Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Kajian: Siswa UM, UKM Lebih Condong Pada Pakatan

Satu tinjauan oleh sekumpulan ahli akademik di kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan  lebih ramai siswa cenderung memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Jumlah berkenaan lebih besar daripada bilangan siswa yang memilih BN, walau majoriti daripadanya menujukkan sikap pengundi atas pagar, menurut kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu. "Kuncinya (adalah) pengundi di atas pagar, kedua-dua parti sama ada BN atau Pakatan, mereka boleh mencari kemenangan (selesa) dengan mencari pengundi atas pagar luar pagar di kampus (ini)," kata Pengerusi YES Datuk Mohd Radzi Abd Latif. Beliau (atas, bersongkok) juga percaya sikap pengundi di kampus di Lembah Kelang itu boleh mempengaruhi pola pengundian pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, golongan berkenaan akan pulang ke kampung dan menyebarkan maklumat dan membincangkan isu politik bersama warga kawasan masing-masing. Kedua-dua kampus berkenaan merupakan ku

Drama ‘Islamik’ Astro Prima, Sahara Hina Islam ?

Betul lah orang kata, akhir zaman memang ramai gunakan nama ‘agama’ atas dasar kepentingan diri sendiri. Begitulah yang berlaku kepada pengarah dan pasukan drama bertemakan islamik, Sahara yang disiarkan di Astro Prima. Drama yang berkonsepkan cinta islamik itu langsung tidak menepati syariah. Bayangkan seorang pelakon, memakai niqab, dan akhirnya boleh berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim. Ia lakonan,tapi ternyata mencemarkan Islam. Sudah tentu mereka akan membusukkan nama islam di kaca mata seorang non muslim, sedia maklum di Malaysia kita dikelilingi pelbagai golongan agama. Hal ini membangkitkan rasa marah dalam kalangan niqabis sendiri. Tentulah, mereka tidak mahu simbol pakaian islamik mereka dicemari kisah tidak enak seperti digambarkan dalam drama Sahara ini. Susah kalau manusia hanya berfikir soal duit, tanpa berfikir akan kesan jangka panjang. Mohon pihak Astro lebih prihatin dan tidak menyiarkan lagi drama ini. – Via  wootmedia Di

[Gambar] Kereta rasmi Obama untuk kempen “Forward” (9 Gambar)

Nice! Gambar penuh selepasi ni. Sumber: mediamalaya.com

Asteroid Mendekati Bumi Pada Februari 2013

Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini. Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini. Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km. Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969. Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’. Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga tidak menyebabkan gunung berapi. Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi aka

Iran dakwa berjaya hantar monyet ke angkasa

Click to Expand & Play TEHRAN : Baru-baru ini pihak Iran mendakwa berjaya menghantar seekor monyet ke angkasa lepas. Ia disifatkan sebagai satu kejayaan besar dalam sektor kajian angkasa lepas Tehran. Berdasarkan laporan, monyet berkenaan dihantar ke angkasa dengan menggunakan roket Pishgam yang membawa maksud perintis. Tehran juga mendakwa roket yang bergerak sejauh 120 kilometer dari bumi itu berjaya membawa balik monyet tersebut dengan selamat. Bagaimanapun laporan berkenaan tidak mendedahkan masa dan di mana roket berkenaan dilancarkan. Pada 2010, Iran turut mendakwa, berjaya melancarkan roket meneroka angkasa yang membawa semut, penyu dan cacing. Perkembangan itu menggamit semula memori pada awal penerokaan industri angkasa pada 1950-an. Pada era tersebut, Amerika Syarikat dan Soviet Union melakukan banyak ujian pelancaran roket. Amerika dilapor sering menggunakan monyet manakala Soviet Union menggunakan anjing sebagai bahan uji kaji.

Piya tiada di hati Rajagobal

Rajagobal (kiri) mengendali latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum berlepas ke Dubai, hari ini. Kelana Jaya: Nama kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila jurulatih Datuk K Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain, semalam meskipun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan.   Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Dubai, UAE, pagi ini untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari depan.  Rajagobal tidak dapat membawa 11 pemain iaitu Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, S Kunanlan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, K Gurusamy, Bunyamin Umar, Zubir Azmi, Fitri Omar dan Shahrizal Saad kerana semuanya cedera.   Namun, situasi berkenaan masih belum ‘membuka hati’ pengendali berusia 57 tahun itu untuk sekurang-kurangnya memanggil Badhri untu

Pandangan Mahasiswa UUM saksi kejadian Forum "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?"

Oleh : Mahasiswa UUM Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya. Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi; [SEBELUM PROGRAM] Seminggu sebelum forum ini berlangsung, saya sudah mendaftarkan diri sebagai peserta sewaktu borang pendaftaran diagihkan di dalam kelas. Kenapa saya begitu cepat untuk mendaftarkan diri? Adakah saya ini peminat Puan Sharifah? Harus untuk kamu semua tahu, bahawasanya sewaktu publisiti program itu digembar-gemburkan beberapa perkara menarik minat diri ini untuk turut serta; [1] TAJUK Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir

Bolasepak, Annuar, Komando & Anak Raja Johor

Oleh: MSO Dunia  bola sepak negara ini bukan saja kontroversi dengan pertukaran pemain dari satu pasukan ke satu pasaukan menerusan perdagangan pemain, tetapi ia juga menjadi kontroversi dengan elemen-elemen lain yang setengah tidak ada kena mengena langsung dengan dunia bola sepak. Komando yang dikatakan ternampak di stadium . Misalnya perpindahan pemainan bernama Mat Yo dari Kelantan ke Johor menimbulkan sedikit kegawatan, iaini perasaan marah penyokong Kelantan. Mereka tidak boleh menerima perpindahan Mat Yo itu kerana dengan ketiadaan penyerang itu mereka merasakan Kelantan tidak akan menyengat  lagi. Nama Mat Yo itu sendiri sudah sebati dengan budaya orang Kelantan dalam memanggil nama seseorang yang disukainya dengan sebutan pendek dan ringas. "Mat Yo", adalah nama manja dan kesayangan. Jadi bila Mat Yo ini dibeli oleh Johor dan Mat Yo pula setuju timbullah kemarahan. Penyokong Kelantan tidak bersikap profesional dalam hal ini dan mereka tidak ta

SPRM siasat pengadil perlawanan Kelantan-Johor Darul Takzim

TIUPAN wisel penamat oleh pengadil perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) yang menimbulkan kontroversi, malam kelmarin, rupa-rupanya tidak berakhir setakat itu saja kerana beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan. Sumber berkata, pegawai SPRM dilihat memasuki bilik persalinan pengadil di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu selepas perlawanan berakhir 10 minit dan mengambil keterangan pengadil, Suhaimi Mat Hassan. “Ia prosedur biasa bagi SPRM untuk menjalankan siasatan jika ada unsur dan kecenderungan menjual perlawanan,” katanya. Pada perlawanan itu, Suhaimi dikatakan menamatkan perlawanan lebih awal walaupun ada lagi beberapa minit masa kecederaan. – Harian Metro

Blogger Pisau.Net Akhirnya Tersungkur Kerana Memfitnah!

I su tanah Kelantan: Blogger pisau.net akui fakta silap IPOH – Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog, pisau.net yang memaparkan artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat. Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini. Artikel bertajuk ‘Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan’ itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran. Mengulas perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak benar dan

[FAKTA] Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas. Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir. “Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru. “Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini. DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada o

Tragedi 'Listen' Bukti Kerajaan Kongkong Mahasiswa

Kuala Lumpur - Tragedi ‘listen’ ke atas KS Bawani antara bukti kerajaan menyekat mahasiswa memberi pandangan dan ini sangat malang terhadap sistem pendidikan negara, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Agus Yusof.   Beliau berkata, mahasiswa perlu diberi peluang suarakan pendapat, bukan diaibkan sepertimana tindakan panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar tahun dua jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.   Jelas Agus, walaupun tidak setuju dengan pandangan Bawani, Sharifah tidak berhak menyekat dan mengaibkan pelajar itu depan khalayak.   “Cara tegur tak betul. Jika beliau (Sharifah) selaku moderator atau panel sekalipun tidak boleh mengaibkan orang, itu prinsipnya. Kalau tidak setuju, beliau kena bertindak matang.   “Malang sekali perkara itu boleh berlaku di universiti negara kita,” katanya kepada Keadilan Daily. Pensyarah Sains Politik itu berkata, tragedi tersebut cerminan kerajaan unt

Sharifah Zohra bukan lagi ahli KIMMA kata Presiden KIMMA

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal. Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar." "Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama. "Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala

Bawani - Cetus Fenomena Baru di Facebook

KUALA LUMPUR: Rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke Youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa untuk memberi pandangan. Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas memamparkan seorang ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar KS Bawani dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma. Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri dihadapan pelajar itu. Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap. Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suaran Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA dan semua tahu KIMMA adalah komponen baru dalam BN. Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan M