Adsense Link 728 X 15;

Followers

RUPANYA BUNYI MESIN KELAPA SAWIT?

Posted by Haluan Kiri Sunday, January 29, 2012 0 comments
Masih ingatkah kisah ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu?Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.Lebih menggemparkan, bunyi yang sama juga sebelum itu dikatakan kedengaran di beberapa buah kawasan di dunia.
Malah ada pihak yang mula mengaitkannya dengan petanda awal kiamat.
Misteri mengenainya bagaimanapun bakal terjawab minggu depan apabila pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) selesai melakukan penyiasatan mereka.
Namun siasatan awal mendapati, ia mungkin hanyalah bunyi yang terhasil daripada mesin dari sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan tersebut.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, setakat ini pasukan yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aduan berkenaan sedang bekerja keras untuk menyiapkan laporan mereka.
” Kita akan memeriksa frekuensi yang dihasilkan oleh mesin kelapa sawit itu sebelum dapat mengesahkan sama ia berpunca daripada alat tersebut atau sebaliknya,” katanya.
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

Video Seks II : Dimana Sebenarnya Anwar Berada Pada Tarikh Rakaman?

Posted by Haluan Kiri 0 comments
Semalam blog ini telah memetik tulisan dari sebuah blog rakan yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada tarikh video seks II yang dikatakan dirakam pada 12 & 13 Januari tahun lepas.

Blog tersebut mendakwa Anwar berada di Indonesia. Namun ia tidak dapat memberikan butiran lanjut.
Namun selepas di semak semula, sebenarnya, Anwar tidak berada di Bangkok maupun di Indonesia pada tarikh berkenaan tetapi berada di Kuala Lumpur.

Berikut ialah pendedahan dari wikimalay yang memetik sumber asalnya dari activist901.com:



Bukti: Rancangan Trio Dato T Kantoi Lagi!!

Makin hari umno makin terdesak, videonya dah siap, tapi ada kesilapan tarikh berlaku pada rakaman tersebut! Macamana agaknya mereka hendak membetulkan balik? Inilah bukti yang paling jelas menunjukkan DSAI tidak berada di Bangkok pada waktu yang dikatakan oleh Trio Dato T tersebut!


Ini bukti sahih ! DSAI dijadualkan berada di Majlis Sidang Media Pakatan Rakyat berlangsung pada 13/1/11(Khamis) di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur!


BUKTI SAHIH! URL HARAHDAILY TARIKH, TEMPAT MENGESAHKAN DSAI BERADA DI KUALA LUMPUR PADA 13/1/11!


TERNYATA TRIO T GAGAL MENGHERET ANWAR KEDALAM RANCANGAN MEREKA DIHARAP PEMBACA DAPAT MEMBEZAKAN SAMADA KEBENARAN ITU DITUNTUT DARI TUDUHAN SEMBRONO ATAU MENGIKUT TATACARA HUKUM ALLAH S.W.T!


Nah sekarang apa lagi? Semuanya telah terbarai.

Kita yakin video seks itu dikeluarkan oleh "Datuk T Production" adalah kerana hati mereka terlalu sakit ekoran fitnah video seks I tidak berjaya dan sementelah lagi Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah di atas tuduhan liwat tempohari.

Kerja-kerja rakaman video seks tersebut adalah agenda paling jijik dan jahat kumpulan Datuk T yang mendapat restu UMNO itu. Memang binatang sungguh kerja mereka itu.

Kita berdoa agar bala paling dasyat ditimpakan ke atas pemfitnah, pereka, dan sesiapa juga yang terlibat menghasilkan dan menyebarkan video seks berkenaan.



http://greenboc.blogspot.com/

Mencari Gaduh Dengan Pejuang Melayu 01

Posted by Haluan Kiri Saturday, January 28, 2012 0 comments
Bagaimana orang Melayu memilih pemimpin?Adakah orang Melayu memilih pemimpin mengikut berapa pandai dia berucap atau berapa liter air liur dia tersembur waktu dia bersyarah mengutuk orang lain?Aku pun tak tau macam mana orang Melayu ni memilih pemimpin.Adakah pemimpin tu terpilih sebab nama dia dicalonkan dalam pilihanraya dan orang pangkah ajelah parti mana yang dia suka?

Yang aku nampak,majoriti pemimpin Melayu ni tak ramai yang punya perasaan merendah diri.

Adakah latar belakang dan moraliti penting kepada seseorang pemimpin?Adakah latar belakang keluarga dan bagaimana dia memimpin keluarga tu perlu ditolak belakang bila memilih seorang pemimpin?Ada orang kata tak perlu.Kenapa perlu kita pejamkan mata jika pemimpin kita depan2 orang ramai baik tapi belakang2 kaki minum arak atau kaki rasuah?

Punyalah ramai makhluk2 yang nak jadi pemimpin sekarang ni,bukan sebab nak memimpin,tapi sebab nak kuasa.WHAT THE HELL?Kadang2 dia sedar diri dia sebenarnya nothing,nobody,jadi satu2 nya cara untuk compensate kelemahan itu adalah menjadi lantang selantang mungkin supaya nampak diri dia kuat,berkaliber.Masalahnya,orang kita tak ramai yang mampu menilai mana satu kaki temberang,mana satu kaki kelentong,mana satu kaki auta.Asal berucap bagai guruh dan ada ramai pengikut yang percaya dia,akan ramailah yang menurut dia.

Aku bukan Melayu sangat dalam level perjuangan Melayu.Aku tak berapa peduli pasal perjuangan Melayu sebab ramai pejuang Melayu bukannya boleh pakai.Aku tak pernah jumpa lagi orang yang masuk UMNO yang aku betul2 boleh percaya memperjuangkan Melayu.....sebab kebanyakannya bangsa berapi2 nak jaga,moral sendiri tak nak jaga.Bila moral sendiri tak nak jaga,dah sah2 buat benda yang tak jaga agama. 

Pada aku,personal moral adalah sesuatu yang penting.Ramai orang baya2 aku yang tengah tergila-gila nak masuk Pemuda UMNO sebab nak jaga Melayu..."Kau tengok lah Cina Tot,diorang dah melampau!Kita kena jaga bangsa kita sendiri..." Aku akan ingat ayat tu sampai bila-bila,tapi sebelum anda masuk Pemuda UMNO dan ingin memperjuangkan bangsa Melayu,sila fikir;

Jika anda;
Minum arak
Kaki perempuan
Pernah berzina
Masih lagi gemar berzina
Pernah pegi langgan pelacur
Kaki clubbing
Bisnes nak menipu memanjang
Tak reti nak jaga pakaian isteri
Tak reti nak jaga keluarga sendiri

Tak payah lah nak perjuangkan bangsa.

Siapa kau nak jaga bangsa kau kalau kau sendiri tak mampu jaga diri kau?Agak menyampah aku dengan "pejuang Melayu" spesis macam ni.Ingat,bila ingin memilih pemimpin,janganlah tengok pengaruhnya kepada masyarakat,tengoklah pengaruhnya kepada keluarganya.Dari situ kita akan boleh tau pemimpin macam mana dia akan jadi kepada masyarakat.



http://cursingmalay.blogspot.com/

Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN

Posted by Haluan Kiri 0 comments
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.
Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.
Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar)menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.
“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.
Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.
Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.
Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.
“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.
Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”
Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.
“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.
Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.
“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

Kalau kaki kencing manis, tidak potong merugikan — Subky Abdul Latif

Posted by Haluan Kiri Friday, January 27, 2012 0 comments

17 JAN — Profesor Madya Atorry Hussein kata, PAS telah rugi kerana memecat Datuk Hasan Ali.
Saya kata, memang tokoh akademik itu telah berkata betul seperti yang dirakamkan dalam surah al-Asri yang bermaksud, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.
Ketika dia dipecat, dia adalah ADUN PAS Gombak Setia. Apabila dia dipecat dari parti, maka PAS sudah tidak ada wakil rakyat di situ.
Siapa pun yang hendak menjaga kepentingan rakyat dan kawasan itu sesuai dengan kepentingan politik PAS di situ? Benar Hasan masih wakil rakyat di situ. Jika dia menjalankan tugasnya, maka dia sudah tentu tidak menjalankannya mengikut kepentingan PAS.
Seorang wakil rakyat PAS telah ditetapkan oleh PAS di zaman Dr Burhanuddin al-Hilmy dulu mesti mendermakan 20 peratus dari elaunnya kepada parti. Bagi Anggota Parlimen kepada PAS Pusat dan bagi ADUN kepada PAS negeri. Apabila mereka pencen, maka caruman itu tinggal lima peratus saja.
Begitu juga kalau dia Menteri Besar atau Exco. Maka setiap bulan PAS dapat wang masuk 20 peratus dari elaun mereka dan lima peratus setelah pencen hinggalah mereka mati. Jika mereka dipecat peruntukan itu tentu hilang. Tidakkah rugi namanya?
Maka sebagai parti politik, PAS tidak sunyi dari kerugian. Ia juga rugi bila wakil rakyatnya kalah. Kalau ia menang, potongan elaun itu 20 peratus, tetapi bila kalah, PAS dapat lima peratus saja. Rugi juga.
Setelah Ustaz Hassan Shukri tidak jadi senator, dia bagi elaun pencennya setiap enam bulan sekali. Sebelum dia meninggal dia beri elaun untuk enam bulan yang akan datang. Didahulukannya pemberiannya itu. Bila dia mati, PAS tidak lagi dapat duit. Tidakkah PAS juga rugi?
Demikian apabila sekalian bekas wakil rakyat dan bekas senatornya mati. Banyak kerugian yang ditanggung oleh PAS?
Manusia itu begitu. Universiti melabor banyak terhadap profesornya untuk kepentingan kampusnya. Cukup kalau profesor itu lari ke universiti lain atau berhenti. Tidak rugikah universiti. Seperti Atorry Hussein, katakan tiba-tiba mati belum bersara. Tidak rugikah universiti? Tentulah rugi.
Kerajaan mengeluarkan beratus ribu belanja untuk menanggung seorang pelajar perubatan. Setelah tamat tempoh kontreknya berkhidmat dengan kerajaan dia letak jawatan bagi membuka klinik sendiri. Kerajaan telah kerugian dan terpaksa menanggung pelajar perubatan yang baru bagi mengganti doktor yang pergi itu.
Logiknya semua profesor itu diperlukan khidmatnya oleh universiti. Tetapi setengah profesor yang baik itu cenderung pula pada politik. Mereka pun berpolitik bersama pembangkang. Mereka sudah melanggar akta universiti. Universiti terpaksa buang mereka. Tentulah universiti rugi. Walau pun rugi tetapi universiti terpaksa buang juga mereka. Mengapa?
Antara profesor itu amat sayang pada isterinya. Tetapi isterinya sakit tenat. Menderita lama di hospital. Harapan pulih tidak ada. Dari menderita begitu, maka profesor redha, mati adalah lebih baik baginya. Profesor sayang padanya, apabila mati profesor kehilangan orang yang dikasihi. Rugi isteri mati, tetapi di sebaliknya memungkin profesor beristeri lain pula.
Semua manusia sayang akan kakinya. Tetapi apabila  dia terkena sakit kencing manis, kakinya terpaksa dipotong. Apabila dipotong rugilah kakinya. Dia juga rugi kerana sudah tidak berkaki. Dia sayang pada kakinya. Tetapi kalau tidak dipotong kaki itu, dia pula akan mati cepat.
Oleh itu biarlah dia tidak berkaki asal dapat meneruskan hidup dalam keadaan cacat tetapi dapat lagi beribadat. Sesayang mana pun dia pada kakinya, tetapi dia terpaksa menerima hakikat membuang kakinya yang sudah tidak berguna dan memudaratkan jiwanya lebih baik.
Membuang kaki yang begitu lebih baik dari berkaki yang tidak berguna lagi.
Bukan PAS tidak sayang pada Hasan Ali. Tetapi politik itu, kata Tok Guru Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya di muktamar lalu, ada fiqahnya. Mufti Perak mahir fiqah lain tetapi tidak mahir fiqah politik.
Yang PAS bertindak terhadap Hasan itu adalah mengikut kehendak fiqah politik. Kalau kaki kencing manis terpaksa dipotong, tidak memotongnya lebih merugikan. — harakahdaily

Zizan Tolak RM18,000 cuma pilih RM1,000 kerana dakwah

Posted by Haluan Kiri Thursday, January 26, 2012 0 comments



Alhamdullilah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, benarlah rencana ALLAH itu tiada siapa yang tahu, satu ketika dahulu Zizan pernah melakukan khilaf gara-gara lakonannya dalam filem hantu bonceng, dicerca dan dimaki, Zizan akui kesilapanya itu dan minta dimaafkan. hari Zizan kini semakin hampir pada Islam.


Ramai yang tidak tahu Zizan ditawarkan RM18,000 untuk menjadi pengacara Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada 31 december 2011, mungkin saja bagi artis lain yang tengah ghairah mengumpul wang ringgit peluang itu tidak akan dilepaskan sama sekali.


Seperti juga yang dilaporkan oleh blog Tinta hijau dikaki bukit, Zizan sebenarnya dihubungi sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus yang menawarkan Zizan untuk bersamanya pada program itu., tawaran itu diterima dengan senang hati oleh Zizan.

Pada program anjuran kerajaan negeri selangor tersebut Zizan menolak sebarang bayaran yang ingin diberikan, namunatas dasar menghormati Zizan yang dianggap salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000 sebagai tanda penghargaan dari penganjur.

Program tersebut berjaya menarik lebih kurang 80 ribu pengunjung, ia merupakan satu langkah baru dalam meraikan sesuatu sambutan, dan kebanyakan pengunjung adalah orang muda, ini menunjukkan orang muda sekarang mula mencari sesuatu yang lebih baik, mereka sudah mula menolak hiburan yang melalaikan semata-mata.

Kepada Zizan, tahniah, hanya Allah yang akan membalas apa yang anda lakukan, teruskan usaha anda, anda kini dipandang tinggi oleh ramai anak-anak muda.

Calon pilihan raya Gabenor Aceh jalani ujian bacaan Al-Quran

Posted by Haluan Kiri 0 comments
JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata.


Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003.

“Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abzal.

Kesemua pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang melalui ujian berkenaan di Banda Aceh pada Selasa lalu ialah Zaini Abdulah dan Muzakir Manaf, pasangan Fakhrulsyah Mega dan Zulfinal serta Hendra Fadli dan Yuli Zuardi Rais.

Ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran.

Menurut Akmal, semua calon yang melalui ujian itu harus mencapai markah sebanyak 50 sebelum layak bertanding pada pilihan raya.

Pada ujian kelayakan itu yang turut dibuka kepada orang ramai untuk melihatnya, setiap calon diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu.

“Seandainya seorang calon itu seorang muslim sejati, membaca Al-Quran bukan masalah besar buat mereka,” kata Naimah, seorang penduduk dari Keutapang, Aceh Besar.

Menurut Naimah, kemahiran membaca Al-Quran merupakan satu kemestian bagi mana-mana individu yang mahu memimpin Aceh. – UTUSAN

MB wajar halang Ibrahim Ali jejak Selangor

Posted by Haluan Kiri Wednesday, January 25, 2012 1 comments
SHAH ALAM, 23 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicadang menimbang untuk mengambil tindakan termasuk menghalang Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menjejakkan kaki ke negeri itu ekoran keceluparannya mengkritik keputusan Sultan memperkenan Khalid memegang portfolio agama negeri.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor. 

"Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.

"YAB Dato’ Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Selain mempertikai portfolio agama yang dipegang Khalid, Ibrahim juga didakwa menuduh pelantikan Menteri Besar sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor.

Menyifatkan tuduhan itu keterlaluan, Faekah berkata tindakan Ibrahim itu tidak lebih untuk menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair.

"Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.

"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan," jelasnya lagi.

Menurut Faekah lagi, Ibrahim sewajarnya sedar diri kerana rakyat tidak pernah lupa bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. 

Dan hari ini pula katanya, Ibrahim terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," tegasnya.

Selaku umat Islam, Ibrahim ujarnya lagi seharusnya mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. 

"Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. 

"Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," tegasnya.-HarakahDaily

WASPADA: 5 Jam Sehari Di Depan Komputer Atau Laptop Boleh Merosakkan Jantung

Posted by Haluan Kiri 0 comments
Menurut kajian, menghabiskan waktu lebih dari 5 jam sehari di depan komputer boleh merosakan jantung dan menjurus ke kematian lebih cepat. Penyebabnya adalah posisi duduk, terutama duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika orang bekerja dengan komputer, bermain game, ataupun menonton televisyen.

Penelitian tersebut dilakukan oleh Emmanuel Stamatakis, peneliti dari University College London. Ia melakukan penelitian terhadap lebih dari 4,500 orang berusia ke atas 35 tahun dan hasilnya dikeluarkan di Journal of the American College of Cardiology.

Penemuan ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berhubung bahayanya duduk lama-lama . Padahal, kecenderungan yang terjadi saat ini adalah orang semakin banyak yang duduk di depan komputer saat bekerja.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih dari 4 jam berturut-turut per hari di depan komputer memiliki peluang 125 % lebih tinggi akan mengalami kematian berkait dengan penyakit jantung berbanding mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang dari 2 jam di depan layar,” kata Stamatakis, seperti diambil dari Examiner.

Stamatakis menyebutkan, dari penelitian, mereka juga menemukan bahwa 48% orang yang menghabiskan waktu 4 jam di depan komputer berturut-turut juga berpeluang mengalami kematian lebih cepat akibat faktor lain di luar jantung.

Lebih lanjut, mereka yang menghabiskan lebih dari 5 jam di depan komputer se hari, risiko mati lebih cepatnya naik secara signifikan.

Sebelumnya, dijangkakan bahawa mereka yang menghabiskan waktu terlalu banyak di depan komputer, atau juga di depan televisyen, merupakan orang yang malas bersenam dan menyebabkan munculnya penyakit. Namun, dari data yang didapati, tidak demikian.

“Orang yang bersenam secara tetap di waktu lapang mereka juga memiliki peluang untuk mati lebih cepat,” kata Stamatakis.

Pengkaji meyakini bahawa penyebabnya memang adalah duduk yang terlalu lama. Posisi tersebut diketahui menyebabkan penurunan 90 % lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber masalah.

Akan tetapi, ada penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari. “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak,” kata Stamatakis. “Itu akan menurunkan masalah-masalah tersebut dan mungkin akan meningkatkan peluang Anda untuk hidup lebih lama,” ucapnya. -redah

Saya Tak Pernahkan Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr. Haron Din

Posted by Haluan Kiri 0 comments

Seingat penulis, kisah Ustaz Datuk Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini seolah-olah sinonim dan sebati dengan segelintir masyarakat Melayu di negara ini.
Kononnya ia berlaku sewaktu proses pembinaan sebuah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) suatu ketika dulu.
Dikatakan segalanya bermula apabila sekumpulan jin ‘menganggu’ penuntut di situ sehingga Dr. Haron dan rakan-rakannya terpaksa dipanggil untuk mengusir makhluk berkenaan.
Dr. Haron kemudiannya didakwa telah memindahkan jin-jin ini dengan menggunakan beberapa buah bas.
Kisah Dr. Haron Din memindahkan jin menggunakan bas ini dikatakan tersebar setelah salah seorang pemandu yang ditugaskan membawa bas itu menceritakannya peristiwa itu kepada orang ramai.
Ternyata kisah ini kemudiannya tersebar dengan begitu meluas, apatah lagi bila mengenangkan yang Dr. Haron memang pakar dalam hal menangani masalah melibatkan jin dan makhluk halus ini.
Persoalannya, adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku?
Penulis yang sebelum ini ‘macam nak percaya’ dengan cerita itu lega apabila mendapat tahu yang ia CUMA DONGENG DAN PENIPUAN semata-mata!
Lebih melegakan lagi kerana penafian itu datang dari mulut Dr. Haron sendiri sepertimana yang tersiar dalam laman Youtube tidak lama dulu.

” “Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu,” tegasnya.
Beliau bagaimanapun mengaku sering diminta untuk membantu kerja-kerja menghalau makhluk halus ini.
Namun begitu, katanya, ia dibuat melalui doa, zikir, tahlil serta bersembahyang hajat dan tidak lebih dari itu.
Dalam erti kata lain, katanya, penggunaan bas untuk memindahkan jin seperti yang didakwa itu tidak wujud sama sekali.
” Tujuan kita hanyalah untuk meminta kepada Allah agar diberi kekuatan, diberi dengan kaedah rawatan supaya mereka (jin) itu boleh berpindah dengan sendiri.
” Tak payah pakai bas, mereka tak tau pun yang bas itu ada kerana mereka boleh jalan sendiri…boleh terbang sendiri dengan laju kerana mereka dibuat daripada api, api ada kelajuan sendiri,” kata Dr. Harun.
Beliau kemudiannya meminta masyarakat agar jangan mudah terpedaya dengan cerita ‘temberang’ tersebut.
Dr. Haron mengakhiri klip video berkenaan dengan meminta semua pihak agar menerima penjelasan beliau dan tidak mempercayai kisah yang tersebar sejak sekian lama itu-mynewshub.my


Orang melayu tak hebat walaupun makan roti

Posted by Haluan Kiri Monday, January 23, 2012 0 comments
Tajuk artikel yang saya pilih ini agak pelik. Penulisan saya sebelum ini seperti  "Presiden dan Mursyidul Am PAS, siapa lebih power?" pun tidak difahami maksud sebenar yang tersirat menjuruskan kepada perbahasan penstrukturan organasasi PAS. Rata-rata yang komen memahami secara luaran sahaja. Tak apa itu lumrah, kita tak boleh membuat semua orang faham sebagaimana kita faham.

Jepun mengubah cara permakanan bangsanya untuk menjadi bangsanya kuat selepas kalah dalam perang dunia. Dulu orang Jepun makan nasi banyak daripada lauk sekarang orang Jepun makan lauk banyak daripada nasi, tak hairan kita lihat makanan Jepun sedikit aje nasinya.

Orang Melayu juga lemah, mereka mudah diperkotak-katikkan. Sebab itu yang lebih semangat Melayu bukan Melayu 100%. Tun Mahathir yang dikata racist Melayu tu pun ada berapa peratus Melayunya? Yang demo di Pulau Pinang atas nama UMNO pun rasanya bukanlah Melayu sangat pun.. semuanya rasanya campuran untuk menguat bangsa Melayu. Kita campur besi dengan karbon untuk menjadi keluli bagi menguatkan besi.

Adakah orang Melayu jika makan roti dia jadi kuat? Sekarang ini Melayu diperbodohkan dengan politik roti.
Orang marahkan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana dia dikatakan membantu UMNO. Banyak kecaman kepada Tan Sri Syed Mokhtar dalam internet. Tan Sri ini mula dikecam apabila enggan membeli tepung FMM Berhard kepunyaan Robert Kuok kerana terbukti ada DNA babi. 

Di Negeri China sebagai pengeluar gandum terbesar, banyak gred gandum. Gred yang diimport oleh Robert Kuok adalah gandum yang rendah kualitinya dan sebagai gandum yang rendah kualiti ini selalunya di campur dengan hampas gandum untuk makanan pertenakan babi di sana.

Kita masih ingat bagaimana produk buah kurma yang dikuasa oleh bangsa asing sebelum ini, zaman kita masih kecil. Buah kurma datang dalam guni melekat dan dijual macam jual beras, gandum dan jagung. Itulah kebagaan kita untuk berkuka puasa dan bertarawih.

Tapi bila sekarang orang Islam menguasai pasaran buah kurma, kita tak jumpa lagi buah kurma yang rendah kualiti yang dicampur dengan manisan dan gula. Semuanya untuk mendapat untung lebih.... itulah makanan kita.

Akibat marahkan Tan Sri Syed Mokhtar, Robert Kuok telah menghasilkan satu produk roti baru yang dinamakan  MASSIMO. Tujuan roti ini adalah untuk bersaing dengan roti Gardenia. Malangnya seorang Islam berbangsa Melayu bekas Manager Gardenia telah diambil mengetuai kilang roti Massimo dan meniru hampir semua produk Gardenia.

Politik perkauman kononya Tan Sri Syed Mokhtar adalah kroni UMNO telah dijaja dan banyak kecaman dalam forum-forum terhadap Tan Sri Syed Mokhtar telah dibuat dengan pelbagai isu. Pakatan Rakyat juga cuba dipengaruhi dalam hal ini.

Saya agak pelik dan hairan bagaimana kita boleh kata Tan Sri Syed Mokhtar itu kroni UMNO dalam masa yang sama kita menepikan Robert Kuok? Apakah Robert Kuok itu bukan kroni UMNO/BN. Bagaimana Robert Kuok mendapat Special AP sehingga dikatakan Raja Gula? dan menjadi antara orang terkaya di Malaysia? Jangan kita bodoh sangat dalam hal ini.

Dulu masa Maxis bagi 4 billion kepada UMNO untuk pilihan raya. Kita juga diarahkan untuk menukar handphone daripada Maxis kepada lain-laian jenama, kononya nak boikot Maxis. Saya juga turut terbabit, walaupun nombor Maxis itu cukup cantik, saya juga tukuar kepada TMnet pada masa itu. Tiba-tiba saya dapat tahu alMarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor juga ada no Maxis, saya rasa macam diperbodohkan oleh kempen itu.

Orang Islam kena berhati-hat dalam soal makanan. Soal halal dan bersih.
Dulu saya masih ingat bagaimana roti High5 yang kilangnya terpaksa di sintai kerana kotor dan menjijikkan. Tuan punya syarikat roti High5 sampai sekarang masih tidak minta maaf kepada orang-orang Islam. Malah dengan ego menepikan semuanya. Lagi malang Dato' Dr Hassan Din al_hafiz dipergunakan untuk kempen roti ini bagi menaikkan semula jualan. Bagaimana artis Melayu Islam menjadi model dalam iklan dengan bertudung semuanya untuk memainkan sentimen keIslaman. Akhirnya kita Islam (Melayu) diperbodohkan dalam hal ini.

Saya sampai sekarang masih leagi memboikot roti High5 kerana mereka biadap dan durjananya terhadap pengguna.
Kilang roti High5 yang kotor
Tan Sri Syed Mokhtar seorang yang rendah diri. Yayasan Syed Bukhari telah banyak membantu golongan miskin dalam pelajaran anak-anaknya. Banyak keas tuisyen hampir setiap kawasan di wujudkan untuk memberikan pendidikan secara percuma.

Oleh itu jangan kita terikut dengan sentimen akhirnya menjerat kita sendiri. Saya masih sukakan roti Gardenia kerana produk orang Islam yang terjami halal dan bersih.



http://tin-buruk.blogspot.com/

Pengkhianat Ibrahim Ali bakal terkubur

Posted by Haluan Kiri 0 comments
http://www.malaysiandigest.com/images/zahar/ibrahim%20ali%20299.jpg“KAMI pengundi di Pasir Mas tidak sabar lagi hendak balas dendam terhadap Dato’ Ibrahim Ali. Dia khianat amanah yang kami berikan.

“Selepas ini barulah dia tahu hujung jatuh kerjaya politiknya. Jangan dok angkuh sangat dengan kemenangan hasil bantuan orang lain,” kata penghulu mukim Kasar, Pasir Mas, Rahim Wan Samad.

Hujahnya turut disokong Siti Nor Md Midin, 65 dari Kampung Landar, yang meluah perasaan sangat meluat terhadap anggota parlimen Pasir Mas sekarang. Kata beliau rakyat Pasir Mas begitu kecewa terhadap bekas Ketua Bahagian Umno itu kerana menggadaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi pengundi.



“Kami beri undi kepadanya dengan harapan dapat memperkukuhkan parti dan menjaga kebajikan penduduk di sini.

“Namun malang tidak berapa lama selepas diberi peluang, pemimpin itu tiba-tiba khianati pengundi. Kami yakin orang yang khianat terhadap perjuangan tidak akan kekal lama,” katanya.

Menurutnya semasa berkempen pada pilihan raya umum lalu begitu sukar untuk meyakinkan pengundi terhadap Ibrahim kerana mereka tahu rekod lama pemimpin terbabit.

Kata beliau pelbagai alasan diberi kepada penyokong PAS supaya menerima Ibrahim. “Tebal muka saya dan rakanrakan ketika berkempen bagi meyakinkan pengundi tegar PAS. Mereka awal-awal lagi tidak yakin dengan Ibrahim.

“Namun saya terpaksa memberi pelbagai alasan kerana kemungkinan ada hikmahnya apabila dia diberi peluang bertanding menggunakan lambang PAS.

“Kita sebagai anggota parti berpegang kepada keputusan pemimpin di atas. Molek di atas moleklah kami di bawah. Siapa sangka amanah kami tiba-tiba dikhianati,” kata Rahim.

Bekas pegawai bank, Rashidah Mahmud, 58 menanyakan mana janji-janji Ibrahim sebelum ini mahu membawa apa yang ada di Kuala Lumpur ke Pasir Mas.

Pesara guru, Mohd Zain Che Mat, 63 yang tinggal berdekatan pusat khidmat Ibrahim di Kampung Kasar memberitahu hanya sekitar 500 penyokong tegar bekas pemimpin Semangat 46 itu yang dilihat sering datang program dianjurkan di situ.

Beliau melihat wajahwajah yang sama sejak dahulu sehingga sekarang berada di sekeliling anggota parlimen Bebas terbabit.

“Orang kampung yang tinggal berdekatan tidak datang. Saya difahamkan penyokongnya datang dari tempat lain kerana ada upah.

“Lelaki yang datang ramai pakai seluar pendek dan memakai gelang di tangan. Biarpun masjid terletak berhampiran, namun mereka seperti tidak endahkan,” ujarnya.

Rashidah yang juga Ketua Muslimat PAS Cawangan Kasar berkata, pihaknya sering mengadakan majlis bacaan Yaasin di masjid dan rumahrumah penduduk tempatan.

Kata beliau program tersebut mendapat sambutan menggalakkan, ada juga di kalangan penyokong Umno yang datang.

Katanya, program berkenaan diketuai Ustazah Aishah dari Pondok Lubuk Tapah dan Wan Munah Wan Salleh diadakan sekali seminggu.

Menurutnya program itu dimulakan sejak 10 tahun lalu diadakan setiap hari Jumaat dihadiri tidak kurang 50 muslimat tempatan.

“Kami juga menerima jemputan membaca Yaasin di rumah-rumah penduduk yang ada hajat termasuk sakit atau tahlil arwah keluarga mereka.

“Selain itu kami juga pernah menerima jemputan membaca al-Quran bagi tahlil arwah di kampung lain termasuk Kubang Bemban dan Bechah Durian,” ujarnya.

Kata beliau program tersebut mendapat sambutan sehingga penyokong Umno pun mengikuti sama.

Bagaimanapun beliau meluah rasa bimbang kerana ada uraura setiap perjumpaan yang diadakan perlukan mendapat permit polis selepas rang undang-undang perhimpunan aman dilulus di parlimen barubaru ini.

Umno dilanda dilema Khabar angin pula menyebut Ibrahim akan bertanding menggunakan lambang dacing pada pilihan raya umum ke-13.

Berita itu membuat Umno Pasir Mas dilanda dilema.

Ibrahim dikatakan akan diberi ruang bertanding di kerusi parlimen, manakala Ketua Bahagian Pasir Mas, Dato’ Hanafi Mamat mensasarkan Dun Tendong.

Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai kerusi Dun Chetok. Manakala Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Mohammad disebut-sebut calon di Dun Pengkalan Pasir. Bagaimanapun kehadiran Che Johan ke Chetok menimbul ribut dalam rumah tangga Umno Pasir Mas.

Kerusi tersebut lebih awal menjadi taruhan kepada Ketua Pemuda Umno Pasir Mas, Najib Rashdan Abdul Rahman.
“Isu pertelingkahan di antara Najib dan Che Johan bukan lagi menjadi rahsia di Pasir Mas. Semua orang sudah tahu pergolakan antara mereka sekarang,” kata Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

Di Rantau Panjang isu retak menanti belah tidak dapat dinafikan. Dendam politik antara ketua bahagian sekarang, Dato’ Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Dato’ Mohd Zain Ismail masih belum reda.

Biarpun ada usahausaha mendamaikan dua kumpulan tersebut, namun ia tidak lebih sebagai hangathangat tahi ayam. Mohd Zain dan penyokongnya masih mengimpikan jawatan lama.

Kegawatan pada Oktober 2008 ketika pemilihan di peringkat bahagian tidak dapat dilupkan.

Pasukan FRU terpaksa dikejar mententeramkan keadaan gawat mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian.

Suasana kecoh tercetus apabila pengerusi tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi. Mesyuarat tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di Rantau Panjang. Hari ini Ketua Pemuda Rantau Panjang, Ustaz Effendi Yusof pula dikatakan mempunyai haluan sendiri.

Setahun lepas 36 Penyelia Pembangunan Mukim (sekarang JKKKP) dan tiga Ketua PPM yang dipecat Abdullah pernah mengugut mahu meninggalkan parti.

Kira-kira 500 penyokong Umno di Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku dan 35 cawangan lagi di seluruh bahagian tekad mahu keluar Umno.

Bekas ketua cawangan Baroh Pial, Wan Yaakob Wan Ismail memberitahu antara sebab mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan kepada Abdullah.

Situasi serupa juga berlaku di Tumpat apabila tidak ada nama besar bagi mengisi calon parlimen. Dr Ashraf Wajdi Dasuki yang dibawa pulang pada pilihan raya umum lalu tidak lagi menjadi sebutan.

“Saya mendengar ada ura-ura calon wanita yang akan diletak di kerusi parlimen Tumpat,” kata bekas guru, Che Awang Lah dari Dun Pasir Pekan.

Manakala Dato’ Noor Zahidi Omar dikatakan lebih selesa mempertahankan Dun Pengkalan Kubur, dan timbalannya Dato’ Rusdi Abdul Aziz pula enggan berganjak daripada Dun Wakaf Bharu. Isu dalaman membelit Umno Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat tentunya menyukar misi Dato’ Seri Mustapa Mohamed menawan Kelantan

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com