Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013: Kelantan Bolot 5 Anugerah, Piya Diumum Pemain Paling Bernilai!

Sekarang sudah terjawab apakah keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 , Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali dengan nama PIYA telah di Anugerahkan Pemain Paling Bernilai (MVP) 2013.
Berikut adalah senarai kategori pemenang:
Persatuan Bolasepak Negeri Terbaik: Terengganu FA

Kelab Bolasepak Terbaik : Sime Darby FC

Kelab Penyokong Terbaik : Kelantan

Pengadil Terbaik : Nagor Amir Mohamad 

Penolong Pengadil Terbaik : Sabri Md Daud 

Anugerah Fairplay : PDRM

Anugerah Khas : Datuk Paul Mony, Datuk Dell Akhbar, Datuk Seri Azzuddin Ahmad, Datuk Ibrahim Saad

Pemain Harapan Terbaik : Junior Eldstal (Sarawak)

Pemain Asing Terbaik : Marlon Alex James (ATM)

Jurulatih Terbaik : Dollah Salleh (Pahang)

Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) 

Pertahanan Terbaik : Baihakki Khaizan (Lions XII)

Pemain Tengah Terbaik : Badhri Radzi (Kelantan) 

Penyerang Terbaik : Norfarhan Muhammad (Kelantan)



Pemain Paling Bernilai (MVP) 2013: BADHRI RADZI (Kelantan)


Tahniah kepada semua pemenang , semoga dengan penga…

3 Serangkai TRW Bakal Menyengat

GANDINGAN tiga pemain import, Mohamed Ghaddar, Mohamed Shawky dan Francis Forkey Doe bukan saja bakal menguatkan pasukan The Red Warriors (TRW) musim depan, malah mampu membantu pasukan itu mengekalkan reputasi sebagai pasukan bola sepak terbaik negara. Bekas jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengibaratkan kehadiran tiga pemain import itu sebagai bonus kepada TRW. Karathu berkata, dengan gandingan tiga pemain itu juga tidak mustahil Gergasi Pantai Timur itu mampu bangkit sebagai sebuah pasukan yang kuat dan mantap. “Sebenarnya saya masih belum lihat senarai penuh pemain Kelantan musim depan, tapi kalau dari segi penyerang saya lihat satu gandingan yang bagus. Malah gandingan dua pemain Arab dengan Liberia, saya yakin satu bahagian yang akan menyengat. “Begitu pun, harus diingat dalam pasukan kita tidak boleh bergantung kepada bahagian serangan semata-mata, bahagian pertahanan dan tengah juga perlu untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. “Tapi saya yakin pemain muka baharu mampu…

Kalau ada rizab RM2.7 bilion, apa salahnya naik gaji

Oleh : Shahbudin Husin Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini hangat diperkatakan. Ramai yang menyifatkan kenaikan yang diusulkan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan diluluskan oleh DUN Selangor itu terlalu tinggi terutama bagi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker yang hanya bertugas mempengerusikan sidang Dewan Undangan Negeri beberapa kali saja dalam setahun. Struktur gaji baru itu ialah Menteri Besar daripada RM14,175 kepada RM29,250, anggota Exco daripada RM6,109 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250. Selain Anwar Ibrahim selaku Penasihat kerajaan negeri Selangor yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi manakala Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor turut membantah dan meminta ia ditangguhkan, beberapa pihak lain turut membantah. Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menyindir bahawa kenaikan dengan mengatakan, gaji sebanyak itu, orang pe…

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Blogger Papagomo

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo. 

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah. 

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian.

Senarai Pemain Kelantan 2014

Kredit : Aziz Abdullah GK:
Khairul Fahmi Che Mat
Shahrizan Ismail
Syazwan Yusoff
DF:
Aziz Ismail
Faiz Suhaimi ( Baru )
Tuan Faim ( Baru )
Faizul Nazlin Sayuti ( Baru )
Nik Shahrul Azim
Zairul Fitree Ishak
Farisham ismail
Nazri Ahmad ( Baru )
Obinna Nwaneri
MF:
Badhri Radzi
Mohamad Shawky ( Baru )
Amar Rohidan ( Baru )
Brendan Gan ( Baru )
Khairul Izuan Rosli
Tengku Hasbullah ( Baru )
Zaharul Nizam ( Baru )
ST:
Ghaddar ( Baru )
Forkey Doe ( Baru )
Fakri Saarani
Shakir Ali ( Baru )
Famirul Asyraf Sayuti ( Baru )

(Gambar) Mekanik Pesawat Boeing Hancur Disedut Dalam Enjin!

Memang Ngeri!!! Untuk cabaran seorang mekanik pesawat atau kapal terbang.Kejadian ngeri ini berlaku di Lapangan terbang antarabangsa Texas.Pesawat jenis Airlines Flight 1515 dalam proses penerbangan menuju ke lapangan terbang Bush Intercontinental di Houstonwhen..
Menurut info, proses menyenggarakan enjin sebelah kanan sedang dijalankan.Dalam masa yang seorang mekanik telah disedut dalam enjin tersebut.Selepas siasat,menunjukkan mangsa yang disedut dalam enjin tersebut ialah seorang mekanik yang bekerja sebagai pembekal syarikat penerbangan tersebut









Sumber

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.“Akibatnya,mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.…

Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia ( 6 Foto )

Jambatan gantung tertinggi di dunia baru saja dirasmikan di selatan Cina, Provinsi Hunan. Jambatan gantung Aizhai terletak 330 meter dari atas tanah Jambatan gantung Aizhai dibangunkan  untuk menghubungkan Kota Chongqing ke Changsha di Hunan. Foto ini diambil 31 March 2012. Jambatan ini boleh mempersingkatkan waktu perjalanan antara dua kota dari beberapa hari menjadi hanya 8 jam. Projek ini mulai Oktober 2007 dan kini sudah selesai. Penduduk melihat pembukaan jambatan gantung Aizhai di Prefektur Xiangxi Tujia dan Prefektur Otonomi Miao, Provinsi Hunan. Xiangxi Tujia and Miao Autonomous Prefecture, Hunan province, 31 March 2012.


14 Gambar Jelas ‘Joemar’,Suspek Ke-2 Kes Tembak Pegawai AmBank

KUALA LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai ‘Joemar’ yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.

“Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin.


















Kelantan Atau Pahang

KUALA LUMPUR – Ke Kota Bharu atau Kuantan? Segala ramalan dan persoalan itu hanya akan terjawab selepas berakhir Piala Malaysia edisi ke-87 pada malam ini di Stadium Shah Alam antara dua pasukan dari pantai timur, Kelantan dan Pahang. Atas kertas, sememangnya Kelantan wajar dilabelkan sebagai ‘favourite’ untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu. The Red Warriors mempunyai banyak kelebihan di segenap aspek, namun kekuatan serta semangat dimiliki Pahang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Berbekalkan penampilan keempat dalam tempoh lima tahun, tiada siapa mampu mengetepikan faktor pengalaman beraksi di pentas akhir pasti akan menjadi aset terbaik Kelantan untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut. Dibarisi beberapa pemain yang dianggap antara terbaik negara buat masa ini seperti Mohd. Badhri Mohd Radzi, Mohd. Nor Farhan Muhammad dan Indra Putra Mahayuddin, The Red Warriors dijangka mendominasi pergerakan tengah berbanding Tok Gajah. Penyerang import,…