Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Politik - Sudah tidak tentu yang mana hujungnya dan yang mana pangkalnya.

Politik negara sudah sampai ke tahap yang tidak pernah kita alami seumur hidup kita. bermula dengan isu kecil-kecilan sekarang sudah sampai kepada tahap yang membingungkan kita semua. Pemimpin-pemimpin dan penyokongnya sama sahaja bermain dengan permainan politik yang terlalu kotor dan menjijikan.

Penggempur Perkasa (Preview Man Utd vs Barcalona)

Seronok dan teruja. Inilah antara perasaan yang penulis rasa menjelang pertemuan 2 gergasi kelab bola sepak eropah iaitu Barcelona dan Man Utd. Kehangatan perlawanan kali ini bukan sahaja dirasai di eropah malah penulis dapat rasakan kehangatan ini sudah merebak ke seluruh dunia tatkala 2 gergasi ini bertembung. 

AUKU: Siapa pejuang mahasiswa sebenar?

Sejarah gerakan mahasiswa terus ditekan dan dihimpit hebat terutama daripada kerajaan kerana kesuburan gerakan mahasiswa mula menampakkan pencerahan bukan sahaja kepada individu yang bergelar mahasiswa bahkan kepada anak muda dan masyarakat umumnya.

Gambar anak-anak yatim di Hidayah Madrasah AL-Taqwa Hulu Langat sebelum kejadian tanah runtuh

Baru dapat info ni dari sorang blog sahabat. Tersentuh juga hati apabila melihat gambar kanak-kanak sebelum kejadian tanah runtuh di Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat yang mengorbankan 16 kanak-kanak dan 9 lagi tercedera. Lihatlah wajah-wajah ceria kanak-kanak ini terutamanya si kecil yang berada dihadapan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kanak-kanak yang telah kembali kepadanya.

Kejadian tanah runtuh, Shahrizat Jalil tidak sensitif dengan perasaan masyarakat

Bukan semua penghuni rumah anak yatim At-Taqwa adalah anak yatim: Shahrizat   PEKAN - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bukan semua penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh semalam yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim. Katanya berdasarkan lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan itu semalam, beliau mendapati rumah itu turut beroperasi sebagai tempat pengajian tahfiz dan kem motivasi.

7 mangsa tanah runtuh dikebumi dalam satu liang lahad

HULU LANGAT, 22 Mei — Tujuh daripada 16 mangsa tanah runtuh selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di sini kira-kira pukul 3.20 petang tadi. Jenazah tujuh mangsa terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Sultan Hishammudin Alam Shah, Batu 14, selepas solat Zohor. Sebahagian daripada 500 orang menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Ahad. Kesemua jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding Batu 14 , Hulu Langat. Foto:Chua Kok Hwa/THE STAR

Lagi berita & Gambar Terbaru Kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat

KAJANG:  Lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di RumahPersatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.

[update](Gambar) Tanah Runtuh timpa 20-30 penghuni Anak Yatim At-Taqwa

Ya Allah....Subhanallah...... Ini berita yang baru penulis terima dari sahabat blogger dan sumber-sumber berita sahih,  mengenai tanah runtuh di Hulu Langat Selangor yang menimpa rumah anak-anak yatim di batu 14, Hulu Langat. Sehingga kini 2 mayat telah ditemui sementara 21 mangsa lain dicari sambil 7 lagi terselamat.

Iklan Arak Masuk Sekolah, Menteri Pelajaran Pejam Mata?

L indungi pelajar daripada alkohol di sekolah   Kanak-kanak dan golongan muda terdedah kepada iklan alkohol memandangkan syarikat minuman alkohol berjaya menutup atau menyembunyikan mesej ini sebagai promosi pendidikan atau pembangunan sukan.

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ :  "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Selamat Hari Guru Buat Semua Guru!

Khusus buatmu guru-guruku yang amat kukasihi. Sempena 16 Mei ini, anak didikmu ingin mengucapkan: “Selamat Hari Guru teristimewa buatmu!”.. Terima kasih cikgu!! Insya Allah, ketulusan jasa dan keluhuran budimu akan tetap kukenang selama-lamanya.. Kudoakan semoga dirimu bahagia dan beroleh redha Allah di dunia ini serta beroleh SyurgaNya di Akhirat sana!! Amiin. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia Jika hari ini seorang Peguam menang bicara Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah Jika hari ini seorang Penulis terkemuka Jika hari ini seorang Doktor pakar segala Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca! (Adaptasi d

Kerak Nasi Untuk Ibu

Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku Sedih Kerana Tidak Dapat Membela…

Tuhan…! Jiwaku terseksa ramai orang yang teraniaya dan dizalimi.. Sedangkan aku tidak dapat membelanya… Ramai orang yang menzalim, Aku tidak dapat menahannya… Tuhan….! Berapa ramai anak-anak yatim, Fakir miskin dan orang-orang tua yang terbiar… Didalam semua hal, Aku tidak dapat membelanya dan menguruskannya.. Mereka setiap masa menunggu pembelaan… Namun demikian tidak kunjung tiba… Berapa ramai orang-orang tua yang terbuang Keluarga mereka pun sudah tidak mempedulikan mereka.. Aku tidak tahu bagaimana hendak membelanya… Kerana aku juga tidak ada tenaga dan kuasa…   Tuhan..! Itulah diantara aku rintihkan… Masalah inilah yang selalu aku renungkan dan menungkan… Tapi aku sendiri pun tidak dapat mengadakan jalan penyelesaian.. Adakalanya aku menangis bersendirian… Terutama menjelang tidur di waktu malam.. Kerana aku tidak dapat menjadi pembela.. Kepada mereka semuanya.. Aduh! Sedihnya aku… Aduh! Hibanya hatiku… Tuhan..! Apa yang berlaku pada mereka… Janganlah aku dipersalahkan.. Lebi