediaPerak sekalian. Dia sekat satu, 10 lagi boleh muncul dalam sekelip mata. Tanpa buang masa, jemput masuk ke laman baru di  [MediaPerak.Net] Kredit : semutmalaysia.blogspot.com

Piala Malaysia 2012: Siapa bakal JUARA?

SATHIANATHAN (dua dari kanan) gigih merencanakan strategi untuk skuad ATM menjelang final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini. BENAR kata orang, bola itu bulat dan apa jua keputusan boleh berlaku dalam bola sepak.Malam ini, Stadium Shah Alam bakal menjadi saksi kemampuan di antara dua pasukan terhebat musim ini iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Kelantan. Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan terakhir dalam saingan musim ini bagi membuktikan siapa sebenarnya yang berhak muncul juara dalam pentas final Piala Malaysia 2012. Atas kertas, kekuatan kedua-dua pasukan dilihat cukup seimbang dan hanya pasukan terbaik sahaja mampu muncul juara kali ini, sekali gus melunaskan misi peribadi masing-masing. Apa tidaknya, ATM yang muncul juara Liga Premier musim ini pastinya berazam mahu menamatkan kemarau selama 46 tahun selepas kali terakhir menjejak kaki di pentas final Piala Malaysia edisi 1966 (ketika itu mereka dikenali sebagai Tentera) sebelum dite

USM Digemparkan Dengan Satu Notis Palsu

PULAU PINANG  - Kontroversi berkenaan satu notis palsu yang dimomokkan dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia sedang hangat diperkatakan di laman sosial Twitter. Notis palsu itu dipercayai bertujuan untuk memburukkan nama USM oleh pihak yang tidak dapat dikenalpasti identitinya dan kini menjadi 'trending' di laman sosial berkenaan beberapa jam yang lalu. Perkara itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan mahasiswa USM khasnya yang menganggap perkara itu sebagai satu usaha tidak bermoral pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik USM sebagai salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia. Respon terhadap isu berkenaan,Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia,Muhammad Ammar' Bin Mohd Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbunyi "Assalaualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Muhammad Ammar' Respon berkenaan isu sebuah notis yang telah menggunakan nama Universiti Sains Malaysia (USM) yang tersebar di Facebook, Twitter dan I

Banglo Runtuh [Update]: Polis Sahkan Hanya Enam Mangsa Terlibat Dalam Runtuhan

SHAH ALAM:  Polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo yang sedang diubah suai di Seksyen 7 di sini petang semalam hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia, dengan seorang daripadanya maut.  Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.  Dalam kejadian petang semalam, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony (seperti dalam papan kenyataan polis) maut. Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat pada kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat. Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke HTAR. Polis menerima panggilan kecemasan daripad

Runtuhan Banglo: 1 maut, usaha menyelamat masih diteruskan

Laporan Dari Malaysian Insider Rumah banglo yang diubahsuai di Seksyen 7 runtuh secara tiba-tiba hari ini. — Gambar oleh Hafidz Baharom SHAH ALAM, 18 Okt — Seorang buruh binaan warga Indonesia maut, empat lagi cedera dan tiga lagi masih terperangkap dalam runtuhan sebuah rumah banglo yang sedang diubahsuai di Seksyen 7 di sini, petang tadi. Daripada empat yang cedera seorang daripadanya dikatakan terputus kaki dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk  mendapatkan rawatan kecemasan. Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang tinggal berhadapan dengan banglo tersebut, beliau terdengar satu dentuman kuat kira-kira pukul 4.20 petang ketika beliau sedang membaca surat khabar. “Ketika saya sedang membaca itu, tiba-tiba saya terdengar satu bunyi yang begitu kuat. “Bila buka tingkap untuk melihat s

Kelajuan Internet 100mbps Pada RM999

Cyberjaya yang merupakan Hab Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) Nasional, melangkah setapak ke hadapan dengan menawarkan pakej kelajuan  internet  pada 100Mbps dengan harga RM999 sebulan, menjadikannya sebagai satu-satunya kawasan di negara ini yang menawarkan kemudahan itu secara komersial. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pemaju induk Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd dan TIME dotCom Bhd, dengan kemudahan daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) bekerjasama bagi menyambungkan 3,300 rumah dan 1,400 pejabat dengan 100 peratus rangkaian fiber optik yang membolehkan mereka menikmati kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi. “MDeC dan Cyberview Sdn Bhd terus bekerjasama dengan Setia Haruman dan pihak berkepentingan yang lain bagi mengenal pasti keperluan perniagaan ICT yang khusus dan insentif MSC Malaysia untuk menggalakkan syarikat-syarikat beroperasi dari Cyberjaya dengan bakal pelabur untuk datang ke bandar itu. “

5 Makanan Termahal Dunia

Untuk pengemar  makanan  yang sukar di cari dan eksotik, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasa sendiri  makanan  tersebut sama ada mahal ataupun tidak sekiranya mereka mampu. Kali ini ingin dikongsikan 5  makanan  termahal di dunia untuk menjadi tatapan mata semua. 1.  Steak wagyu di Tokyo, Jepun Aragawa adalah kedai steak pertama di Tokyo, Jepun. Spesialisasi menunya adalah daging lembu Kobe lokal berkualitas tinggi dan daging Wagyu yang terkenal dengan rasa lazatnya dan teksturnya yang lembut. Daging hanya disajikan dengan saus mustard dan merica. Harganya US$ 368untuk satu porsi steak. Kualiti dagingnya yang tinggi membuat rasanya sangat lazat walaupun diolah hanya dengan kuah yang sedikit. 2.  Ayam kukus tanpa kulit di Paris, Perancis Alain Ducasse au Plaza Athénée, di Paris adalah restoran yang menyajikan menu autentik Perancis. Ruang makan dihias dengan sangat mewah. Layanan yang diberikan sangat istimewa dan berkelas. Untuk menu ayam kuku

Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin

Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh  jin ! Petikan ceramah ustaz Sharhan Antara  nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin  ialah seperti:- 1.  Balqis 2.  Kistina/Qistina 3.  Najwa  4.  Zakuan 5.  Batrisha 6.  Erisha 7.  Mazda Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa. Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.     Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama

10 fakta tentang Datin Paduka Rosmah Mansur

1. Isteri perdana menteri paling cantik. Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang la nak kutuk dia macam2, konon tak cantik la, muka berminyak la. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke? Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama rosmah mansur = rm. Hahaha.. korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh. 2. Isteri perdana menteri yang paling glamorrr Hari2 wajib keluar masuk berita. Suami sakit ke suami sihat ke, bercuti sakan ke apa ke confirm ada je statement dari dia. Jepun di landa malapetaka pun dia yang komen lebih2. Time PRK pun dia gak yang lebih2. Siap naik helikopter lagi. Pendek kata mustahil rakyat tak kenal rosmah mansur, tapi ajaib kalau semua rakyat kenal najib razak. 3. Isteri perdana menteri yang paling rajin. Lawatan kerja ke luar negara ialah upacara wa

"Tahniah Kelantan"-Irfan Bakti

KETUA  Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan jaringan penyerang Kelantan, Mohamed Ghaddar memusnahkan Misi 33 yang tampak seakan menjadi kali ini. Jelasnya, gol itu seperti mengulangi skrip di Kota Bharu apabila jaringan dihasilkan menerusi gerakan dari kawasan tengah padang. "Pertama kali saya ucapkan tahniah kepada Kelantan yang berjaya masuk ke peringkat akhir. Memang sedikit kecewa dan saya akui jaringan Ghaddar memusnahkan segala harapan menggunung pemain dan peminat Selangor. "Pemain juga kekeringan idea di depan pintu gol dan gagal memanfaatkan peluang dimiliki. Apa pun, saya berpuas hati keseluruhan aksi mereka sepanjang perlawanan," katanya selepas perlawanan berakhir. Di minta mengulas Bosko Balaban yang menerima kad merah, Irfan berkata, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku. "Sebagai pemain berpengalaman, Bosko harus bijak menangani situasi sedemikian dan tidak keras kepala. Juga sama kes Nasriq Baharom yang dibu

SPR hadkan kempen di media sosial tepat jam 12 tengah malam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pihak berkempen menerusi media alternatif selepas pukul 12 tengah malam menjelang hari mengundi.    Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata perbuatan itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya yang melarang calon dan ejen mereka berkempen di luar tempoh dibenarkan.    Bagaimanapun, SPR tidak mempunyai penguatkuasa mahupun kepakaran untuk memantau media sosial dan alternatif seperti blog, Facebook dan Twitter, katanya.    "Kita berharap pihak SKMM boleh melihat perkara ini dan bersama-sama membantu kita dalam mengenal pasti mana-mana pihak yang berbuat demikian" katanya pada taklimat SPR bersama wakil parti politik dan media di Kuantan hari ini.    Noordin turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak menggunakan bahan kempen yang boleh memfitnah orang lain dan berdepan tindakan jika mereka ingkar.    Dalam taklimat itu, SPR turut menga

ASAL USUL (SEJARAH) PIALA MALAYSIA

Asal Usul (Sejarah) Piala Malaysia  | Sekali lagi, kejuaraan bola sepak  Piala Malaysia  yang berusia 91 tahun dan antara yang termashyur di rantau ini akan bermula pada 22 Ogos 2012. Namun dalam keghairahan peminat menanti sepak mula Piala Malaysia itu, mungkin tidak ramai yang tahu asal usul piala berkenaan. Jom kita baca fakta ringkas mengenai Piala Malaysia dibawah. Asal Usul (Sejarah) Piala Malaysia Asal usul kejuaraan ini adalah daripada Kapal Tentera Laut Diraja British H.M.S Malaya yang telah berlabuh pada Januari 1921 di pelabuhan Port Klang, Singapura, Melaka, Penang dan Port Dickson. Dalam perjalanannya, hampir kesemua anak kapal telah turut serta dalam perlawanan persahabatan dengan beberapa sukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sukan layar dan golf dengan kelab tempatan. Hampir tiga bulan kemudian, Ketua Setiausaha Kerajaan Melayu telah menerima undangan daripada Kapten H.T. Buller dari H.M.S Malaya dalam persaingan untuk dua trofi dalam sukan bola

Khairul Fahmi ditawar RM 3 juta??

Khairul Fahmi Che Mat KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun. Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.  Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor. Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’. “Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih

Hati-hati Siswa dan Siswi. Jangan terpedaya dengan helah jualan kereta PERODUA!

Belum masuk alam pekerjaan lagi, sudah ditawarkan kepada anak-anak muda dengan mengajak siswa  beli kereta  Perodua mereka? Kalau mengangur bagaimana? Adakah Perodua akan ada tawaran “grace period” tidak perlu bayar untuk tempoh setahun lamanya? Sudah tentu tidak. Mereka mesti mahu untung dengan apa cara sekalipun. kelihatan, orang kuat Perodua ini sudah mula panas punggung. KPI belum tercapai agaknya pada tahun 2012 ini. Syarikat Perodua ini jugalah baru-baru ini yang mencadangkan kereta melebihi 10 tahun dilupuskan. Apa alasan yang mereka berikan? Tidak selamat katanya? Tidak selamat atau jualan perdoua sedang merudum sekarang? Yang mana satu? Memang mereka hanya mengira “perut” mereka sahaja. Tidak syak lagi. Hanya Bawa Kad Matrik & Penjamin Boleh Beli Kereta Perodua Nampaknya penjual kereta sekarang dilihat mahu mengajar Bank Negara Malaysia (BNM) bagaimana nak uruskan polisi kewangan di Malaysia? Bukankah 4-5 tahun lepas Perodua dilihat bersungguh-sungguh  na