Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Keretapi Rempuh Lori Minyak Depan Airport Kota Kinabalu

SEBUAH keretapi yang sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Papar  merempuh sebuah lori minyak  di sebuah simpang jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 5.30pm. Beberapa orang penumpang keretapi berkenaan mengalami kecederaan manakala jumlah kematian tidak dapat dipastikan . Saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut mendakwa ada mendengar letupan diikuti oleh kebakaran yang besar. Asap tebal yang menjulang ke langit boleh dilihat dari pusat bandar yang terletak sejauh kira-kira lima km. Keretapi tersebut disahkan sebagai dalam perjalanan menuju ke Papar berdasarkan kepada jadual harian yang didapati dari pusat kawalan. Kecelakaan itu juga menyebabkan jalan sesak teruk di waktu puncak, terutama apabila pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan kejadian tersebut. Berikut antara rakaman kejadian oleh saksi yang berada di sekitar kawasan kemalangan tersebut.

Gambar Apex, Dahlia Berhibur Cetus Kontroversi

KUALA LUMPUR – Memang heboh di blog-blog hiburan yang menyiarkan penjaga gawang gol pasukan bola sepak negeri Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex, berhibur bersama Dahlia Teck dan beberapa rakan seksinya yang lain. Gambar-gambar tersebut bukan sahaja disiarkan oleh Oh! Bulan, Rotikaya.com atau Media Malaya.com sahaja, malah turut disambut oleh beberapa blog politik terkenal seperti Empayar Pemuda dan Keris Pusaka berkenaan perkembangan terbaru Apex yang berasal dari Kelantan itu. Media Malaya.com yang menerima gambar-gambar tersebut melalui emel diberitahu oleh pengirimnya bahawa Apex, Dahlia dan rakan-rakan mereka berhibur di sebuah restoran eksklusif, Werner’s, di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini. Laman web Oh! Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai beberapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut. “Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pemilik minuman keras diatas me

BUKTI NYATA: Pentadbiran Kerajaan PR Jauh Lebih Baik Dari BN

Data-data terkini menunjukkan prestasi negeri-negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan sebelumnya, Barisan Nasional. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui twitternya meminta rakyat Malaysia melakukan perbandingan dengan akal yang waras, harakahdaily dipetik. Sbuah jadual memperlihatkan perbandingan berkenaan dengan pendapatan beberapa hasil utama kerajaan-kerajaan negeri semasa di bawah Pakatan Rakyat berbanding dengan semasa dibawah BN. Di negeri  Selangor  misalnya, hasil pendapatan daripada pasir, pada tahun 2008, Selangor mencatatkan keuntungan sebanyak RM8.17 juta, pada 2009 RM13.76 juta dan sehingga Jun 2010, RM15.30 juta. Sedangkan semasa BN, pada tahun 2005, pendapatan hasil pasir hanya sebanyak RM3.54 juta, pada 2006 RM4.3 juta dan pada 2007 RM4.29 juta. Di negeri  Kedah , hasil pendapatan daripada pembalakan menunjukkan peningkatan amat ketara selepas Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Sewaktu Kedah diperintah oleh BN, pada

Isu Harga Tiket: Keangkuhan FAM Dijawab Dengan Lamanwebnya Digodam

Laman web FAM yang digodam dipulihkan semula KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diceroboh oleh beberapa penggodam tengah malam tadi, berjaya dipulihkan oleh pengendalinya kira-kira jam 3.45 pagi tadi. Laman berkenaan berjaya dipulihkan selepas ia ditutup selama kira-kira setengah jam. Terdahulu, laman web berkenaan telah digodam secara `mass deface’ oleh sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai UM'07, pjpb cr3ws, gaysec dan anti-p4sti selepas tengah malam tadi, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pertubuhan itu menetapkan harga tiket sekata RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, esok. Kumpulan penggodam itu telah meminda lambang persatuan itu serta meletakkan mesej yang menggunakan kata-kata kesat dan mengutuk tindakan FAM pada laman berkenaan. Harian Metro, yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang peminat Facebook Harian Metro * myMetro dikenali sebagai Muhammad Fahmi, yang melay

Lelaki Tatu, Sasa, Menangis Gara-gara Anjing Kecil

ILLINOIS – Marvin Cruz, adalah seorang lelaki dengan berat badan 100 kilogram, bertubuh kekar, dan bertatu. Namun jangan salah,lelaki ini sangat takut dengan anjing, bahkan boleh menangis gara-gara anjing kecil. Cruz memiliki ketakutan yang cukup tinggi terhadap anjing kerana dirinya sempat menyaksikan tetangganya dibantai oleh seekor anjing pit bull. “ Ketika saya masih kecil, anjing pit bull menyerang tetangga saya. Setiap saya melihat anjing itu, saya langsung mengalami ketakutan yang amat sangat,” ujar Cruz. Lelaki berusia 47 tahun ini bahkan tidak mengunjungi taman di dekat rumahnya selama 40 tahun. Cruz pun akhirnya masuk dalam acara “My Extreme Animal Phobia” yang ada di siaran televisyen Amerika Syarikat (AS). Demikian seperti diberitakan Daily Mail,  (23/10/2011). Cruz akhirnya menjalani terapi selama lima hari dengan bantuan seorang psikolog Dr. Robin Zasio. Lelaki kekar ini akhirnya mulai berjalan ke sebuah taman yang terdapat di Romeoville, Illinois dan seorang yang

Nasi Dagang Bakal Dijual Di Perth, Australia

KEMAMAN – Makanan tradisional Terengganu, nasi dagang bakal menembusi pasaran di Perth, Australia apabila Yayasan Usahawan Terengganu (YPU) membuka kedai makan — T-Kafe di sana, awal tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata, selain nasi dagang, pelbagai jenis lagi makanan tradisi Terengganu akan dijual di sana. “Kita akan menjual otak-otak, paih, keropok dan lain-lain lagi kerana di sana terdapat ramai orang Melayu yang kita percaya makanan ini akan mendapat sambutan,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat. Mohamed berkata, di Australia, terdapat lebih kurang 40,000 orang Melayu dan ini satu peluang bagi YPU untuk memasarkan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) keluaran Terengganu melalui T-Kafe itu. Beliau berkata T-Kafe itu juga akan menjual barangan kraf buatan Terengganu seperti tekstil dan kraftangan serta air roselle selain makanan tersebut. “Kita tiada masalah untuk mendapatkan bahan untuk membua

700 pelajar protes tindakan UIA gantung Prof Aziz Bari

Ahmad Syukri Ab Razab (pegerusi SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia)) memegang Memorandum Solidariti untuk Kebebasan Akademik kepada Rektor UIAM semasa berucap kepada penyokongnya. ― Foto oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR, 21 Okt — Kira-kira 700 pelajar berhimpun di kawasan masjid dalam kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak membantah tindakan pengurusan pusat pengajian tinggi itu menggantung perkhidmatan pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari. UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas Aziz   kelmarin dan perkhidmatannya digantung sehingga inkuiri selesai. Pelajar-pelajar terbabit juga mendesak Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin menarik balik penggantungan yang dikenakan ke atas Aziz dengan kadar yang segera bagi memulihkan imej universiti sebagai institusi akademik yang disegani. Ekoran protes ini juga orang ramai tidak dibenarkan masuk ke dalam kampus untuk menunaikan solat Jumaat di masjid UIA seperti biaza. Tinjauan  The Malaysian Insider  mendapati kaw

(Gambar) Muammar Gaddafi Mati Dibunuh!

Satu laporan berita dari Al Jazeera menyebut  Muammar Gaddafi  telah terbunuh,  beliau cedera di kedua-dua kakinya,  Punca kematian Gaddafi akibat daripada kakinya yang cedera parah selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera pealihan kerajaan (NTC) dengan bantuan tentera NATO yang berjaya menawan kubu terakhir Gaddafi di bandar kelahirannya, Sirte.   Jurucakap NTC, Jamal abu-Shaalah yang juga komander operasi menangkap Gaddafi berkata, semasa ditawan, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak kerana kedua-dua kakinya cedera teruk semasa pertempuran.   Satu lagi laporan menyebut bahawa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang bawah tanah setelah cuba melarikan diri menggunakan lebuh raya menuju ke sempadan Tunisia.   Jurucakap NTC yang berada di Sirte, Abdel Majid berkata Gaddafi dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah ambulans.   Majed juga menyebut semasa pertempuran tersebut, ketua turus tentera Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr terbunuh berhampiran dengan tempat di mana Gaddafi ditawan.   Agens

Ayuh Mahasiswa! Kita ke UIA esok!

Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Khidmat Tempahan Pelacur Secara Terbuka Di Facebook

KUALA LUMPUR – Populariti laman sosial Facebook yang luar biasa turut menjadikan ia satu medium untuk memasarkan pelbagai barangan termasuk yang kurang sihat seperti wanita dan pelacuran.

Pelajar CUN Tawar SEKS untuk iPhone 4S

Menurut  AsiaOne , seorang pelajar di Nanjing, China menawarkan habuan seks kepada seorang lelaki sebagai balasan untuk mendapatkan iPhone 4S baru.

Isteri Gunting Kemaluan Suami, Buang Ke Sungai

TAIPEI – Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai. Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.