Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Gajet Baru Untuk Pemandu Elak Perangkap AES

Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang.

Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera.

Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai “burglar-proof licence plate” tetapi ia juga mungkin dipanggil “sistem melarikan diri automatik” untuk perangkap kelajuan.
Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang. Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan.
Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond ‘Goldfinger’ dan Thunderball, pada tahun 1960-an.
Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa k…

[Seram] Kisah Disebalik Pembersihan di Kawasan 'Ayah Pin'

Seram sejuk admin baca kisah Hj Lokman ini semasa dia mengadakan satu upacara membersihkan kawasan yang dikatakan bekas ajaran 'Ayah Pin' dijalankan.. Pelbagai perkara-perkara pelik dan seram yang  tejadi hasil gangguan drpd jin yang menapak dikawasan itu.. Mari ikuti Kisah Hj lokman ini dan semoga memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.. 


Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…
Namun, ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, …

ALFATIHAH: Ustaz Azizan Bekas MB Kedah meninggal dunia

1 / 1 SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi.
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.

"Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohNya," katanya.

Menteri mengeluh, pemandu-pemandu tidak beri laluan

Menteri mengeluh, para pemandu tidak memberi laluan – harus menunjukkan hormat kepada pemerintah dengan memberi laluan. Para pemandu seharusnya memberi laluan polis yang mengiring kerabat diraja dan VIP sebagai menunjukkan rasa hormat kepada pemerintah negara, dan ini patut dijadikan sebahagian dari budaya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek ketika sidang akhbar. Bercakap kepada akhbar The Sun Daily, menteri tersebut turut menambah pemandu-pemandu seharusnya memberi laluan kerana orang yang diiringi perlu sampai ke destinasi mereka tepat pada masanya bagi menjalankan tugas-tugas rasmi mereka. “Saya telah menerima beberapa aduan yang para pemerintah kita ingin lalu, pengguna-pengguna jalanraya tidak memberikan jalan. Kita perlu hentikan segera perkara ini, menghormati pemerintah adalah sebahagian budaya kita,” jelas menteri itu lagi. Walaupun sedar, dari segi undang-undang, pengguna jalanraya hanya perlu memberi laluan kepada kenderaan perk…

Selangor Naikkan Hadiah Anak Masuk Universiti Kepada RM3000

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini. 

“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kep…

10 pemain Selangor bakal keluar?

JDT beri tawaran lumayan musim depan

Kuala Lumpur: Tawaran lumayan dari kelab lain antara punca utama Selangor gagal mengekalkan 10 pemainnya musim depan termasuk penyerang berbisa, Amri Yahyah yang dikatakan bakal menerima gaji sekitar RM85,000 sebulan bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Sekurang-kurangnya tiga kelab dilaporkan sudah mula berunding dengan 10 pemain berkenaan sejak awal bulan ini dan pihak pengurusan Selangor tidak berupaya membuat tawaran balas memandangkan gaji yang ditawarkan terlalu tinggi.

“Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masih menunggu jumlah dana yang disediakan untuk pasukan musim depan, tetapi jika berdasarkan bajet tahun ini sudah tentu persatuan tidak mampu untuk mengatasi tawaran kelab-kelab berkenaan.

“FAS juga terpaksa melepaskan Amri kerana gaji yang ditawarkan terlalu tinggi, lagipun ia baik untuk masa depan pemain itu yang sudah lama bersama Selangor. Beberapa pemain juga bakal menyusul jejak Amri tetapi proses rundingan sedang berjalan,” kata sumber ya…

Wanita Berjaya Menangkap Perogol Melalui Facebook

Penggunaan laman sosial Facebook oleh pihak berkuasa untuk mengesan penjenayah siber seperti pedofil bukanlah sesuatu yang asing.

Melina Thomas ketika berusia 13 tahun.
Namun, di Swindon, seorang ibu kepada tiga anak menggunakan aplikasi ini untuk mengesan lelaki yang pernah merogolnya hampir tiga puluh tahun lalu.

Menceritakan detik hitam itu kepada Mail Online, Melina Thomas, 42, dirogol sewaktu berusia 13 tahun pada tahun 1984 oleh Orville Vaughan yang turut dikenali sebagai Bov.

Vaughan yang berusia 20-an pada ketika itu merogol Melina yang sedang dalam perjalanan untuk bertemu teman lelakinya, Simon di sebuah tangga di tempat letak kereta.

Melina Thomas berjaya menangkap perogol dirinya.
Melina yang trauma hanya menceritakan kejadian itu kepada Simon dan tidak mahu memberitahu ibu-bapanya.

Akhirnya, pada tahun 1987 dia berterus-terang kepada ibunya namun tetap menolak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatannya selain ketiadaan bukti.

Bagaimanapu…