Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Syura juara MasterChef Selebriti Malaysia 2

PENYANYI , Syura sah juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke-2. Syura menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan 'Sajian Sehangat Bintang' ciptaannya berjaya memikat hati juri. Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS. Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut. Kemenangan itu diakui tidak dijangka Syura kerana dirinya bukan peserta pilihan dan tidak yakin dengan gelaran juara itu. Syura menyumbang RM 60,500 kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan. Sementara Celina menyumbang RM 10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).

Komen Bangang Menteri Indon Mengenai Jerebu

JAKARTA – Seorang Menteri Kanan Indonesia mengecam Singapura berkaitan isu jerebu dengan berkata: “Singapura tidak seharusnya bersikap seperti kanak-kanak…” Menteri Penyelaras Kebajikan Rakyat, Agung Laksono yang bertanggungjawab menyelaras bantuan negara itu dan usaha tindak balas, pada sidang akhbar pada hari Khamis berkata: “rakyat Indonesia juga perlu dijaga, ratusan mereka.” “Ia bukan apa yang Indonesia mahu, ia adalah masalah alam semula jadi,” katanya. Terdahulu, beliau memberitahu pemberita bahawa Singapura tidak berkata apa-apa apabila terdapat udara segar, tetapi mengadu tentang jerebu yang berlaku sekali-sekala. Agung juga menyangkal kritikan bahawa Indonesia masih belum mengesahkan perjanjian Asean mengenai pencemaran jerebu merentasi sempadan. “Singapura adalah seperti itu. Isu sempadan belum diselesaikan, begitu juga ekstradisi, rasuah.” Ditanya mengenai tawaran bantuan, beliau berkata: “Jika ia hanya setengah juta (dolar), lebih baik kami menggunakan bajet kami sendir

Pentadbir Jiwang.Org ditangkap

Jiwang,org antara forum terkemuka di malaysia , forum yang mula bergiat dari tahun 1998 yang menyediakan tempat perkongsian kepada para pelayar  . Jika diimbas kembali pada 16 jun 2011 RIM yang diketuai Norman Abdul Halim (Norman KRU) telah mengeluarkan kenyataan meminta agar kerajaan menutup laman Jiwang.Org atas alasan laman web tersebut menjadi tempat perkongsian fail terbesar di Malaysia  Mengikut laporan  MPA  pada 13 Jun 2013 pentadbir Jiwang.Org telah menerima nasib yang sama seperti pentadbir Syok.Org . Semasa ditangkap suspek berada di Kota Bharu , Kelantan yang berumur dalam lingkungan 35 tahun

AWAS!!! Virus Zeus Sedang Menyerang Akaun Facebook Seluruh Dunia..

Menurut informasi berita terbaru. Virus Zeus kini sedang menyerang akaun-akaun facebook di seluruh dunia dalam beberapa hari ini.  Virus ini sedang diberi perhatian kerana keboleh upayaannya untuk  membuat pindah milik wang anda di dalam akaun bank terutamanya yang mempunyai perbankan internet dan tahap keselamatannya kurang. Kalau anda perasan, beberapa hari ini anda ada/akan mendapat mesej dari kawan anda yang menghantar link donwload dari pelayar 'mediafire.com'.  Sebenarnya bukan mereka yang berbuat demikian, tetapi mungkin antara virus tersebut. Untuk keselamatan. 1 - Kemaskini setting security akaun anda. 2 - Jangan klik pada pautan/link yang tidak dikenali walaupun sifat ingin tahu anda tinggi. 3 - Jangan biarkan akaun internet banking anda sedang login semasa melayari facebook. Minimumkan keadaan ini jika tidak dapat elakkan. Penjenayah sekarang licik menjadikan Facebook sebagai lubuk duit haram. Walaupun sebenarnya banyak cara halal untuk jana duit di Facebook.

Ekslusif!! - 8 Pulau Buatan Manusia Yang Menakbjubkan

Tokyo Bay Aqua-Line adalah antara salah satu jalan yang cepat menghubungkan Kawasaki,Kanagawa,Kisarazu dan Chiba.Ianya adalah lebuhraya yang dibuat di bawah laut beserta jambatan diatasnya.Aqua Tunnel ini sepanjang 9.6km bermula dari Kawasaki.  Jika anda tidak mampu untuk membeli syurga pulau sendiri tropika anda, mengapa tidak membina sendiri? Itu adalah apa yang Richie Sowa lakukan pada tahun 1998, dengan menggunakan lebih daripada satu perempat juta botol plastik Selepas pulau Spiralnya dimusnahkan oleh ribut taufan. Mexcaltitán adalah pulau buatan manusia yang terletak luar pantai Nayarit,Mexico. Pulau ini kini sedang dipromosikan sebagai tarikan pelancong dan pulau ini sedang dihias oleh "Pueblo Magico" yang dilantik oleh kerajaan persekutuan Ia boleh diakses dengan bot dari La Batanza, yang merupakan kawasan dok yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Santiago, Ixcuintla. Projek The World Islands adalah satu kumpulan kira-kira 300 buatan

Iklan Di Televisyen / Surat Khabar / Poster Menipu ? Tak Seperti Apa Yang Kita Beli ?

Pengiklanan Memberitahu Digunakan secara intensif bagi keluaran baru yang ingin diperkenalkan, tujuannya adalah untuk memberitahu pengguna berkenaan kewujudan sesuatu produk dan cuba untuk membina permintaan utama. Contohnya iklan susu kanak-kanak yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh kanak-kanak.  Pengiklanan Memujuk  Digunakan secara meluas apabila persaingan antara jenama meningkat. Di sini, objektif pengiklanan adalah untuk memujuk pengguna memilih jenamanya berbanding pesaing lain dengan mempamerkan kelebihan dan keberkesanan produk atau perkhidmatan yang di tawar  Pengiklanan Perbandingan  Merupakan pengiklanan yang membandingkan jenama keluaran syarikat dengan jenama lain sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, contohnya perbandingan di antara sabun Breeze dengan cap X.  Pengiklanan Peringatan  Penting untuk keluaran yang telah mencapai tahap matang. Ia bertujuan untuk mengekalkan ingatan pengguna terh

Berjuang Hingga Keringat Terakhir- Piya

NADANYA penuh semangat dan iltizam untuk membenam impian Harimau Selatan. Itulah ikrar kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi untuk menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 29 Jun ini sebagai medan merencatkan harapan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bergelar juara Piala FA musim ini. Selaku penyandang juara piala FA itu, Badhri yang dikenali sebagai Piya turut menegaskan bahawa peluang melangkah ke-90 minit babak akhir itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukannya bagi memastikan impian Kelantan mempertahankan kejuaraan piala berprestij itu tercapai. “Pertembungan menentang JDT merupakan aksi yang dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak Malaysia dan saya percaya, aksi final ini lain daripada yang lain berbanding dengan edisi lalu. “JDT merupakan salah sebuah pasukan cukup kuat. Mereka memiliki ramai bintang seperti Safiq Rahim, Safee Sali, Mat Yo dan Awe serta beberapa lagi pemain lain. “Saya fikir Mat Yo dan Awe memberikan ancaman cukup besar kepada

Seniman S. Shamsuddin meninggal dunia

Antara babak lakonan S. Shamsuddin SHAH ALAM - Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura. Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin. Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus