Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Kenalkah Anda Wanita Ini?

Kenal dia? Dialah Dr. Aafia Siddiqui. Seorang muslimah dari Pakistan yang ditangkap oleh Amerika dengan bantuan daripada kerajaan Pakistan sendiri. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun. Namun, tiada seorang pun pemimpin umat Islam hari ini tampil untuk membelanya.  Malah, kerajaan Pakistan sendiri yang membantu Amerika Laknatullah untuk menangkapny a. Beliau bukan sahaja dipenjarakan,  malah turut dibelasah sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada hidungnya. Bukan sekadar itu, beliau juga turut dirogol di dalam penjara. Kebobrokan pemimpin umat Islam hari ini jelas terpampang apabila mereka tidak menghantar sebarang bala tentera untuk menjawab kebiadapan Amerika. Sudah lupakah kita, Khalifah Mu'tasim Billah menghantar bala tentera untuk menyerang Rom kerana beberapa orang kafir telah mempersenda aurat seorang muslimah pada waktu itu? Di mana pula bala tentera muslim hari ini? Wahai umat Islam, butakah mata hati kita sehingga kita sanggup menyokong pemimpin-pemim

Mana pejuang melayu tatkala Uncleseekers hina sultan Johor??

Uncleseekers Sejak dua minggu lalu, aku memerhatikan perjalanan blog-blog politik tempatan. Secara keseluruhannya, jumlah pengunjung ke blog-blog politik sedang menurun, mungkin disebabkan tidak ada isu-isu menarik sepanjang dua minggu lalu. Tapi, ada satu blog yang semakin sensasi hari iaitu blog Uncleseekers. Setiap hari, blog Uncleseekers menyiarkan siri pendedahan tentang skandal-skandal Sultan dan Tengku Mahkota Johor. Setakat ini, sudah 47 siri disiarkan oleh Uncleseekers yang bukan sahaja menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan kepada Raja, malah turut menelanjangkan kisah-kisah peribadi Raja. Berapa ramaikah yang membaca tulisan-tulisan Uncleseeekers? Printscreen dibawah dibuat pada 18 Jun dimana blog Uncleseekers berada ditangga ke 762 di Malaysia. Untuk mencapai tangga ke 762, sesuatu blog itu perlu mendapat kunjungan tidak kurang dari 10,000 pengunjung setiap hari. Semalam ini, aku buat satu lagi printscreen dan blog Uncleseekers sudah melonja

MIMALAND DALAM KENANGAN (1971-1994)

Siapa pernah dengar tentang Mimaland? apa yang ada di Mimaland? Kenapa dia ditutup? Ha.. banyak soalannya, bagi yang tak tahu atau kurang tahu ( yang tahu mohon buat-buat tak tahu ). Mimaland nie sebenarnya satu pusat rekreasi paling popular pada tahun 1971, tempat tumpuan orang ramai untuk melepaskan tekanan dan bersantai bersama keluarga ( dulu mak abah kita pun dating kat Mimaland ).  Nama Mimaland diambil dari singkatan  Malaysia In Miniature Land , kawasan seluas lebih kurang 300 ekar terletak di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur dibuat secara beberapa peringkat iaitu peringkat pertama pada tahun 1970 mengandungi 24 buah motel, 5 buah chalet, sebuah kolam renang, dan taman haiwan prasejarah yang dipenuhi replika dinasour bersaiz besar. Pada tahun 1984 Mimaland telah membina satu kolam renang yang pada waktu itu dinobatkan sebagai kolam renang terbesar dengan papan luncur air gergasi yang terpanjang di Asia Tenggara. Selain itu Mimaland juga membu

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan

Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan. "Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas. "Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas. "Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada  Malaysiakini. Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari. Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas". Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya berlangsung pada tempoh masa sama

Konspirasi Pilihanraya Kampus

Oleh Ahmad Lutfi Saya pernah membongkarnya tujuh tahun lalu semasa menjadi Ketua Pengarang akhbar Siasah. Ada komplot membabitkan Pemuda Umno (dan juga sayap Puterinya) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 17 IPTA, yang turut dihadiri para pelajar kumpulan Aspirasi pro-Umno. Pertemuan diatur pegawai khas Kementerian Pengajian Tinggi, yang dipinjamkan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (juga seorang pengetua kolej kediaman), serta didalangi Dr Adham Baba, bekas Setiausaha Parlimen KPT. Menteri ketika itu Dr Shafie Salleh.   Tujuannya, untuk memenangi dengan mudah pilihan raya kampus (PRK) dengan mengetepikan cabaran kumpulan pelajar Islam yang dilihat bebas dan lebih dekat dengan pembangkang (kini dikenali Pro-M).   Mereka bertemu secara tetap, mulanya dalam kekerapan mingguan, di Tingkat 38,  Menara Dato' Onn, PWTC, yang menempatkan Ibu Pejabat Umno Malaysia. Bayangkan, Umno dan sekutunya dalam BN (melalui biro pendidikan masing-masing) berkomplot den

Ahli politik BN, Pakatan bersemuka di Debatkini

Buat pertamakalinya,  Malaysiakini  akan menganjurkan majlis yang membariskan empat ahli politik dari BN dan Pakatan Rakyat untuk berdebat mengenai isu-isu hangat yang mendepani negara ini. Debat tersebut, yang akan diadakan Selasa ini dan bertajuk  'Is Malaysian democracy moving forward?'  (adakah demokrasi Malaysia maju ke depan?) akan menyaksikan dua wakil, masing-masing daripada BN dan pembangkang. Para pendebat ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno), Gan Ping Sieu (MCA), Mujahid Yusof Rawa (PAS) dan R Sivarasa (PKR). Ia akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan pendaftaran untuk menghadiri majlis tersebut bermula jam 7.30 malam. Sesi 90 minit akan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini , Premesh Chandran. Chandran berkata selepas mempelopori industri berita dalam talian sejak 13 tahun lalu, kini tiba masanya bagi lamanweb itu untuk menganjurkan forum awam bagi menggalakkan pertukaran idea yang boleh bertindak sebagai

Pemikiran Politik Budak UiTM

“Hari-hari berbelanja pakai duit PTPTN, tapi nak melawan BN, tak bersyukur lagi ke?” “Saya tak paham padahal UiTM sebagai universiti kerajaan dah membantu anak Melayu kita untuk memberi pendidikan, tapi ada juga yang mengutuk tindakan kerajaan.” “Kita masuk UiTM ni untuk belajar, bukan nak berpolitik!” Nampaknya politik di mata para mahasiswa khususnya mahasiswa UiTM sangatlah sempit. Bagi mereka, adalah haram sama sekali untuk mahasiswa UiTM untuk mengutuk tindakan kerajaan. Bagi mereka, adalah haram sama sekali untuk melawan Barisan Nasional. Bagi mereka, adalah haram sama sekali menyokong parti-parti lain selain Barisan Nasional. Bagi mereka, adalah haram sama sekali untuk mahasiswa berpolitik. Bagi mereka, yang halal itu adalah dengan cara bersyukur kerana kerajaan telah memberi peluang kepada mereka untuk belajar di UiTM. Bagi mereka, yang halal itu adalah dengan menjauhkan diri daripada politik dan belajar sahaja untuk mendapatkan keputusan yang bagus untuk m

Pelajar UNISEL tebusan UMNO?

Selepas pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN kepada pelajar-pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) dibekukan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan yang angkuh sekali – seperti mahu “mengajar” para pelajar di negeri Pakatan Rakyat. Beliau menyifatkan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi tersebut sebagai ‘adil’ dengan maksud ingin “menampar” pentadbiran Pakatan, khususnya PKR yang begitu lantang memperjuangkan isu pendidikan percuma. Tindakan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran jelas sekali adalah tindakan politik yang tidak ada justifikasi rasional sama ada ia bertujuan untuk mengkaji semula sistem tersebut atau berdasarkan apa-apa saranan munasabah dari pihak profesional kepada kerajaan. Malah tindakan politik UMNO dan Barisan Nasional ini nyata sekali mahu mendera ibu bapa dan pelajar di institusi pengajian tinggi agar menanggung padah akibat permainan politik manusia-manusia yang gila kuasa. Inilah mor

Awas! Jersi Euro Yang Beracun

LONDON: Jersi rasmi sembilan pasukan yang beraksi di Euro 2012 dikesan dicemari dengan plumbum, nikel dan bahan toksid. Jersi pasukan Poland yang menggunakan komponen untuk menghalang bau peluh dikesan boleh bertukar menjadi toksid kepada sistem saraf. Organisasi Pengguna Eropah (BEUC) menganggap kandungan bahan kimia itu sebagai membimbangkan. Jersi rasmi Euro 2012 sudah berikan ‘kad merah’ oleh kumpulan pengguna itu sebelum sepak mula bermula kerana dicemari dengan plumbum, nikel dan unsur toksid yang lain. BEUC menggelarnya sebagai ‘permainan bahan kimia’ selepas menguji sembilan jersi rasmi kejohanan itu. “Semua kandungan bahan kimia yang ditemui mencetuskan kebimbangan,” menurutnya dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, salah seorang ahlinya tidak mahu perkara itu diperbesarkan. Jurucakap kumpulan pengguna di Belgium, Test Achat iaitu Jean-Philippe Ducart berkata ‘tidak perlu bersandiwara’. Merujuk kepada kuantiti ditemui, beliau berkata kepada AFP: “tia

Beku PTPTN: Khaled bakal senasib Khir Toyo

Umno telah memukul gendang menandakan bermulanya perang habis-habisan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan anak-anak muda di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebagai tebusan. Menteri Pengajian Tinggi mengarahkan permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu Unisel dibekukan. Timbalan Perdana Menteri pula menyokong  tindakan jahat ini.  Datuk Seri Noh Omar pula memberi kata dua-sama ada PKR mengaku silap isu pendidikan percuma atau pelajar menangung sengsara. Terbaharu, PTPTN membenarkan pelajar Unisel memohon pinjaman pendidikan hanya selepas beberapa hari isu ini mendapat liputan meluas media massa. Keputusan flip flop ini mungkin tidak tahan dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak termasuk parti komponen BN termasuk ahli Umno peringkat akar umbi yang menentangnya kerana menganiaya pelajar Melayu. Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN dan disokong pula Timbalan Perdana Menteri  adalah berniat jahat yang

Akhbar Cina Laporkan 100,000 Hadir Himpunan Hijau

Tulisan Di Gambar Atas : Malam "Hijau Ke Putrajaya" mencapai kemuncaknya apabila 100 ribu orang memenuhi stadium Darul Aman. Gambar kecil menunjukkan para pemimpin PAS mengangkat sumpah setia. Dari kanan, mereka adalah Hadi Awang, Nik Aziz, Azizan, Muhammad Sabu dan Nasaruddin.  -terjemahan Sdra Poh Wee Chem . Tidak ada satu pun akhbar media massa arus perdana berbahasa Melayu atau Inggeris, melaporkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya tetapi akhbar berbahasa Cina melaporkan dengan terang dan jelas, siap dengan foto yang yang dirakam pada malam perhimpunan bersejaran di stadium Darul Aman itu. Selain daripada itu, himpunan tersebut juga bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli PAS tetapi juga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS dari bangsa Cina dan India. Menunjukkan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP kini sudah menerima sokongan padu dari rakyat Malaysia berbilang kaum. Menariknya, tanpa hib

[VIDEO & GAMBAR] Lautan Manusia Di Himpunan Hijau

Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti. Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium. Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor