Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Hadi Minta "LIVE", Rais Bagi "RAKAMAN"

R TM tiada masalah siar penjelasan Hadi jika sesuai   KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi. Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya. "Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman. "RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan. Pemi

'Presiden FAM Sila Letak Jawatan!'

  Alfadli Awaluddin BOSAN dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sekian lama tidak berubah, sekumpulan peminat setia bola sepak tempatan tampil mendesak agar rombakan besar-besaran dilakukan badan induk itu termasuk meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah mengundur diri secara terhormat. Bukan mahu bertindak biadap atau menderhaka, namun selepas sekian lama menyaksikan cerita sama ‘disajikan’ skuad negara pada pentas antarabangsa serta saingan liga domestik yang sering berubah format tapi tidak menunjukkan sebarang peningkatan, kumpulan yang rata-ratanya peminat setia bola sepak tempatan itu akhirnya memberanikan diri mendesak FAM melakukan rombakan besar-besaran. Wakil kumpulan yang menggelarkan diri mereka ‘Presiden FAM Sila Letak Jawatan’ (PFSLJ) itu, Alfadli Awaluddin berkata, beliau serta rakan seperjuangan hanya mempunyai satu niat, membela dan berjuang demi kebaikan bola sepak tempatan. “Sejak 28 tahun lalu (sepanjang kepimpinan Preside

Selangor Sambut Ambang Tahun Baru Selama Tiga Hari

SHAH ALAM 27 DIS : Sambutan ambang Tahun Baru di Selangor akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai program menarik ekoran sambutan hangat terhadap acara itu tahun lepas. Ia akan dimulakan dengan Seminar Gen Y pada 29 Disember dan diikuti dengan Karnival Pendidikan Selangor – EduSel Fair daripada 30 hingga 31 Disember bermula tujuh pagi hingga 12 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Karnival tersebut akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti positif antaranya ceramah santai daripada personaliti TV iaitu Ahmad Shukri Yusof dan Mohd Fauzi Mustaffa. Terdapat juga Tahnik bersama ilmuan, forum dan sembang santai bersama artis seperti Shamsul Ghau-Ghau, Kamal Adli, Malek Noor, Abby Abadi, Diana Amir dan Uztaz Azhar Idrus. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata karnival pendidikan itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas. Karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat men

10 Ramalan Nostradamus Paling Popular

Ramalan-ramalan ini sekadar kajian semata-mata. Tidak dibenarkan untuk menjadi panduan hidup yang sebenar. Sebagai seorang muslim, hanya al-Quran dan sunnah panduan yang lengkap dan boleh di percayai. Sekadar peringatan sahaja kepada anda semua tujuan artikel ini ditulis. Selamat membaca! 10. Revolusi Perancis (France Revolution) “From the enslaved populace, songs, Chants and demands While princes and lords are held captive in prisons. These will in the future by headless idiots Be received as divine prayers” Maksudnya: Orang-orang (“the enslaved populace”) bangkit dengan kekuatan. Golongan beraja (aristokrasi) dijatuhkan dan dipancung (“While princes and lords are held captive in prisons”). Dalam versi lain, “the ‘great wall’ falling” dikatakan merujuk kepada rusuhan di Bastille. Keadaan ini berlaku semasa Revolusi Perancis, dimana golongan bangsawan atau beraja dijatuhkan dan republik di tubuhkan apabila rakyat bangkit merusuh. 9. Kebakaran Dahsyat Kota London (The Great

Asal Usul Gambar Agong Di Duit Malaysia

Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agong yang berada di dalam duit Malaysia kan?? dan dari mana asal usul gambar tersebut diambil.. Di sini admin nak kongsikan bersama anda semua asal usul gambar agong yang terdapat pada duit Malaysia.. Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman ) dari Negeri Sembilan. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 – 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dar

TV3 Diserang Kerana Mazidul Biadap

Kerana biadapnya mulut mazidul kerana dengan sengaja dikatakan cuba menjatuhkan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi, TV3 telah diserang oleh kira-kira 300 orang penunggang motosikal berkuasa besar. Walaupun seri pentas dijaga rapi oleh sepasukan 30 orang anggota polis, tetapi  Kumpulan tersebut, terdiri daripada kelab Motor Corner dan ARC Selangor, berjaya menyerahkan memorandu mendesak  program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci. Dan lebih dari itu mereka mendesak mazidul mulut longkang perasan baik memohon maaf secara terbuka kepada mereka. Walaupun TV3 sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan, tetapi bagi mereka kenyataan tersebut tidak lengkap dan masih mengelirukAN,  mereka memberikan memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.  akil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran berkata " Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memor

Kenyataan terbaru PDRM tentang kes pergaduhan di Sungai Petani

HEA IPD KUALA MUDA  PERHATIAN :   PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS  YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS  KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA  MUDA BAGI MEMPERBETULKAN  BERITA PALSU BERKENAAN  KEADAAN HURU HARA DI DAERAH  KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTI MANA DIGEMBAR  GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK  YANG TIDAK  BERTANGGUNGJAWAB .   KEADAAN  KESELAMATAN DAN  KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH  KUALA MUDA ADALAH SELAMAT  DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH  BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN  ANTARA BEBERAPA PEMUDA  MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 19/12/2012 AWAL PAGI .  KESEMUA YANG TERBABIT DI  DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG   TERDIRI DARI MELAYU DAN  INDIA ) , MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL  SEORANG SAHAJA YANG MASIH  DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN  ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG  TERCEDERA . EKORAN INSIDEN  TERSEBUT ,  PIHAK PDRM TELAH  MENGAMBIL TINDAKAN AWAL  DENGAN KAWALAN KESELAMATAN  SEPERTI FRU , LSF , MPV ,

Trending Youtube seluruh dunia dan Malaysia sepanjang 2012

Twitter ,  Facebook ,  Google  dan  Mozilla  masing-masing dah mengeluarkan laporan kemajuan untuk setahun sepanjang 2012. Kini giliran YouTube pula berbuat demikian dengan melancarkan  YouTube Rewind 2012 . Seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka memaparkan pause, rewind dan ingat kembali video, penghibur, dan detik-detik pengguna mereka pada 2012. Muzik Pop dari Korea tahun ni menjadi fenomena terbesar dalam YouTube. Dengan versi cover, parody, dan video muzik "do-it-yourself" daripada semua genre. Video telah ditonton lebih 4 bilion jam video sebulan. Jutaan pencipta menggunakan saluran YouTube untuk bereksperimen dengan bentuk hiburan yang inovatif. Top Trending YouTube Video seluruh dunia: PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V Somebody That I Used to Know - Walk off the Earth (Gotye - Cover) KONY 2012 "Call Me Maybe" by Carly Rae Jepsen - Feat. Justin Bieber, Selena, Ashley Tisdale & MORE! Barack Obama vs Mitt Romney. Epic Rap Battles Of History Season 2.

Debat Najib-Anwar: Mahasiswa Serah Surat Jemputan

Kuala Lumpur - Wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPPUM), Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Fahmi Zainol akan menganjurkan debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan Februari tahun depan.   Beliau telah menyerahkan surat jemputan program debat tersebut kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam program Majlis Perdana Menteri Bersama Pimpinan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi  di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.   Menurut Fahmi Zainol lagi, "Tujuan saya menjemput Perdana Menteri berdebat dengan Ketua Pembangkang adalah disebabkan majlis debat tersebut mampu memberikan pendedahan idealisme yang dibawa setiap pemimpin kepada mahasiswa, selain itu menjadi medan penyatuan antara parti politik yang berbeza idologi politik, dapat membuka minda mahasiswa tentang politik masa depan dan secara tidak langsung membuka dimensi politi baru."

Bertukar.com – Membolehkan Para Penjawat Awam Bertukar Tempat Kerja Satu Sama Lain

Bagi para penjawat awam, mungkin kadang-kala tidak mengemari apabila diberikan pertukaran lokasi ke sesuatu kawasan, dan mungkin anda mencari rakan lain yang boleh bertukar dengan anda secara sukarela. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan adalah  Bertukar . Bertukar.com dibangunkan oleh pembangun bebas, memudahkan seseorang penjawat awam yang ingin membuat pertukaran tempat kerja, menggunakannya dan menemui mereka yang lain yang ingin melakukan perkara sama. Ia membawakan antaramuka yang ringkas dan mudah digunakan, disamping proses pendaftaran yang pantas. Untuk mengiklan pertukaran lokasi pula, seseorang itu hanya perlu memilih kod kerja dan kemudiannya lokasi. Pembangunnya mengatakan yang mana ia dibina sebagai projek sampingan dalam usaha untuk memudahkan penjawat awam mengiklan pertukaran mereka, disamping mencapai kepada lebih ramai penjawat awam. Buat masa ini, ia masih lagi baru dan pada masa yang sama, pembangunnya turut sam

10 Dalil Kenapa Rajagobal Harus Berundur Sebagai Jurulatih Malaysia

1. Selepas menjuarai Piala AFF 2010 tiada sebarang peningkatan yang telah dipamerkan oleh pasukan bimbingannya. Ranking FIFA skuad kebangsaan terus merudum lantaran seringkali tewas dalam aksi persahabatan antarabangsa. Bila di tanya mengenai ranking pasukan negara yang terus merudum, Rajagobal dengan angkuh mengatakan ranking itu tidak penting. Ini satu mentaliti yang seharusnya tidak wujud dalam pemikiran seorang jurulatih kebangsaan. 2. Meletakkan “maruah” skuad kebangsaan ditahap paling bawah dengan tidak serius menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa. Bukan tidak boleh “bereksperimen”, tetapi jangan sampai mudah dibelasah lawan atau dimalukan lawan. Sebagai contoh, sesuatu yang tidak boleh diterima apabila pasukan Malaysia sekadar seri dengan pasukan seperti Bangladesh dalam rangka persiapan sebelum Piala AFF. 3. Tidak memilih barisan pemain terbaik daripada 22 orang pemain yang dipilihnya untuk mewakili Malaysia dalam Piala AFF. Ketika skuad Malaysia tempan

Mahkamah dapati artikel Utusan ‘berniat jahat’, Karpal terima RM50,000

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam. Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal. Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia “berniat jahat”. “Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan,” kata hakim tersebut. Karpal memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau

Malaysia dinobat Juara Dunia kategori RASUAH?

Sumber berita penuh : http://www.hindustantimes.com/world-news/Americas/Malaysia-is-world-champion-in-corruption/Article1-972080.aspx

Cadangan tajuk buku Rosmah meletup di Twitter

Pelancaran buku biografi, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menjadi antara topik paling popular di kalangan pengguna media sosial Twitter sejak semalam. Dengan hashtags "#TajukBukuRosmah" atau "#RosmahBookTitle", masing-masing pengguna cuba memberi cadangan judul buku yang bakal diterbitkan pertengahan Januari depan itu. Beribu cadangan tajuk dikemukakan termasuk ada yang bersifat sinis terhadap isteri Perdana Menteri itu yang boleh dikatakan sering mengundang kontroversi dalam politik Malaysia. Antara cadangan sinikal yang dikemukan seperti dalam imej 'print screen' berikut: Buku biografi Rosmah itu dilancarkan semalam dengan Penasihat Penerbitannya adalah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Buku itu didakwa "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu. Ianya akan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM). 

Thailand Sabotaj Harimau Malaya

Padang macam sawah padi! Itu nada kecewa disuarakan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam. Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan. Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air. Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok. “Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi d

[Gambar] Jet Peribadi Terbesar & Termahal Di Dunia

Tahukah anda jet peribadi terbesar dan termhal di dunia adalah milik seorang ahli perniagaan iaitu Al Waleed Bin Talal. Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi. Dia merupakan CEO yang memegang 95% share di dalam syarikat beliau iaitu Kingdom Holding Company. Pada bulan Mac 2012, Alwaleed telah dinamakan sebagai orang yang ke 16 terkaya di dunia dengan aset yang bernilai US $23.9 billion. Pada tahun 2007, Alwaleed telah memesan sebuah jet peribadi Airbus A380 yang merupakan jet peribadi terbesar dan termahal di dunia mencecah US$500 Juta. Jet peribadi beliau ini dilengkapi dengan garaj untuk dua buah kereta Roll Royces, kandang kuda dan unta dan ruang yang dapat memuatkan 460 orang penumpang. Selain daripada itu, terdapat juga bilik mesyuarat yang dilengkapi skrin holographic dan juga dewan konsert. Jet peribadi ini juga dilengkapi dengan 5 buah suites peribadi yang memuatkan katil

Akhbar Pertama Di Dunia

Akhbar yang pertama di dunia yang pernah diketahui ialah pada zaman kerajaan Rome kuno, iaitu Acta Diurna, kira-kira 59 tahun Sebelum Masihi. Ia dipahat pada besi dan batu dan dipamerkan pada umum. Di China, kerajaan awal yang menghasilkan lembaran berita, bernama tipao, yang diedarkan di kalangan pegawai mahkamah pada akhir dinasti Han (abad kedua dan ketiga Masihi). Antara 713 dan 734, Kaiyuan Za Bao (Buletin Mahkamah) Dinasti Tang, menerbitkan berita kerajaan. Ia adalah tulisan tangan pada sutera dan dibaca oleh pegawai-pegawai kerajaan. Pada tahun 1582, terdapat rujukan yang pertama untuk lembaran berita persendirian yang diterbitkan di Beijing, semasa lewat Dinasti Ming. Tapi akhbar yang popular dikenali sebagai yang pertama dicetak ialah bernama Relation : aller Fürnemmen und gedenckwürdigen Historien, iaitu berbahasa Jerman. Diterbitkan pada tahun 1605 oleh Johan Carolus di Strasbourg, Jerman. Manakala akhbar pertama Jerman moden ialah Avisa, yang diter

Kenapa Rel Kereta Api Banyak Batu Kerikil?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kalau yang perasan mesti ada yang tertanya-tanya kenapa banyak batu kerikil di sepanjang landasan kereta api. Mengapa sengaja diletak dan apakah fungsinya? Meh baca ni 1. Fungsi batu kerikil pada rel kereta api adalah sebagai padatan pemberat. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atasnya pun dapat berjalan dengan baik. 2. Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang berlaku ketika kereta api sedang melalui. Sehingga goncangan yang berlaku ketika kereta api melintas dapat dikurangkan. Dan rel kereta api pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama. 3. Fungsi seterusnya iaitu untuk menahan dan melancarkan aliran air di semasa hujan. Fungsi ini berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api. 4. Dan yang terkini, batu kerikil juga berfungsi untuk