Skip to main content

Tentang Kami

Blog ini dimiliki dan dikendalikan oleh seorang admin sejak ditubuhkan tahun 2011 di mana nama asal blog ini adalah blog Haluan Kiri. Tujuan asal blog ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi pandangan, idea dan laporan dari media dan sumber berita yang boleh dipercayai bagi menyampaikan dengan tepat dan cepat kepada pembaca khasnya mahasiswa. 

Berkenaan mahasiswa adalah kerana penulis/admin sendiri adalah penuntut UITM main campus Shah Alam sekitar 2008-2013 (pada waktu blog ini ditubuhkan). Semua orang tahu peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UITM serta Naib Canselor yang hanya tahu mencucuk mahasiswa-mahasiswa dengan menerapkan elemen-elemen kepartian yang berat sebelah (pro kerajaan) seperti contoh program BIRO TATANEGARA yang sampai ke hari ini tidak ada satu pun faedah dari program tersebut. Belum lagi jika kita ungkit cerita hal pilihanraya kampus UITM seperti yang saya utarakan di dalam blog saya suatu ketika dulu di sini.

Tahun 2011 hingga tahun 2013 adalah merupakan titik penting bagi permulaan karier sebagai penulis sambilan dan tidak dinafikan pada tahun tersebut blog ini wujud atas dasar memfokuskan peranan media digital (blog&fb) di dalam talian dalam mempengaruhi landskap politik tanah air. 

Pasca pilihanraya 2012 membuktikan peranan blogger dalam menyebarkan dan menghebahkan berita-berita benar dari sumber yang sahih yang tidak muncul (mustahil) dalam televisyen. Media massa yang berat sebelah terutama di akhbar dan televisyen telah menguatkan lagi semangat para blogger untuk membantu dalam menyebarkan serta melawan beserta fakta. Pandangan dari tokoh negara juga diambil memandangkan sumbangan idea yang relevan untuk kebaikan negara.

Atas faktor kekangan masa dan kekurangan penulis sambilan menyebabkan blog ini ditutup sementara pada sekitar penghujung tahun 2013. Selepas 4 tahun (2013-2017) menyepi dari dunia blog, akhirnya blog ini kembali beroperasi secara berperingkat. Content yang banyak manfaat dan fakta yang boleh dirujuk kembali menyebabkan penulis membuka semula blog ini. 

Dan mengikut kesesuaian semasa nama blog dan domain blog telah pun ditukar ke nama blog yang baru iaitu blog tehtarikkopimanis.blogspot. Seiring dengan peredaran masa dan perubahan landskap politik negara yang semakin menarik blog ini kembali diberi nafas baru. Akan tetapi kemungkinan besar blog ini mungkin tidak memfokuskan kepada politik semata-mata akan tetapi lebih memfokuskan kepada sejarah islam dan tamadun dunia amnya.

Akhir kata, admin mengalu-alukan sebarang pertanyaan, aduan, maklum balas serta cadangan dan idea-idea yang menarik dari semua pembaca. Sebarang maklum balas dan cadangan boleh di hantar ke email admin di haluankiri86@gmail.com.

Untuk sebarang urusan berkaitan dengan pengiklanan, anda boleh hubungi admin di email haluankiri86@gmail.com. Pengiklanan terendah adalah RM 10 sahaja. Admin juga sedang mencari penulis sambilan bagi tujuan menguruskan blog ini . Jika ada yang berminat untuk sertai tehtarikkopimanis.blogspot sila kemukakan permohonan anda ke email admin.



Editor HaluanKiri@TehTarikKopiManis

6hb Jun 2017




Comments