Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Isu WWW1: Nizar Menang! Utusan Diperintah Bayar Gantirugi

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu. Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut. Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya. "Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi. Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu. Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapa

Samsung bayar Apple $ 1 Bilion dengan Menghantar 30 Lori Penuh 5 Cents syiling

Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California.  Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini. Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik. Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung

KAMI ajak mahasiswa turun Janji Demokrasi

KUALA LUMPUR:  Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) menggesa dan mengajak anak muda khususnya mahasiswa untuk turun bersama dengan sasterawan rakyat Datuk A. Samad Said pada program Janji Demokrasi, 30 Ogos ini di Dataran Merdeka.  Timbalan Presiden Kami, Khalid Mohd Ismath berkata, Kami merupakan salah sebuah anggota jawatankuasa dari pihak mahasiswa dalam gabungan Janji ingin mengajak mahasiswa dalam memainkan peranan bagi menunjukkan kepada kerajaan peri penting tuntutan rakyat dari golongan muda.  “Kami telah mula mengedarkan  handbill  mempromosikan Janji Demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan.  Oleh itu, kata beliau Kami berharap pihak yang berkuasa tidak mengambil langkah kurang bijak pada malam tersebut memandangkan malam itu akan dihadiri bukan sahaja golongan biasa, tetapi golongan terpelajar seperti mahasiswa dan pensyarah.

Haron Din: 'Tun Mahathir harus bertaubat'

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap. Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan. “Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan. “Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutam

Utusan mohon maaf pada Karpal Singh

Seorang wartawan Utusan Melayu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat. Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'. Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara. Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PA

Terlebih Makan Udang, Punca Penjaga Gol Terengganu Pengsan Semasa Perlawanan

Kuala Terengganu: Tersalah makan punca penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee pengsan ketika perlawanan kedua Kumpulan B Piala Malaysia menentang Tentera di Stadium Selayang malam kelmarin. Pada perlawanan yang menyaksikan Tentera menang 2-1 hasil jaringan pemain import, Marlon Alex James itu, Sharbinee tiba-tiba meluru keluar dari kawasannya di pertengahan babak kedua dan rebah. Dia kemudian digantikan dengan Muhd Saifuddin pada minit ke-64. Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, berkata Sharbinee tiba-tiba pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan. “Dia pengsan kerana mengalami keracunan makanan selepas makan udang berlebihan sebelum permainan,” katanya. “Ini disahkan sendiri oleh pegawai perubatan. Selepas diberi rawatan dia pulih sepenuhnya dan akan diturunkan dalam kesebelasan utama apabila bertandang ke Kedah Selasa ini (esok).” Che Mat menafikan sekeras-kerasnya insiden yang menimpa Sharbinee berpunca daripada perbuatan khianat. Pada pe

Daging Kucing Dimasak Kari Enak Dimakan

Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari,” kata Jimmy, pemuda berasal dari Myanmar. Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya. Gambar:   Jimmy,pemuda berasal dari Myanmar. Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing. Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang. “Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu. Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menj

Neil Armstrong Meninggal Dunia

WASHINGTON – Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini. Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya. Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. – AFP

‘Gangnam Style’ Cetus Fenomena

Fenomena irama Korea kembali menghangatkan aliran muzik tempatan sejak pertengahan July lalu apabila lagu nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho) berjudul Gangnam Style mendapat sambutan hangat terutamanya dari peminat genre k-pop. Mendapat hampir 50 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, lagu yang dibawakan oleh Psy itu bukan saja mendapat perhatian masyarakat biasa, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik. Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya. Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul manakala perkataan Style diwujudkan bagi menceritakan karekter penduduk di Gangnam. Menurut pem

Samsung diperintah bayar Apple RM3.15 bilion

Produk Apple iPad dan Galaxy Tab keluaran Samsung. - Foto ihsan Business Week LOS ANGELES - Mahkamah Amerika Syarikat (AS) memutuskan Samsung perlu membayar syarikat gergasi telekomunikasi Apple pampasan berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.15 bilion) dalam kes saman harta intelektual. Mahkamah mendapati beberapa produk keluaran Samsung telah melanggar aspek paten reka bentuk dan perisian iPhone Apple. Bagaimanapun juri California memutuskan Samsung tidak perlu diberi sebarang pampasan dalam tuntutan balasnya bahawa Apple juga telah melanggar beberapa aspek paten. "Ini kemenangan besar bagi Apple," kata profesor undang-undang Stanford, Mark Lemley yang dipetik CNN. Susulan keputusan itu, nilai saham Apple meningkat kepada AS$12 sesaham. Samsung pula menyifatkan keputusan itu satu kerugian besar kepada pengguna Amerika Syarikat (AS). "Ia akan membawa kepada pilihan yang terbatas, inovasi (akan) merosot," kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Ia menambah, adalah sesuat

Heret ibu ke kancah politik, Umi Hafilda bukan adik saya lagi – Azwan Ali

Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga. Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998. “Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,”  katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak. Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengikut catatan bertarikh 18

Cara Bangladesh Balik Raya

 Cara Bangladesh Balik Raya  fuh.. meriah habis.. Sumber: xlupa.com

AZWAN KESAL IBUNYA DIPERALAT LAGI

Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri. “Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam. Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja. Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN. “Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu. Namun, beliau bersyukur kera

10 Kereta Terpantas Di Dunia Pada Tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera, mungkin para peminat jentera laju sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu tahun hadapan untuk mengetahui antara kereta terpantas di dunia bagi tahun 2013. Oleh itu, satu senarai kereta terpantas pada tahun 2013 sudah dikeluarkan oleh laman TotalCarScore.com Senarai ini disediakan oleh Karl Brauer, CEO dan ketua editor laman maya tersebut. Senarai ini tidak memasukkan syarikat pembuat kereta yang mempunyai kurang daripada 20 cawangan di seluruh dunia atau menjual kurang daripada 20 model per tahun di seluruh dunia. Berikut adalah senarai kereta terpantas pada tahun 2013. Jom lihat gambar di bawah ini.

‘Tahniah’ dan terima kasih untuk Pengerusi MCA Selangor

oleh: Cenangau Malaysiakini melaporkan: Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam. “MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam,” kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim. “Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor,” kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini –  Mkini . Ucapan ‘tahniah’ kepada Pengerusi MCA Selangor yang berani berterus terang macam tu. Pemimpin komponen BN yang lain macam MIC dan Gerakan tak teringin ka nak buat ucapan berterus terang macam tu. Agak-agak dengan ‘bukti’ terbaru ni adakah Mufti Pahang akan keluarkan ‘Qaul Jadid’. Sebelum Mufti Pahang ada keluarkan ‘fatwa’ menyokong kenyataan Ustaz Abdullah Sama’

Kabel Data ASE Mula Beroperasi – Menghubungkan Jepun Ke Malaysia

Seperti mana yang dinantikan, kini kabel data baru telah pun  dibuka  di Asia, menghubungkan Jepun, Malaysia, Singapura dan juga Filipina melalui kabel yang dinamakan Asia Submarine-Cable Express (ASE) sepanjang lebih 7,800 kilometer. Melalui kabel data baru ini, ia membawakan sokongan sistem fiber optik pada kelajuan 40 gigabit sesaat, dan dikatakan sebanyak lebih tiga milisaat pantas berbanding kabel data lain sebelum ini. Pada masa yang sama juga, dalam usaha untuk mengelakkan bencana, terutamanya gempa bumi dan sebagainya, kabel baru ini mengambil laluan mengikut Filipina, mengantikan kabel yang mengikut Taiwan sebelum ini. Kabel ASE yang baru ini juga dijangka akan diperluaskan ke Hong Kong pada awal tahun hadapan.

Tragedi Balik Kampung: Keretapi Tergelincir, Penumpang Terpelanting Banyak Kali

TERBALIK... dua gerabak tergelincir di Kampung Sungai Yu, dekat Gua Musang. Gua Musang: “Kami tidak ingat perkara lain kecuali mati selepas terpelanting beberapa kali dalam gerabak yang terbalik,” kata Nor Hazliza Mohd Noor, 22, seorang daripada hampir 100 penumpang yang terperangkap dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang terbalik, awal pagi semalam. Kejadian jam 6.45 pagi itu berlaku di Kampung Sungai Yu antara Stesen Kuala Lipis dengan Gua Musang ketika Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat dalam perjalanan membawa hampir 1,000 penumpang menaiki 14 gerabak untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung. Dipercayai dua gerabak penumpang kelas satu dan gerabak tempat tidur yang dinaiki hampir 100 penumpang terletak di bahagian belakang terputus dari sambungan gerabak depan, menyebabkannya tergelincir sebelum terbalik di tepi bukit. Seramai 11 penumpang cedera, lapan lagi parah, termasuk seorang luka di muka manakala dua lagi patah tangan dan patah pinggang, dan dikejarkan ke

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Haluan Kiri

Kepada semua penjenguk blog ini saya selaku admin blog ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri setelah selesai mengerjakan ibadah puasa Ramadhan selama sebulan. Ini adalah hari kemenangan kita dan selayaknya kita bergembira dan menyambut hari kemenangan di 1 Syawal dengan mengikut syariat Islam bukan mengikut kehendak hawa nafsu kita. Semoga puasa kita semua umat Islam diterima Allah SWT dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripadaNYA. Disamping kita bergembira jangan lupa tunaikan kewajipan zakat fitrah dan ingatlah betapa ramai umat Islam di seluruh dunia yang menyambut hariraya dalam keadaan sengsara dan hadapi peperangan. p/s: Admin juga ingin tawarkan kepada semua pengunjung setia blog ini yang berminat untuk menjadi penulis kedua/admin2 blog ini. Tiada bayaran atau elaun bulanan akan diberikan. Cukuplah sekadar membantu admin bagi meng'update' isu-isu semasa dan berita-berita menarik untuk dikongsi kepada pembaca. Jikalau bermin

Bantu Polis kesan suspek bakar gadis!

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang di bakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam. Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR Umur : 18 Tahun Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian  03- 21460522  samb.  597  atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui H otline Polis KL (Rakan Cop)  di talian  03-21159999  atau  SMS POLISKL  ke  32728.

DISNEY DISAMAN TIDAK BENAR PAKAI TUDUNG

Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja.Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney’s Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan. Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja. Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney. Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan ‘penampilan’ pekerja mereka semasa bertugas. Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi. B

Tuduh Anwar Ibrahim Freemason, Ibrahim Ali kantoi

" BAPA segala katak pisang, si Ibrahim Ali tampil dengan dokumen bukti kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi dunia, Freemason. Ibrahim Ali kononnya nak bawa isu paling menggemparkan beserta bukti kukuh kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi Freemason.   Tapi nampaknya beliau tidak menyiasat maklumat yang diperolehinya. Isu ini adalah isu lapuk yang ditimbulkan oleh blogger Umno tahun 2008, dan telah memberikan malu besar kepada blogger tersebut. Laman sesawang yang dirujuk oleh Ibrahim Ali itu sendiri sebenarnya telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim yang dimaksudkan bukanlah Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang parlimen Malaysia. Di bawah ini Anwar Ibrahim (lelaki paling kanan dalam gambar) yang dimaksudkan, seorang lelaki Arab berperut buncit gemuk pendek seperti Ibrahim Ali. ReJaM© " Isu sampah yang dikitar semula...  " source:  MiLo SuaM "  

Menarik! Hotel Di Dalam Laut

Hotel Discus & Resort yang terletak di Dubai telah mengeluarkan konsep terbaru hotel mereka iaitu hotel didalam laut. Memang terbaik! Jika menjadi kenyataan, hotel ini akan dibina seperti pelantar minyak. Struktur diatas air akan mengandungi kawasan umum seperti lobi, restoran, gimnasium, dan tapak pendaratan helikopter. Manakala struktur didalam air pula akan mempunyai 21 bilik suite, bar dan pusat menyelam. Memang terbaik kan.. Moga ia menjadi kenyataan.. ^_^