Beberapa petanda sudah mula kelihatan yang menunjukkan bahang pilihanraya ke 13 semakin hampir. Ramai pemerhati politik meramalkan sekitar awal tahun 2010 (besar kemungkinan antara bulan Mac dengan bulan Jun 2011, mungkin ya mungkin tidak) adalah tarikh yang sesuai diadakan pilihanraya umum ke 13. Antara tanda-tanda mula kelihatan…….? 1) Media Prima Berhad telah melakukan rombakan KUALA LUMPUR, 25 Dis — Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Januari ini di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan awal tahun depan . The Malaysian Insider difahamkan Farid akan membawa bersama lima eksekutif televisyen dengan tugasan beliau dikatakan berhubung kait dengan kempen konsep 1 Malaysia Datuk Seri Najib Razak. “Pinjaman sepenuh masa ini bersifat sementara dan sebaik sahaja selesai tugasan (di Jabatan Perdana Menteri), beliau dijangka akan kembali untuk meneruskan peranan lamanya,