Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Apa lagi alasan lu??Rajagopal dah Marah!!

A pa lagi alasan Indonesia? APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara? Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri. Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang.

Gambar-gambar Sebelum Sepakan AFF Suzuki Bermula

RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu . KAIN rentang larangan membawa masuk peranti laser digantung di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum bermulanya perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara Indonesia menentang Malaysia di Jakarta, malam ini. kompas.com melaporkan jumlah penyokong Malaysia yang mendukung pasukannya langsung di Stadiun Gelora Bung Karno kemungkinan antara ratusan dan ribuan orang . Penyokong Pasukan Indonesia melukis tubuhnya untuk mendukung Indonesia pada pertandingan semi final leg kedua di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta . ANTARA provokasi penyokong bola sepak Indonesia yang turut mengaitkan watak animasi Upin & Ipin ke dalam kancah perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF 2

Anniversarry Mak&Ayah yang ke-23 tahun

Tanggal 29hb Disember 1988, pasangan Fauzi bin Hamid(ayah) dan Zarina binti Mohd Zain(mak) selamat diijabkabulkan. Upacara akad nikah yang diadakan secara sederhana itu dijalankan di rumah pengantin perempuan di Tanah Merah, Kelantan. Untuk sedia maklum, ayah saya berkerja sebagai Pereka Grafik dan Juruteknik untuk syarikat Telekom M'sia yang disertai beliau pada tahun 1981. Dan pada tahun 1988 ayah bersama-sama 10 orang pekerja Telekom dari pelbagai sektor telah dipilih untuk menghadiri kursus Dasar Pandang Ke Timur (dilancarkan Tun Dr. Mahathir) di Tokyo,Jepun. Nak dijadikan cerita pada masa itu (1988) mak saya telah pun mengandungkan kami (zhafran&zhafir) 1bulan dan dengan hati yang berat mak terpaksa lepaskan ayah pergi ke Jepun untuk menghadiri kursus selama 7bulan. Kursus ini wajib kerana kata ayah "setiap kakitangan kerajaan harus belajar sesuatu dari Jepun"-tak pasti sama ada itu jawapan ayah atau saya reka2..haha  Sebelum berangkat ke Tokyo,Jepun(ma

Last Day In KCM...

23hb Disember 2010 merupakan hari terakhir saya berkhidmat di KCM Taman Melawati. Korang mesti nak tau KCM tu apa kan??bagi yang dah tau tak pe tapi yang belum tau KCM tu ialah Kelas Tusyen Cikgu Maryam. Ye..saya bekerja di sana. Pelbagai kenangan pahit manis yang saya dapat sepanjang menabur bakti di sana (yelah tu menabur bakti..hehe). Nama-nama seperti MR.LINGES (tertekan caps lock plak), Izzie , kak Norin dan Mr. Prem adalah nama-nama staff KCM Taman Melawati yang sama-sama berkhidmat sepanjang School Holiday Package(SHP) yang bermula 23hb November 2010-23hb Disember 2010. Pertama sekali saya nak cerita sedikit tentang kerja saya ini. Kerja saya adalah sebagai ADMIN  dan guru sementara sahaja. Guru sementara tapi dalam masa yang sama saya terpaksa mengajar Geografi untuk Tingkatan 1-3. Pada mulanya ingatkan sementara rupa2nya setelah diberitahu oleh MR.LINGES (tertekan caps lock lagi) saya dikehendaki mengajar sampai habis pakej SHP ini. Maknanya saya kena mengajar 1bulan sub

Isu Laser: Penyokong Indonesia Pancarkan Terlebih Dahulu

P iala AFF Suzuki : Bukti Penyokong Indonesia Terlebih Dahulu Memancarkan Laser Kami akui Timnas Indonesia adalah pasukan paling hebat di dalam dunia. Sebab itu kami minta maaf kerana berlaku insiden pancaran laser ketika final pertama malam tadi. Tetapi cuba tonton video di bawah artikel ini yang dirakamkan ketika pertemuan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan 1 Disember lalu. Apa yang melayang-layang di muka penjaga gol Sharbinee Allawee itu? Adakah bukan pancaran laser? Adakah anda ingin katakan penyokong Malaysia yang datang ke Jakarta untuk bermain laser terhadap penjaga gol mereka sendiri? Jadi jika semua ini diambil kira maknanya bukan peserta Malaysia yang memulakan semua ini. Indonesia yang perlu membayar harga mahal terhadap kebijaksanaan penyokong mereka sendiri. Tetapi yang peliknya walaupun kalah 5-1 ketika itu. Pasukan Malaysia tak pernah mengugut untuk menghentikan perlawanan. Malah mereka menganggap itu perkara biasa dan pertahanan Malaysia dimandikan de

Pilihanraya ke 13 Semakin Hampir???

Beberapa petanda sudah mula kelihatan yang menunjukkan bahang  pilihanraya ke 13 semakin hampir. Ramai pemerhati politik meramalkan sekitar awal tahun 2010 (besar kemungkinan antara bulan Mac  dengan bulan Jun 2011, mungkin ya mungkin tidak) adalah tarikh yang sesuai diadakan pilihanraya umum ke 13. Antara tanda-tanda mula kelihatan…….? 1)  Media Prima Berhad  telah melakukan rombakan KUALA LUMPUR, 25 Dis —  Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Januari ini di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan awal tahun depan . The Malaysian Insider difahamkan Farid akan membawa bersama lima eksekutif televisyen dengan tugasan beliau dikatakan berhubung kait dengan kempen konsep 1 Malaysia Datuk Seri Najib Razak. “Pinjaman sepenuh masa ini bersifat sementara dan sebaik sahaja selesai tugasan (di Jabatan Perdana Menteri), beliau dijangka akan kembali untuk meneruskan peranan lamanya,