Adsense Link 728 X 15;

Followers

[VIDEO] J Sze, Gadis Cina Bukan Islam Yang Berpuasa

Posted by Haluan Kiri Monday, July 30, 2012 0 comments


SENSASI DI YOUTUBE: Gadis cina hot BUKAN ISLAM memberi hujah-hujahnya mengapa beliau berpuasa di bulan Ramadhan! KEBANGKITAN PENDAKWAH BUKAN ISLAM!

J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology.

J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -Xifu Naser



Rais tarik balik logo Hari Merdeka

Posted by Haluan Kiri 0 comments

(Logo Hari Merdeka ke 55 yang ditarik balik oleh Rais)


KUALA LUMPUR: Selepas diserang kiri dan kanan akhirnya Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan negara yang ke 55.

Namun, Rais berhelah bahawa "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi." 

Rais berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.

Pelbagai pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari  Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.

Selain logo, turut dikritik adalah lagu temanya serta temanya.

Namun sehingga kini, lagu dan slogan itu masih dikekalkan.

Lagu tema

Sejak ia dilancarkan awal bulan ini, dan dimuat naik pelbagai pihak di Youtube, hanya kritikan-kritikan pedas memenuhi ruang komen termasuk mereka yang memilih 'dislike'.

Ada antara mereka memberi komen bahawa lirik lagu tersebut langsung tidak relevan dengan kemerdekaan apatah lagi untuk menanam semangat patriotik di kalangan rakyat.

"Sepanjang-panjang lirik ini, satu pun tak ada sebut perkataan Merdeka. Kata lagu tema Hari Kebangsaan," komen seorang pengunjung youtube.

"Kalau Tunku Abdul Rahman hidup lagi mesti dia menyesal," tambah yang lain.

Tema


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar)antara pengkritik utama tema Hari Kemerdekaan kali ini.

Kadir yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan berkata, tema perayaan hari kemerdekaan  disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN.

Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati.

"Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya.

"Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak BN," katanya dalam kenyataan akhbarnya.

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati

Posted by Haluan Kiri 0 comments
SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.


Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.
Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.
Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.
“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.-Kosmo!

PILIHAN RAYA KAMPUS SEPTEMBER INI ?

Posted by Haluan Kiri Sunday, July 29, 2012 0 comments

29 Julai, Kuala Lumpur- Pilihan Raya Kampus akan diadakan bergantung kepada keputusan dari Pejabat Perdana Menteri menurut seorang mahasiswa.
Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Muhd Taufiq Abdul ketika dihubungi berkata “Hampir 6 bulan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) tidak berfungsi kerana masih belum diadakan pemilihan yang baru. Keputusan tarikh PRK akan ditentukan oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri bukannya diputuskan oleh pentadbiran kampus.”
“Campurtangan dari Pejabat Perdana Menteri dan beberapa individu dari sebuah parti politik telah mengetepikan peranan naib canselor universiti yang mempunyai autonomi dalam mentadbir universiti masing-masing,” katanya.
Muhd Taufiq berkata, beliau menjangkakan tarikh PRK akan diadakan pada September ini selepas sesi kemasukan baru mahasiswa sarjana muda pada 2 Sepetember ini.
“Sepanjang minggu orentasi mahasiswa baru pada awal Sepetember ini peluang terbaik yang akan digunakan Aspirasi dan Penggerak Mahasiswa untuk memperkenalkan calon-calon mereka yang terlibat menjadi pembantu mahasiswa,” katanya lagi.
Terdapat beberapa kampus yang telah diketahui tarikh pembuangan undi PRK iaitu Universiti Teknikel Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) masing-masing pada 20 September dan 27 September.
Pro Mahasiswa Nasional sebelum ini mendakwa terdapat campur tangan dari Pejabat Perdana Menteri dan sebuah parti politik melalui Ops 2020 dalam menunda tarikh PRK yang sepatutnya diadakan pada Februari lalu.
Penundaan tarikh PRK dibuat bagi memastikan kumpulan Aspirasi dapat membuat persediaan dengan rapi untuk  memenangi semua PRK di 20 kampus IPTA.

Satria NEO WWW1 Sultan Johor terlibat kemalangan?

Posted by Haluan Kiri 0 comments


KHABAR angin tersebar sejak semalam mendakwa kononnya kereta Satria NEO milik Sultan Johor yang pernah menjadi kontroversi berhubung harga no pendaftaran bernilai RM500,000 terlibat dalam satu kemalangan.



Bagaimanapun beberapa gambar yang disebarkan tidak satu pun menunjukkan nombor pendaftaran kereta tersebut. Umum mengetahui nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor dipasang pada sebuah kereta Satria NEO berwarna jingga.

Oleh itu beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kereta Satria NEO berwarna jingga yang terlibat dalam satu kemalangan di sekitar Yong Peng Johor dispekulasikan sebagai kereta milik Sultan Johor.



Namun halaman facebook rasmi Sultan Johor telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa kereta tersebut adalah milik Sultan Johor.-MiloSuam

[VIDEO] MAJLIS PEMBUKAAN OLIMPIK LONDON 2012 – PALING HEBAT DALAM SEJARAH OLIMPIK DUNIA

Posted by Haluan Kiri 0 comments
Simply Amazing- itulah ayat paling sesuai untuk menceritakan pembukaan Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di Olympic Stadium di Kota London awal pagi tadi.

Majlis berlangsung selama hampir 3 jam 45 minit – dengan setiap saat penuh dengan kekaguman. Hampir 80,000 penonton memenuhi stadium berkenaan dengan ratusan juta lagi menonton siaran langsung di seluruh dunia.
Obor dinyalakan tujuh remaja dan bukannya oleh seorang seperti tradisi sebelum ini, satu kelainan yang layak diberikan pujian.
Pengisytiharan pembukaan dilakukan Ratu Britain, Ratu Elizabeth.
Pembukaan Olimpik London 2012 - Antara Yang Terhebat Dalam Sejarah
Menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada, dari keindahan bumi United Kingdom, sejarahnya yang panjang dan kaya kepada pelakon-pelakon terkenal British seperti Rowan Atkinson (Mr Bean) dan Daniel Craig (James Bond), semua diadun untuk mewujudkan antara pembukaan olimpik yang terhebat pernah disaksikan.
Perancangan selama tujuh tahun bagi menganjurkan Olimpik London 2012 menyaksikan upacara pembukaan awal pagi tadi tertumpu kepada persembahan pentas membabitkan nilai sejarah Britain dan peralihan dari era revolusi perindustrian sehingga kini.
Jumlah peruntukan AS$14.5 bilion disediakan bagi menjamin kelancaran kejohanan prestij yang sudah dianjurkan sebanyak tiga kali sebelum ini dan kali pertama London dipilih sebagai tuan rumah adalah pada 1948
Sungguh menarik. Itulah yang penulis mampu ungkapkan. Berbeza berbanding pembukaan lain.
Bagi yang mungkin tidak berkesempatan menyaksikan pembukaan tersebut, link di bawah akan memperlihatkan acara pembukaan di laman Youtube.



Restoran Mcdonalds Terbesar Di Dunia

Posted by Haluan Kiri Saturday, July 28, 2012 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera, mesti ramai yang pernah makan di restoran Mcdonalds ni kan? haa, tapi tahukah anda restoran ni juga ada dicatatakan sebagai restoran Mcdonalds terbesar di dunia? tengok gambar di bawah ni.. dipetik dari dailymail









Perghhh, memang besar yang amat, Restoran ini terletak di 200 meter daripada stadium Olimpik utama di Stratford, timur London. Ianya mempunyai keluasan 3000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan sebanyak 500 pekerja dan sebanyak 200 pekerja akan bertugas pada satu shift.. Memang tak menang tangan la nampak gaya pekerja Mcd ni..hehe

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam

Posted by Haluan Kiri 0 comments

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter
.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.



Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS
.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.


Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.


Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.



Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium
.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit 

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1) Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3) Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4) Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.


Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam. -Crewfathi

Pengakuan Farid Ismeth Emir. Kenapa setelah lebih 10 tahun?

Posted by Haluan Kiri Thursday, July 26, 2012 0 comments

Pengakuan Farid Ismeth Emir dalam satu video wawancara menjadi perbualan hangat masa ini. Semua seronok dengan sorakkan kegembiraan dan kononnya berjaya menepis gossip yang berusia lebih 10 tahun usianya. Inilah dikatakan “Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama”.
Selain itu dikatakan kononnya blogger “mimpisenja” bertanggungjawab terhadap pendedahan Cerita Madu 3 juga adalah satu lagi andaian kerana cerita itu bukan berasal dari blog tersebut. Inilah yang dikatakan, blogger upahan cepat berteriak untuk mendapat nama dan takhta di mata pemimpin yang membayar mereka dan lupa kepada fakta dan cerita sebenar disebalik terbitan cerita Madu 3.

Hampir sepuluh tahun menaggung malu, tertekan dan sebagainya dan ini membuat pelbagai persoalan wujud pada cerita pengakuan ini..
Pengakuan Farid Ismeth Emir:-
 


Provokasi malaysiacrisis.blgspot.com akhirnya membawa pengakuan  disebalik gosip berusia hampir sepuluh tahun. Agak pelik apabila saya lihat cerita ini telah lama wujud dan selalu dirujuk oleh pelbagai pihak sebelumi ini namum tiada penafian atau pengakuan dibuat oleh mana-mana pihak samaada si lelaki atau si perempuan. Juga tiada usaha blogger upahan dalam meneutralkan kontroversi ini yang sememangnya menyebabkan ”Krisis Imej”  kepada First Lady of Malaysia.  Pengakuan ini juga menimbulkan pelbagai tanda tanya antaranya:-

1) Mengapakah selama 10 tahun gosip ini diwar-warkan di seluruh Malaysia tiada penafian?
2) Mengapa pengakuan ini hanya dibuat sekarang menghampiri saat-saat PRU 13?
3) Mengapa tidak boleh keluar membuat penafian sebelum ini (rujuk kenyataan akhbar)?
4) Mengapa sekarang boleh keluar membuat penafian?
5) Pelbagai tohmahan dan gosip telah tersiar lama dan mereka mengetahui akan perihal ini dan
mampu terus berdiam dri selama 10 tahun?

Pengakuan ini membuat lebih banyak tanda tanya dan memberi kesan kontroversi yang lebih kepada cerita ini dan mungkin sudah sampai masa ” Sumpah Laknat Di Masjid” perlu diadakan seperti mana desakan-desakan yang selalu dibuat pelbagai pihak bagi cerita-cerita kontroversi sebelum ini bagi membersihkan diri.

Heroin The “Twilight” Curang

Posted by Haluan Kiri 0 comments
Heroin The "Twilight" Curang
Los Angeles – `Saya cintakan dia , saya cintakan dia, saya minta maaf’ itu permohonan maaf daripada Kristen Stewart kepada kekasihnya, Robert Pattinson selepas aktres tersebut ditangkap berlaku curang dengan pengarah filem, Rupert Sanders.
Permohonan maaf itu susulan gambar antara Stewart, 22 dan pengarah filem Snow White And The Huntsman, Rupert sedang berpeluk dan bercium berjaya dirakamkan oleh paparazi.
Rupert, 41, telah berkahwin dengan model Liberty Ross dan mempunyai dua orang anak.
Menurut majalah People, Kristen turut melahirkan kekesalan kerana telah melukakan banyak pihak dan perbuatan itu disifatkan sebagai memalukan.
Setakat ini tiada jawapan atau reaksi daripada Robert.
Aktor tersebut sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk melamar Kristen.
Hubungan sulit itu bermula selepas Kristen berlakon di bawah arahan Rupert dalam filem Snow White And The Huntsman.
Malah isteri Rupert, Liberty, 33, turut berlakon sebagai Queen Eleanor, iaitu ibu tiri Kristen dalam filem berkenaan.
Beberapa keping gambar yang dirakamkan paparazzi itu menunjukkan Kristen berada dalam pelukan Rupert di dalam sebuah kereta.
Mereka kemudiannya bercium dan hanya berenti apabila ada orang yang lalu di kawasan berkenaan.
Menurut jurugambar terbabit, dia berjaya merakamkan gambar tersebut selepas mengekori kereta yang dipandu Kristen yang pulang ke rumah yang didiami bersama Robert di Los Feliz.
“Namun secara tiba-tiba, selepas menjawab panggilan telefon, Kristen telah berpatah balik dan beredar dari rumah berkenaan.
“Rahsia mereka dapat ditutup sekiranya Kristen tidak menjawab panggilan telefon berkenaan,’’ katanya kepada Us Weekly.
Dalam pada itu, Rupert turut menyesali perbuatannya itu.
Dalam temu bual dengan People, Rupert berkata, “Hanya isteri saya yang cantik dan dua anak saya sahaja yang saya ada di dunia ini. Saya sayangkan mereka dan berharap dapat melalui perkara ini bersama-sama,’’.

Gambar-Gambar Rumah Mewah $7 juta Mark Zuckerbergs

Posted by Haluan Kiri 0 comments
Mari kita lihat gambar-gambar rumah mewah milik Mark Zuckerbergs yang bernilai  $7 juta 







































































"Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek"

Posted by Haluan Kiri Wednesday, July 25, 2012 0 comments
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. 

"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.

Nasrudin membuat gesaan ini melalui facebooknya yang sehingga kini sudah mendapat 41,986 likes dan 13,840 orang bercakap tentang perkara ini.

Dalam catatan itu, Nasrudin mengingatkan semua bahawa sekarang adalah bulan Ramdhan, bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

Justeru itu, katanya, beliau harap sangat - sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk  "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.

Menurut Nasrudin, beliau  bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. 

"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.

Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. 

"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.

Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. 

Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau. 

"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. 

"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.

Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya. 

"Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi.

Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan

Posted by Haluan Kiri Tuesday, July 24, 2012 0 comments

NONEPakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais



Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
toyota car manufacturer loss of sales report 221208 03"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya. 

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah

Posted by Haluan Kiri 0 comments

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

 Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

NONE"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon 
pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am. 

NONE"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih 
menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi

"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya.

Sementara itu,  Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
    
Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
    
"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya. 
    
Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari. 
    
"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.
    
Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.
    
Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
    
Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
    
Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.
    
"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana. 
    
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut  daripada Pejabat Peguam Negara.
    
Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram. 

“cakap-cakap belakang” wartawan mengenai UMNO

Posted by Haluan Kiri 0 comments

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
SEHARI sebelum menulis kolum ini, saya telah menemui beberapa orang rakan penulis. Dua daripadanya adalah penulis senior dan secara konsisten menyokong Umno sejak awal 1980-an lagi. Seorang lagi adalah kolumnis sebuah akhbar harian yang sering memuji dan memuja pemimpin Umno dan mengkritik parti pembangkang.

Walaupun kami dari kem politik berbeza, persahabatan tetap persahabatan. Kita boleh bertegang urat mengatakan itu benar dan ini salah. Namun semua itu tidaklah sampai ke peringkat menjadi emosional hanya semata-mata untuk memenangi debat.

Pada pertemuan itu, melainkan seorang penulis yang pengkhususannya lebih kepada persoalan sosial dan bersifat non-partisan, hanya saya seorang sahaja yang berada di pihak pembangkang.
Walaupun mereka yang lainnya masih jitu memperjuangkan Umno namun semuanya bersetuju betapa kuasa pemerintahan yang selama ini dinikmati oleh parti tersebut kini sedang menempuhi hari-hari terakhirnya.
“Tapi Dr Mahathir confident kalau pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat, katakan lepas sambutan perayaan Tahun Baru Cina, BN ada peluang untuk setidaktidaknya mengekalkan jumlah wakil rakyatnya baik di Parlimen ataupun di Dun tapi banyak juga pemimpin Umno mengatakan kalau pilihan raya diadakan dalam masa terdekat BN dan Umno akan bungkus,” kata saya sekadar memancing pendapat mereka yang cukup rapat dengan pucuk pimpinan Umno serta sering mendapat laporanlaporan tentang sokongan pengundi pra-pilihan raya dari pihak-pihak perisikan tertentu.
“Alah … biasalah,” jawab penulis paling senior dan paling prolifik dalam menghasilkan buku yang sentiasa mengangkat Umno dan pemimpinnya di persada kayangan. “Itu mainan psikologi. Tapi aku sendiri ingat, kalau pilihan raya sekarang atau tahun depan pun, berat. Jangan kata nak menang dua pertiga majoriti (di Parlimen), kalau boleh maintain status quo pun sudah baik.”
“What makes you say that?” penulis sosial yang berijazah PhD itu mencelah.
“Kau tengoklah sendiri. Kau ni bukannya orang Umno, orang PAS lagilah tidak. Kau rasa kau masih nak percaya pemimpin Umno boleh memimpin orang Melayu dan rakyat Malaysia. Pemimpin paling besar pun tak boleh nak memimpin bini, macam mana nak memimpin parti dan negara,” jawab penulis tersebut.
“Aku pun rasa macam tu jugak,” kata kolumnis sebuah akhbar harian. “Memanglah bila tulis aku kena tulis baik-baik pasal Umno. Tapi realitinya, semua orang tahu. Orang Melayu semakin hilang kepercayaan pada Umno. Betul tak Doc?”
Dia menghadapkan arah penglihatannya ke wajah penulis sosial.
Dr Hafiz (bukan nama sebenar) menyudahkan hirupan kopinya dan meletakkan kembali cawan yang masih tiga-suku penuh kembali ke dalam piring. Sambil kembali menyandarkan dirinya dia menawarkan pendapat dalam susuan kata-kata seolah dia sedang menulis, “Ya. Sepatutnya setelah menerima keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dulu, pemimpin Umno di semua peringkat masing-masing sudah muhasabah, demi parti, demi negara dan demi orang Melayu.
“Tapi apa yang saya lihat, pemimpin kanan Umno lebih menjuruskan kepada soal bagaimana menyelamatkan kedudukan masing-masing.
Saya tak mahulah mengatakan benar atau tidak, tetapi perihal pemimpin Umno, mereka yang rapat dengan Umno serta kerajaan yang diperintah oleh Umno dikaitkan dengan pelbagai rasuah, penyalahgunaan kuasa, tidak berkesan dalam membuat dasar, gagal mentadbir-urus dengan sewajarnya, dan segala kenyataan bebal yang dibuat oleh pemimpin Umno termasuk menteri dan sebagainya, tidak pernah diberikan perhatian serius. Apa yang rakyat dapat lihat ialah, all talks but no actions (cakap-cakap sahaja tanpa tindakan).”
“Patutnya, akhbar Utusan Malaysia mainkan peranan untuk membantu Umno menukarkan persepsi rakyat terhadap parti,” kata penulis yang menjadi kolumnis akhbar harian.
“Utusan cuma nak cari kuatkan sokongan rakyat pada Umno,” jelas penulis veteran.
Di penghujung perbualan masing-masing bersetuju betapa akhbar seperti Utusan Malaysia bukan sahaja tidak membantu Umno untuk memperbetulkan persepsi rakyat, tetapi tidak juga membantu untuk cuba memperkuatkan Umno.
Pembaca Utusan Malaysia adalah mereka yang memang penyokong Umno.
“Macam mana nak cari penyokong baru kalau yang baca bukan sahaja orang yang sama tapi sudah ada orang yang sama berpindah sokongan kepada PAS dan lain-lain parti,” jelas saya pula. “Makin lama pembaca Utusan makin merosot. Bila pembaca Utusan makin kurang, maka penyokong Umno juga berkurangan.”
“Betul tu. Kalau macam ini, jangan mimpilah BN boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13.”
Begitulah inti pati perbualan pada pertemuan beberapa orang penulis pada petang itu. Rumusannya, seperti juga yang dirumuskan oleh pelbagai pihak, BN akan kecundang.
Dicatat oleh Na’im Nikmat


13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Posted by Haluan Kiri Monday, July 23, 2012 3 comments
Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya, sini ada 13 tempat dianggap paling berhantu di Malaysia..


1.Highland Tower – Kuala Lumpur


13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.



2. Banglo Mona Fandey


13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.



3. Kemayan City – Johor Bahru


13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.



4. Lebuhraya Karak


13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.



5. Villa Nabila – Johor Bahru


13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh tengok –>
Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru



6. Amber Apartment – Genting Highland


13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.



7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang


Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.



8.Institusi St Michael – Ipoh



Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.



9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar – Perak


Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.



10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur


Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.



11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur


Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.



12. Rumah ADO Menumbok – Sabah


Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.



13. Penjara Pudu



Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com