Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

12 GAMBAR YANG MEMBUATKAN MATA KITA SALAH ANGGAP

sape yang otak dia berfikiran kuning memang susa nak faham gambar2 ni..sebab gambar ni banyak mengelirukan mata korang..jom layan gambar2 kat bawah ni..

[ Terkini ] Kelantan di ramal Juara Piala Malaysia 2013 , ramalan jurulatih di Malaysia ?

Kehangatan Final Piala Malaysia 2013 makin terasa  , pegumuman harga tiket sudah di putuskan , 75,000 tiket telah di putuskan oleh FAM untuk di jual untuk Final Piala Malaysia edisi kali ini.
Namun yang paling hangat adalah ramalan -ramalan jurulatih tempatan , rata -rata antara mereka meramalkan Kelantan akan menjadi juara untuk edisi kali ini .  
Ikuti kata jurulatih tersebut :
B. Sathianathan ( Jurulatih ATM  ) - penentuan juara ibarat bergantung kepada kemahuan Kelantan mahu atau tidak untuk bergelar juara lagi,
Beliau meramalkan perlawanan akhir itu akan berakhir dalam 90 minit masa sebenar yang memihak Kelantan 1-0 atau 2-1.
Tidak mungkin terheret ke masa tambahan biarpun saya puji Pahang yang memiliki Azamuddin Akil, Matias Conti dan R. Gopinathan. Ramai pemain Kelantan yang boleh dikatakan susah nak dikawal tetapi jika Kelantan main lewa atau ambil mudah, keputusannya boleh berubah, katanya.

Ismail Zakaria ( Jurulatiah Sime Darby ) - Kelantan ada pengalaman dan ramai pemainnya kerap…

[ info ] Tweet Syamsul Yusof sokong perlaksanaan Hudud di Brunei , Allhamdulilah !

Pelakon dan pengarah Syamsul Datuk Yusof Haslam melaluai twitter nya menyokong penuh perlaksanaan Hukum Hudud yang telah di laksanakan di Brunei.
Ramai peminat Syamsul teruja dengan tweet tersebut , mereka megharapkan agar Syamsul terus berjaya dalam kerjaya nya dan berjaya di dunia dan di akhirat itu lah rata-rata harapan peminat Syamsul .
Syamsul yang baru-baru ini menghadapi kemurungan akibat filem arahannya KL Gangster 2 telah di sabotaq dan di cetak rompak sebelum tayangan sebenar  filem tersebut .
Filem KL Gangster 2 yang menelan belanja 4.5 juta melibat kan berbagai kos serta di barisi pelakon-pelakon popular seperti Aaron Aziz , Adi Putra dan Zizan Razak.
Namun selepas habis tayangan KL Gangster 2 berjaya juga mencapai kutipan 5 juta walaupun filem itu telah di cetak rompak oleh orang yang tidak bertanggung jawab.
Syabas dan Tahniah kepada Syamsul yang tidak kenal erti putus asa , semoga terus berjaya dalam industri filem Negara .

GAMBAR AKAUN FACEBOOK SUSPEK TEMBAK PEGAWAI BANK - ARDI HAMZA

GAMBAR AKAUN FB SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI BANK - ARDI HAMZA | Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.

Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebooksuspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.

Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.

Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini. Ayuh, sebarkan!







Konflik Syria petanda akhir zaman

Nazmi menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam.1 / 1 KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi…

Daudsu, Subra Sah Sertai JDT Musim Depan

Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam disahkan akan menyertai Johor Darul Takzim (JDT), manakala Mohd Shakir Shaari menyertai Selangor pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Penyerang prolifik Kelantan, Nor Farhan Muhammad yang disebut-sebut akan menyertai JDT membuat pusingan U apabila terus kekal bersama skuad The Red Warriors (TRW). Penyerang itu berbuat demikian selepas mengadakan rundingan dengan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, baru-baru ini. Tak mampu bayar gaji Annuar yang mengesahkan semalam berkata, empat pemain berkenaan memaklumkan hasrat untuk berpindah pada musim depan kerana mendapat tawaran yang lebih tinggi dari pasukan lain. “Saya tak dapat berbincang dengan mereka sebelum ini kerana saya sakit. Namun selepas sihat, saya mengadakan pertemuan dengan mereka dan tidak dinafikan mereka mendapat tawaran tinggi dari pasukan lain. “Kelantan tidak boleh menawarkan gaji terlalu tinggi hanya kerana sayang…

Rumusan Suku Akhir Kelantan vs JDT: Antara Ego, Maruah Dan Drama

BADHRI (tengah) bersama Indra (kanan) menjadi antara arkitek di sebalik kejayaan besar Kelantan membelasah Johor DT di Kota Bharu malam kelmarin. PERTEMBUNGAN suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin menyaksikan The Red Warriors mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila melanyak Harimau Selatan 6-1. Kemenangan besar itu menyaksikan Kelantan mara ke saingan separuh akhir menerusi agregat 8-5 meskipun tumbang 2-4 di tangan Johor DT pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin minggu lalu. Mengimbas semula aksi malam kelmarin, bahang kehangatan pertemuan timbal balik melibatkan kedua-dua pasukan itu rancak diperkatakan di laman-laman sosial mahupun laporan akhbar sebaik sahaja tamat aksi suku akhir pertama tempoh hari. Kehangatan perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan dapat dilihat apabila tiket perlawanan sebanyak 18,000 keping yang dijual, habis dalam tempoh dua jam s…

Sejarah Skim cepat kaya Pak Man Telo (1992)

Pak Man Telo ialah nama gelaran kepada Osman Hamzah, seorang pengendali skim cepat kaya yang paling popular di Malaysia pada era 1980-an. Skim cepat kaya - biasanya beroperasi secara haram - menerima wang deposit daripada orang ramai (pelabur) dengan menjanjikan pulangan dividen yang besar kepada mereka dalam tempoh yang singkat. Pak Man Telo dikatakan menjalankan operasi skim cepat kaya yang dinamakan Skim Pestama Berhad sejak penghujung dekad 1970-an. Skim cepat kaya tersebut juga dikenali dengan nama Skim Pak Man Telo.
Pak Man Telo berasal dari Taiping, Perak. Beliau pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Warta Negara pada 1960-an dan kemudian menjadi wartawan sambilan di Bernama pada 1970-an sebelum menceburi 'bidang' skim cepat kaya. Sejak beroperasi pada hujung 1970-an, Skim Pak Man Telosemakin meningkat popular dan mendapat kepercayaan daripada orang ramai kerana ia dikatakan berjaya mengekalkan pembayaran dividen dengan lancar kepada setiap pelaburnya dalam tempoh bert…